Tamsilan merupakan suatu uslub atau method untuk menerangkan sesuatu supaya ianya menjadi mudah dan senang untuk difahami. Allah SWT sendiri kadang kadang menggunakan uslub tamsil bagi memudahkan hamba-Nya memahami maksud dan matlub Al-Quran. Seperti mana Allah Taala sendiri menerangkan di dalam surah Al-Baqarah :-
إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلًا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا
Terjemah: Sesungguhnya Allah SWT tidak malu untuk menerangkan misal seperti nyamuk atau terlebih kecil darinya (dari segi kedudukan) Al-Baqarah ayat 26.
Malah masyarakat melayu sendiri telah menggunakan pelbagai tamsilan di dalam kehidupan seharian mereka. Jika diperhatikan telah wujud pelbagai tamsil berbentuk pepatah atau bidalan di dalam percakapan melayu seperti kata orang macam aur dengan tebing untuk menunjukkan keakraban hubungan seseorang dengan yang lain atau seperti katak di bawah tempurung untuk menggambarkan sifat jumud seseorang. Di bawah ini Faqir menulis 40 tamsilan di dalam usaha agama yang yang dinukilkan oleh Allah SWT sendiri di dalam Al-Quran atau disabdakan oleh Nabi SAW dalam Hadis atau yang dinukilkan oleh Ulamak dahulu mahupun sekarang.
1.) Allah SWT menerangkan :-
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَا يُبْصِرُونَ
Terjemah :- Misal mereka adalah seperti misal orang-orang yang menyalakan api kemudian tatkala api itu menerangi sekitar mereka, Allah SWT telah menghilangkan
cahaya mereka dan membiarkan mereka di dalam kegelapan tidak dapat melihat.
(Al-Baqarah).
Allah SWT telah mengumpamakan orang-orang munafik yang bersohbat dengan Nabi
SAW seperti orang yang telah menyalakan api untuk mendapatkan cahaya tapi malang
nya cahaya itu tidak dapat memberi faedah kepada mereka kerana mereka tidak mempunyai mata untuk melihat. Begitulah digambarkan orang-orang munafiqin yang mana walaupun duduk di dalam cahaya hidayah bersama nabi, namun masih belum mendapat hidayah kerana cahaya hati mereka telah dihilangkan oleh Allah SWT.
2.) Allah SWT berfirman :-
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Terjemah :- Misal mereka yang membelanjakan harta mereka di jalan Allah adalah seperti satu benih yang telah mengeluarkan tujuh tangkai dan setiap tangkai mempunyai seratus biji buahan. Dan Allah akan menggandakannya bagi mereka yang dikehendakinya dan Allah mempunyai ilmu yang luas. ( Al-Baqarah).
Ayat di atas Allah SWT telah mengumpamakan ganjaran bagi orang yang membelanjakan harta mereka di jalan Allah, pahala mereka akan bertambah seperti benih yang mengeluarkan tujuh tangkai dan setiap tangkai pula akan mengeluarkan 100 buahan dan Allah SWT akan menggandakan lebih dari itu lagi bagi sesiapa yang dikehendakinya
3.) فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ
Terjemah :- Maka bandingannya seperti anjing jika engkau menghalaunya, dijulurkan
Atau engkau membiarkannya pun ia menjulurkan lidah. (Al-A’raf).
Ayat ini Allah SWT membandingkan ulamak yang menginginkan dunia dari agamanya dan yang mengikuti hawa nafsunya adalah seumpama anjing yang sentiasa menjelirkan lidah tidak kira samada kamu menghalaukannya atau membiarkannya yakni menggambarkan sikap ulamak jenis ini yang sentiasa menginginkan habuan dunia.
4.) مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا
Terjemah:- Misal bagi mereka yang menjadikan selain Allah sebagai wali adalah seum
pama labah-labah yang membuat sarang. (Al-Ankabut).
Di dalam ayat ini Allah SWT telah mengumpamakan bandingan orang yang menjadikan selain Allah SWT sebagai tempat pergantungan adalah seumpama sang labah-labah yang membuat sarangnya dan merasakan rumahnya itu amat kukuh lagi utuh, sedangkan dengan satu tiupan angin sahaja sarang itu boleh hancur. Begitulah mereka yang mengambil selain Allah sebagai tempat bergantung mereka menganggap itulah tempat pergantungan yang kukuh, tapi hakikatnya seperti sarang labah-labah sahaja.
5.) مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا
Terjemah :- Perumpamaan orang-orang yang menanggung kitab-kitab taurat Kemudian tidak mengamalkannya adalah seumpama kaldai yang membawa kitab-kitab yang tebal.
(Al-Jum’ah).
Di dalam ayat ini Allah SWT telah membandingkan misal orang-orang yang berilmu, tetapi tidak mengamalkan ilmu yang dipelajarinya tidak lain hanyalah seumpama seekor
kaldai yang mengusung kitab-kitab yang tebal lagi banyak yakni ilmu mereka tidak dapat memberi manfaat kepada mereka dan orang lain.
6.) Hadis Nabi SAW :-
مثل الزين يزكرون ربهم والزين لا يزكرون ربهم كمثل الحي والميت
Terjemah :- Perbandingan orang yang berzikir pada Allah dan orang yang tidak berzikir adalah perbandingan orang yang hidup dan orang yang mati.
Hadis ini menerangkan perumpamaan orang yang sentiasa mengingati Allah SWT dan orang yang lalai kepada Allah SWT adalah seumpama orang yang hidup dan orang yang mati yakni orang yang berzikir ibarat orang yang hidup di sisi Allah dan orang yang lalai ibarat orang yang mati di sisi Allah SWT.
7.) ألحسد ياكل العمل كما يأكل النار الحطب
Terjemah :- Sifat hasad (dengki) akan menghilangkan amalan sepertimana api yang membakar kayu yang kering.
Hadis ini menerangkan tentang bahayanya sifat dengki mendengki kerana ianya akan melenyapkan segala amalan kebaikkan yang kita buat sepertimana cepatnya api yang marak memakan kayu api yang kering.
8.) المؤمن في المسجد كالسمك في الماء
Terjemah:- Orang mukmin di dalam masjid seumpama ikan di dalam laut.
Hadis menggambarkan sifat sebenar orang mukmin apabila mereka berada dalam masjid iaitu sentiasa tenang dan aman sepertimana tenang dan amannya ikan-ikan
apabila berada di dalam air.
9.) كن في الدنىى كانك غريب او عابرسبيل
Terjemah:- Tinggallah di dunia ini seolah-olah engkau seorang pedagang atau seorang musafir.
Hadis bermaksud Rasulullah SAW menasihatkan kita semua supaya tinggal di dunia yang fana ini seperti seorang yang asing atau seorang musafir yang sentiasa memikirkan untuk meneruskan perjalannya tanpa melengah-lengahkan perjalanannya supaya cepat sampai di destinasi. Begitulah kehidupan kita di dunia ini adalah ibarah musafir yang sedang dalam perjalanan kepada Allah SWT.
10.) الصلاة عماد الدين من اقام الصلاة فقد اقام الدين من ترك الصلاة فقد هدم الدين
Terjemah:- Sembahyang adalah tiang agama, barangsiapa yang mendirikan sembahyang, sesungguhnya dia telah mendirikan agama dan siapa yang meninggalkan sembahyang, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama.
Hadis menggambarkan bahawa solat itu sebagai tiang agama. Sesiapa yang mengqaimkan sembahyang seolah-olah dia telah mendirikan agama, dan sesiapa meninggalkan sembahyang seolah-olah dia telah meruntuhkan agama.
11.) الدنيى سجن المؤمن وجنة الكافر
Terjemah:- Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir
Hadis mengumpamakan dunia ini adalah seperti penjara bagi orang mukmin yakni sepertimana dalam penjara banduan tidak bebas dan tidak boleh melakukan sesuatu sesuka hati begitu juga di dunia orang mukmin tidak boleh berlandaskan nafsu samata. Bagi orang kafir pula dunia ibarat syurga kepada mereka kerana mereka tidak terikat dengan syariat.
12.) علماء امتي كانبياء بنى أسراىل
Terjemah:- Ulamak di kalangan umatku adalah seumpama Anbiya bani Israel.
Hadis menerangkan tentang kehebatan ulamak di kalangan umat Nabi Muhammad SAW adalah seumpama darjat Nabi-nabi di kalangan bani Israel.
13.) Nabi SAW mengumpamakan sifat ulamak adalah seumpama Ghais Kasir (awan yang mengandungi hujan) yang mana awan ini bergerak ke seluruh dan setiap kawasan samaada di gunung, gurun, hutan dan lautan atau di tanah lapang. Di kawasan mana awan ini bergerak ia akan menurunkan hujan yang seterusnya akan membasahi bumi di setiap kawasan tersebut tadi. Begitulah ibarat ulamak yang disifatkan sebagai sentiasa bergerak kepada setiap umat samada jahil alim tua atau muda untuk memberikan dakwah.
(Mafhum Hadis Nabi SAW)
14.) نحو في الكلام كالملح في الطعم
Terjemah:- Ilmu nahu di dalam kalam adalah seumpama garam di dalam masakan.
(Qaul Ulamak)
Ungkapan ini menerangkan tentang kepentingan menguasai ilmu nahu di dalam pengajian ilmu agama adalah seumpama pentingnya garam dimasukkan di dalam sesuatu masakan. masakan akan menjadi hambar apabila tidak dimasukkan garam.
15.) Kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan dunia ini akan berakhir (fana) dan tidak kekal seumpama kalaulah dunia ini dipenuhi dengan biji-bijian. Selepas setiap seribu tahun akan datang seekor burung yang bertugas untuk mematuk sebiji daripada bijian itu dan membawanya ke planet lain, lama kelamaan bijian itu akan kehabisan pada suatu hari. Tapi kehidupan akhirat adalah satu kehidupan yang tiada pengakhirannya.
(Imam Ghazali)
16.) Manusia yang mengumpul harta dan membina rumah yang besar di dunia ini dan pada masa yang sama tidak mengenali kehebatan Allah adalah seumpama seekor semut yang membuat sarangnya di salah satu daripada beribu-ribu tiang istana raja. Semut itu merasakan sarang yang dibinanya amatlah hebat sedangkan ianya hanyalah secebis dan menumpang di salah satu tempat yang amat terpencil di tiang istana raja. Begitulah ibarat manusia yang membina binaan yang hebat-hebat. Haqiqatnya mereka hanyalah menumpang di secebis tempat di sebuah binaan Allah Taala yang Maha Agung.
(Imam Ghazali).
17.) Kesah seorang raja yang bermimpikan sekumpulan pengembala unta yang sedang berlari-lari di atas bumbung istana baginda. Sang Raja bertanya apakah yang kamu sedang buat di atas bumbung aku.Dijawabnya kami sedang mencari unta yang hilang.Jawab Raja kenapa kamu semua bodoh kerana mencari unta di sini?. Di balas balik oleh pengembala sebenarnya kamulah yang bodoh kerana inginkan hidayah Tuhan tapi mencarinya di istana. Selepas itu, Raja pun beruzlahlah dan meninggalkan istana sehingga telah menjadi Waliallah yang terkenal.
(Kesah Ibrahim Idham).
18.) Maulana Ilyas RA berkata amat senang untuk seorang memasuki syurga iaitu hanyalah melalui dua langkah sahaja. Satu langkah menekan nafsu syahwat dan satu langkah lagi telahpun melangkaui syurga. Mengumpamakan seseorang yang ingin memasuki syurga hanyalah perlu mengekang diri daripada mengikut hawa nafsunya iaitu dengan mengikut segala perintah Allah dan Rasul dan mengelak diri daripada apa yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya. Apabila mati syurga akan menunggunya.
( Malfuzat Maulana Ilyas).
19.) Maulana Ilyas mengumpamakan kurniaan Allah SWT dua mata kepada manusia seolah-olah mata pertama untuk melihat kebaikkan yang ada pada orang lain dan satu mata lagi digunakan untuk melihat kelemahan diri kita sendiri.
(Malfuzat Maulana Ilyas).
20.) Maulana Ilyas mengumpamakan kerja dakwah sebagai ibu kepada segala kebaikkan adalah ibarat seekor burung yang diletakkan di dalam lingkungan seratus cermin. Maka akan tergambarlah seratus ekor burung di dalam cermin tadi. Tapi apabila kita menangkap burung yang asal di tengah, maka dengan sendiri seratus ekor burung yang tampak di dalam cermin akan kita miliki. Begitulah ibarat apabila kita mengambil kerja dakwah, segala sifat mahmudah yang lain akan beransur-ansur datang dalam kehidupan kita.
(Maulana Ilyas).
21.) Umat yang tidak mahu bermujahadah dan hanya mengamalkan agama yang selaras dengan nafsunya hari ini diibaratkan oleh Maulana sebagai seorang yang mahu tubuhnya ditulis tattoo singa. Apabila Si penulis mahu melukis ekor singa dia merasa sakit lalu dia menyuruh dibuang sahaja ekor singa dan katanya tanpa ekor pun tetap nampak singa. Bila hendak dilukiskan kaki singa dia merasa sakit lagi dan di suruh buang kaki singa. Lama-kelamaan singa yang dilukis tidak lagi kelihatan singa. Begitulah ibarat umat hari ini yang tidak mahu mengamalkan sunnah. Apabila dikatakan simpan janggut, ianya bertentangan dengan nafsu dan berkata tanpa janggut pun masih lagi tinggal agama. Bila dikatakan pergi sembahyang jemaah dia berkata tanpa jemaah pun agama masih wujud. Lama-kelamaan agama ini tidak lagi tinggal agama.
(Maulana Yusof).
22.) Maulana Yusof RA mengumpamakan orang mukmin sebenarnya adalah seperti singa yang sentiasa memakan makanan atau daging yang segar sahaja iaitu tidak memakai bangkai. Begitulah ibarat kehebatan mukmin sepertimana Sahabat RA yang mana sentiasa makanan yang di nusrah Allah SWT. Dan harta yang paling bersih adalah ghanimah (harta rampasan perang). Sayangnya orang islam telah meninggalkan kerja dakwah hari ini mereka terhina.
(Maulana Yusof).
23.) Maulana Yusof mengumpamakan Daie ibarat sebuah matahari yang akan menyinarkan cahaya di kawasan mana yang di suluhnya bermula dari timur ke barat. Begitulah seorang daie akan menyinarkan cahaya hidayah kepada setiap orang yang di dakwahkannya.
(Maulan Yusof).
24.) Maulana Umar Palampuri mengumpamakan keyakinan seorang daei hanyalah kepada yang Maha Esa. Umpama seorang yang membawa cermin dan kemudian pergi ke tengah medan yang gelap lalu dilihat di dalam cermin itu bulan yang cantik. Walau bagaimanapun dia meyakini bulan yang asal adalah tetap di atas. Begitulah seorang Daie yang mempunyai sepuluh kedai miliknya tapi keyakinannya tetap kepada yang Maha Esa yang memberi rezeki hanyalah Allah SWT.
(Maulana Umar Palampuri).
25.) Kata Maulana Zakaria RA seorang yang mengambil habuan daripada agamanya adalah seumpama seorang yang mencuci mukanya dengan kasut. Tidak mustahil mukanya akan bersih tapi perbuatan begitu adalah perbuatan orang yang bodoh. Begitulah ibarat orang agama yang mementingkan habuan dunia yang tidak mustahil bahawa dia akan mendapat habuan dunia dari agamanya tapi perbuatan itu adalah amat dikeji Allah SWT.
(Maulana Zakariya Fadhail Amal).
26.) Kata Maulana, perbuatan orang ramai yang tidak mahu megamalkan perintah agama kerana ianya disampaikan oleh orang biasa adalah umpama satu orang yang tidak mahu mendengar perintah raja hanya kerana ianya disampaikan oleh tukang sapu jalanan.
(Maulana Zakariya Fadhail Amal).
27.) Seorang yang telah mendapat Nur Iman akan mengenali setiap afrad daripada perintah Allah SWT sepertimana seorang petani yang mengenali setiap jenis daripada tanamannya.
(Haji Abdul Wahab).
28.) Seorang yang mendakwa mencintai Allah SWT dan tidak menyintai selain Allah adalah seumpama seorang lelaki yang mendakwa menyintai seorang perempuan yang cantik. Perempuan itu berkata betul kamu menyintaiku? Dijawabnya benar. Perempuan itu berkata lagi cuba lihat di belakangku kakakku yang lebih cantik dariku. Lelaki itu berpaling darinya. Wanita itu berkata jika benar kamu menyintaiku,kamu sesekali tidak akan berpaling dariku. Begitulah diri kita yang mendakwa menyintai Allah tetapi sentiasa berpaling kepada makhluk lain setelah diuji-Nya.
(Haji Abdul Wahab).
29.) Seorang yang menyebut nama Allah hendaklah menggambarkan juga sifat yang lain yang ada pada Allah seperti Rahman, Ghafur Qodir dan sebagainya sepertimana seorang anak yang menyebut nama ibunya tetapi tergambar segala sifat ibu seperti penyayang pemaaf dan sebagainya.
(haji Abdul Wahab) .
30.) Seorang yang membuat usaha agama dan hanya tawajuh kepada golongan yang kaya sahaja seumpama seorang penyembelih lembu yang memegang-megang tubuh lembu sebelum disembelihnya. Orang ramai menyangka tukang sembelih barangkali kasihankan lembu yang akan disembelihnya tapi sebenarnya tukang sembelih sedang memeriksa banyak mana daging yang terdapat pada lembu itu. Begitulah seorang yang membuat usaha kepada orang kaya sekaligus terlihat dia seolah-olah kasihankan orang kaya itu yang sibuk dengan dunia, tapi pada haqiqatnya pada masa yang sama dia sedang memerhati banyak mana dunia yang ada pada si kaya supaya dia juga dapat faedah dari si kaya itu.
(Mufti Zainal Abidin).
31.) Keadaan umat yang mengamalkan hanya sebahagian daripada syukbah agama dan menganggapnya itulah keseluruhan agama adalah seperti golongan orang buta yang tidak mengenali gajah. Apabila si buta pertama memegang ekor gajah dia berkata rupa-rupanya gajah adalah seperti ular. Si buta kedua memegang perut gajah dan berkata gajah adalah seperti dinding. Yang ketiga datang dan memegang kaki gajah dan berkata rupanya gajah adalah seperti pohon kayu. Sebenarnya itu semua adalah hanya sebahagian daripada gajah. Begitulah keadaan umat hari ini yang hanya mementingkan sembahyang dan menganggap itulah keseluruhan agama. Ada yang mementingkan zikir dan berkata inilah keseluruhan agama. Ada yang mementingkan jihad dan mendakwa inilah sebenarnya agama. Haqiqatnya itu semua adalah sebahagian agama dan bukannya keseluruhan agama.
(Mufti Zainal Abidin).
32.) Mufti Sahab berkata lagi seorang Daie adalah penyelamat kepada umat ini. Apabila seorang Daie pergi berdakwah kepada umat, selalunya orang ramai akan lari mengelakkan diri dari si pendakwah tetapi sekali mereka tertangkap dan dihantar keluar 3 hari mereka akan bertaubat pada Allah SWT dan merasa bersyukur kepada orang yang membawanya keluar sepertimana burung yang berada di dalam sangkar pada mulanya lari bertempiaran apabila ada tangan yang ingin menangkapnya tetapi setelah tangan itu melepaskannya di luar sangkar barulah dia tahu bahawa tangan itu sebenarnya adalah tangan penyelamat.
(Mufti Zainal Abidin).
33.) Mufti Sahab berkata kita bukan saja harus meninggalakn dunia semasa menuju kepada sembahyang, malah kita juga harus meninggalkan khayalan tentang dunia. Apabila kita menuju untuk sembahyang kita telah pun meninggalkan dunia ketika menggangkat takbirot-ul-ihram tetapi tidak semestinya kita telah meninggalkan khayalan tentang dunia umpama kipas yang sedang ligat berpusing tidak akan terus berhenti apabila kita menutupnya. Ianya mengambil masa yang lama untu berhenti. Jadi, cara untuk meninggalkan khayalan tentang sembahyang ialah dengan datang awal ke masjid dan menunggu untuk sembahyang dengan melakukan amalan seperti sembahyang sunat, tilawat dan lain-lain, barulah khayalan akan terhapus.
(Mufti Zainal Abidin).
34.) Pernah satu ketika di Ijtimak Raiwend Mufti Sahab pernah berkata kepada orang Malaysia dan Indonesia yang bermazhab Syafie. Hai! Pengikut-pengikut Syafie kamu telah mewajibkan Fatihah dibaca dalam setiap rakaat sembahyang kamu dan dalam Fatihah ada ungkapan Tunjukilah kami Jalan Hidayah!. Kalaulah Hidayah kamu telah mewajibkannya bagaimana usaha atas hidayah itu menjadi tidak wajib?.
(Mufti Zainal Abidin).
35.) Usaha agama adalah satu tanggung jawab umat ini. Seorang yang mementingkan hanya pahala daripada usaha agama seumpama seorang yang pergi mendapatkan ubat kepada ibunya yang terlantar sakit dan mengharapkan pahala daripada usahanya untuk mendapatkan ubat itu. Maka sebenarnya dia telah berlaku zalim kepada ibunya.
(Maulana Nazir-ur-Rahman).
36.) Seorang yang menginginkan Cinta Allah tapi dalam hatinya masih menebal cinta dunia adalah seumpama seorang faqir yang meminta-minta madu pada setiap rumah yang dia pergi. Setelah tuan rumah keluar dan ingin menuangkan madu kepadanya dilihat bekas si faqir itu dipenuhi dengan kotoran. Tuan rumah membatalkan niatnya dan berkata pergi dan bersihkanlah dahulu kotoran dan kemudian kembali lagi. Begitulah yang terjadi di rumah yang kedua. Allah SWT hari ini juga boleh memberi cinta dan keyakinan-Nya kepada kita tapi masalahnya hati kita masih dihantui dengan cinta dunia. Maka tugas pertama kita adalah untuk mengikis cinta dunia di dalam setiap hati kita.
(Maulana Nazir-ur-Rahman).
37.) Perselisihan umat hari ini adalah disebabkan percanggahan pendapat yang memahami Al-Quran mengikut tafsiran sendiri seumpama kesah empat orang yang terdiri daripada empat pakar bidang tertentu telah memasuki hutan. Orang pertama adalah ustaz, yang ke-dua tukang masak, ketiga tukang sembelih dan yang keempat adalah pahlawan. Tiba di satu tempat mereka telah mendengar satu kicauan burung yang merdu dan berirama. Pahlawan mengatakan aku faham apa maksud kicauan burung itu sambil menyebut “jatuh dan lipatkan tengkuk” senada dengan irama kicaun burung itu. Tukang sembelih kata kamu salah sebenarnya burung itu berkata begini “pisau letak di tengkuk”. Tukang masak kata kamu juga salah sebenarnya begini “bawang, kacang dan daun sup”. Akhir sekali kata si ustaz kamu semua salah sebenarnya burung itu berkata begini, “Subhanallah punya Qudrot”. Begitulah ibarat setiap orang yang memahami Al-Quran dengan persepsi yang terhasil dari bidang masing-masing. Maka serahkanlah pada Ulamak yang pakar dalam bidang ini.
(Maulana Jamsyed).
38.) Keadaan umat yang tidak memahami keperluan utama umat hari ini seumpama seorang yang hampir terjatuh ke lembah dalam yang mana separuh tubuhnya terjuntai ke bawah. Datang satu orang untuk menyelamatkannya tapi dilihat bibir mangsa amat kering lalu diberikannya air di sangka mangsa mungkin kehausan. Orang kedua datang dan melihat kakinya terluka lalu disapukannya ubat. Kedua-dua tindakan mereka tidak salah tapi tidak kena pada tempatnya, Sepatutnya apa yang perlu dibuat adalah pertama sekali tarik mangsa itu dahulu ke daratan barulah boleh diberikan air atau seumpamanya kerana itu keperluan utamanya. Beginilah ibarat umat hari ada yang berpendapat umat hari ini memerlukan peningkatan ekonomi, maka ekonomi mesti di fokuskan. Ada yang kata umat kurang pendidikan, maka pendidikan mesti diutamakan. Haqiqatnya segala masalah umat hari ini adalah disebabkan kekurangan iman, maka hari ini umat memerlukan peningkatan iman terlebih dahulu barulah mereka boleh di selamatkan daripada pelbagai penyakit umat dan selepas itu barulah benda lain datang dengan sendirinya.
(Maulana Tariq Jamil).
39.) Keadaan umat yang hanya suka menegur dan menuding jari terhadap kerosakan umat hari ini adalah seperti orang ramai yang melihat satu lukisan wajah seseorang. Maka satu orang datang dan memangkah pada hidung dan berkata hidungnya bukan begini. yang kedua datang dan memangkah sambil berkata keningnya bukan begini. Lama-kelamaan lukisan itu akan dipenuhi dengan isyarat pangkah. Sepatutnya orang yang mengetahui kesilapan hendaklah menyapu dengan pemadam dan membetulkannya di tempat yang salah. Beginilah ibarat masyarakat hari ini yang hanya pandai menegur dan menuding jari sepatutnya mereka sama-sama turun medan untuk membaiki kesilapan umat. Barulah umat akan kembali terislah.
(Maulana Ubaidullah Raiwind).
40.) Rasulullah SAW telah membuat kerja dakwah dan Baginda SAW telah pun wafat dan meninggalkan dunia ini. Namun kerja masih lagi berbaki. Seumpama di dalam mazhab Hanafi si musafir diwajibkan sembahyang qasar sempanjang perjalanan. Apabila si musafir tadi disuruh menjadi imam di suatu tempat, dia juga diwajibkan hanya sembahyang dua rakaat qasar sahaja. Tetapi si muqim yang menjadi makmun di belakang mereka tidak boleh mengikut imam dengan hanya menunaikan dua rakaat saja, malah mereka hendaklah menambahkan dua rakaat lagi bersendirian. Setelah selesai empat rakaat barulah Imam dan Makmun sama-sama berdoa. Begitulah Rasulullah SAW di ibaratkan seperti Imam tadi yang telah menyelesaikan tugasnya dan baki tanggung jawab telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita selesaikan sama seperti makmun tadi yang berbaki dua rakaat. Begitulah jarak masa untuk sama-sama kita dibangkitkan bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak hanya ibarat dua rakaat sembahyang.
(Mufti Zainal Abidin).
Alhamdulillah, bitaufiqillah lengkaplah sudah 40 tamsil di dalam usaha agama di sini. Faqir mengkhatamkan tamsil ke-empat puluh dengan Qaul Mufti Zainal Abidin untuk mengingatkan kepada semua umat bahawa tanggung jawab yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk ditunaikan kita masih lagi berbaki. Sama-samalah kita berdoa dengan Allah SWT supaya memberi taufiq kepada kita dan keseluruhan umat untuk menyambung tugas yang di tinggalkan oleh Rasulullah kepada kita. Masa untuk dibangkitkan bersama Rasulullah SAW adalah sangat sedikit berbaki iaitu umpama jarak dua rakaat sembahyang. Dan Faqir percaya hanya satu rakaat yang masih berbaki kerana Rasulullah SAW telah pun meninggalkan kita selama lebih 1400 tahun.
Suka untuk Faqir mengingatkan bahawa untuk sekalian makhluk selain Allah Azza Wa Jalla ada misal dan bandingannya, tapi untuk Allah Rab sekalian alam ini tiada sesuatu pun yang dapat menyerupainya sepertimana firmannya di dalam Qalamnya :-
ليس كمثله شيء
terjemah :- Tiada sesuatu pun yang menyerupainya. (Al-Ayat).
ABU LAIBAH
12 JUN 2010
KOTA BHARU.
Saturday, June 12, 2010
Wednesday, June 2, 2010
ZAMAN KEMEROSOTAN AGAMA
Salam kembali...
Sebenarnya sepanjang bulan Mei Faqir tidak diberi taufiq oleh Allah Azza wa Jalla untuk menulis sebarang entry solah-olah blog Faqir telah diblok oleh-Nya. Bukannya faqir telah kekeringan idea atau kekurangan isu untuk diulas kerana Faqir menulis bukan berdasarkan isu kontroversi sebagaimana kelaziman kepada setengah-setengah Blogger. Semua ini mengajar kita untuk kembali kepada La Haula Wa La Quwwata illa Billah..Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya Allah. Bahawasanya tiada berdegup setiap jantung kita melainkan dengan izin Yang Maha Esa. Apatah lagi untuk menulis suatu kebaikkan yang mana memerlukan limpahan tawajuh dan kurnia-Nya.
Kita pada haqiqatnya telah ketinggalan jauh dari kehidupan Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW iaitu sebanyak 1400 tahun lebih. Era Rasulullah SAW adalah era yang terbaik sepertimana Sabda Rasul: خيرالقرون قرني ثم الزين يلونهم ثم الزين يلونهم
Terjemah:- Sebaik-baik kurun adalahah kurunku. Kemudian kurun selepas itu dan kurun selepas itu.
Ulamak menerangkan bahawa sebaik-baik zaman adalah zaman Rasulullah, kemudian zaman
Sahabat, dan kemudian zaman Tabiin. Mereka semua juga digelar golongan Salaf-us-
Solihin atau golongan Aslaf. Merekalah golongan yang sebenar-benarnya memahami kehen
dak Allah dan Rasul atau kehendak Al-quran dan Hadis lantaran mereka hidup sezaman
dengan Syarihul-Quran Muhammad Mustafa SAW. Merekalah yang sebenarnya layak untuk
menafsirkan Al-Quran kerana Al-Quran telah turun di depan mata mereka. Kita yang
ketinggalan jauh dari zaman itu mempunyai sudah tentunya fahaman yang tersasar dari
kehendak sebenar Al-Quran.
Ustaz kami menerangkan tamsilannya sebegini. Di dalam sebuah rumah telah terdengar suara panggilan "air" dari seseorang lelaki di rumah itu. Maka seorang yang melalui di tepi rumah itu sudah tentu mempunyai pelbagai tafsiran terhadap ungkapan air yang telah diungkapkan oleh tuan rumah. Terbayang di benaknya mungkin dia meminta air dari isterinya untuk diminum atau dia menyuruh isterinya memasang tangki air kerana dia sedang mandi. Haqiqatnya orang yang berada di rumah iaitu isterinya sahaja yang memahami apakah maksud sebenar yang diinginkan dari ungkapan air oleh suaminya. Yang dimaksudkan dengan air disini ialah suaminya terdengar jeritan cerek air yang sedang dimasak dan sedang mendidih lalu suaminya melaungkan air dengan maksud menyuruh isterinya menutup api yang memasak air. Begitu juga setiap ungkapan di dalam A-Quran bukanlah dengan seremeh mungkin kita boleh menafsirkannya hanya dari terjemahan yang kita baca. Kita diibaratkan sebagai orang yang melalui di tepi rumah itu dan sahabat ibarat isteri yang berada di dalam rumah itu. Syekhul Hadis Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi telah menulis di dalam kitabnya Fadhail-Amal bahawa 15 ilmu diperlukan untuk membolehkan seseorang menafsirkan Al-Quran.
Kita sebenarnya berada di zaman menurun (dari segi agama) kerana zaman
kemuncaknya telah lama berlabuh iaitu zaman Rasulullah SAW. Dalilnya Allah SWT telah
menurunkan Al-Quran pada zaman baginda SAW dan dalam Al-Quran ada ayat yang berbunyi
"Hari ini aku (Allah) telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah me
nyempurnakan nikmatku ke atasmu dan aku telah redha bahawa Islam sebagai sebuah agama". (Al-Maidah)
Ibn Abbas menafsirkan ayat ini dengan mengatakan Allah telah menyempurnakan kefarduannya dan batasan halal dan haramnya yakni selepas ini tidak akan turun ke atas Nabi SAW apa-apa lagi tentang halal dan haram. Para Ulamak yang menfatwakan
halal dan harampun bukanlah berdasarkan ayat yang baru malah diistinbatkan dengan ayat yang asal yakni Al-Quran. Semakin jauh kita dari Rasulullah SAW, semakin hilang
segala keberkatan, semakin senggang kita dengan zaman Rasulullah SAW, semakin luput
Tawakkal dan takwanya. Maulana Zulfiqar Ufiyallahu anhu telah menulis di dalam kitab
nya Isyq Ilaahi bahawasanya satu ketika golongan Tabiin telah pergi ke rumah kafir Zimmi untuk mengutip jizyah sepertimana yang di kutip oleh Sahabat. Si kafir Zimmi telah mengherdik keras, kami tidak akan bagi sesen pun kepada kamu. Sahabat mereka datang dengan baju yang sederhana, tubuh yang kurus tetapi pada muka mereka ada kegerunan dan kamu tidak mempunyai sifat itu, maka pulanglah kamu. Maka pulang lah Tabiin dengan perasaan hampa.Itu di zaman Tabiin, apatah lagi jika di zaman kita hendak meminta cukai dari si kafir? alamat dibaling dengan paranglah kita. Malah apa yang berlaku sekarang ini orang kafir pula yang datang meminta cukai daripada kita dan along-along datang menuntut hutang daripada kita yang digali tanpa henti-henti.
Faqir amat hairan dengan orang di zaman sekarang ini, baru sedikit belajar agama dan mendapat gelaran Phd sudah mengaku pakar dalam Hadis Feqah dan sebagainya dan sudah tidak merasa bersalah mengutuk ulamak dahulu seperti Imam Ghazali dan Imam
Syafie R.A. Mereka ini belajar hanya ambil pengkhususan tertentu dalam tempoh dua atau tiga tahun sudah mengaku Pakar hebat. Wah Ji Wah! belajar pun dengan guru yang
tidak bersanad sampai Rasulullah SAW sudah mahu digelar mujtahid? Itu mujtahid koboi kata Ustaz Usman Muhammadi.
Sebenarnya tak perlulah kita semua hairankan kerana semua ini pernah di sebut oleh Nabi SAW ertinya:
"Daripada Abdullah Bin Amr r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Bahawasanya Allah Taala tidak mencabut akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia, tetapi Allah Taala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan Alim ulamak. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulamak, orang ramai akan memilih orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila mereka disoal mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan akan menyesatkan orang lain." (H.R MUSLIM)
Jika diperhatikan, keadaan inilah yang sedang berlaku pada dunia hari ini, seorang demi seorang ulama telah di angkat oleh Allah SWT. Di negara kita pada beberapa minggu lepas seorang ulama yang berketurunan Rasulullah SAW Habib Ali Al-Idrusi telahpun dijemput oleh Allah SWT. Beliau tergolong di antara ulamak yang tidak berapa dikenali di bumi tapi di kenali oleh penduduk langit. Ini kerana dihari kematiannya terdapat begitu ramai tetamu yang datang dari seluruh pelusuk dunia sehingga bandar Batu Pahat telah sesak dengan kereta-kereta yang mahu mengirinya atau melawat beliau. Pemimpin di nagara kita dipilih dari golongan yang jahil tentang agama akibatnya apa yang terjadi sekarang benda yang halal dijadikan haram dan yang haram diisytiharkan halal. Berpoligami di Malaysia akan dikenakan hukuman penjara jika tidak mendapat kebenaran mahkamah sebaliknya judi yang jelas keharamannya diberikan lesen pula oleh pihak kerajaan. Sebab itu Faqir telah menjelas kan pada awal lagi bahawa kita sebenarnya pada zaman penurunan atau zaman kemerosotan.
Tetapi sepertimana kata Maulana Yusof R.A keunggulan sesuatu zaman itu bukanlah disebabkan zaman itu tapi disebabkan amalan di zaman itu. Masih ada masa lagi untuk sama-sama kita semua pihak berganding bahu memngembalikan amalan di qurun awal yang menyebabkan ianya di gelar Khairul Qurun (Kurun terbaik). Jika semua pihak bekerjasama tidak mustahil zaman kita juga boleh menjadi Khairul Qurun. INTIHA>
Abu Laibah
Kota Bharu
2 JUN 2010.

Tuesday, April 27, 2010
SURAT PENDEDAHAN BEKAS PENGIKUT (MUFARAQAH JAMAT) KEPADA ABULAIBAH
From: Hamba Allah <85yuygs@mail.com>
To: "wan_aswadi76@yahoo.com"
Sent: Sat, April 24, 2010 1:58:05 PM
Subject: nasoha (jamaah mufarrakah)
Assalamualaikum.
1) Saya sedang bersama nasoha sampai kini, tetapi setelah melihat dgn dekat saya mulai ragu2 dgnnya. Apakah dia sesat ?
2) Boleh kah tuan sbarkan dikalangan karkun JT betapa 'jahatnya' nasoha. Pengikut2nya kebanyakan hanya diperkudakan sahaja. Saya kasihankan mereka.
3) Orang yg memantau aktiviti nasoha secara dekat namanya (xxxx). Dia adalah kontak saya.
Harap tuan dapat rahsiakan apa yg ditulis.
TK
2010/4/24
waalaikumussalam warahmatullahi wa barakaatuh.
Segala puji bagi Allah Rab sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta Para Sahabat RA yang berjuang di atas kebenaran. Syukur pada Allah yang menyingkap kembali petunjuk kepada saudara. Saya harap saudara ada membaca entry saya mengenai dakwah to non muslim.
Di situ ada menjelaskan bahawa bukanlah maksud saya untuk mengaibkan sesiapa dan sebagai jawapan terhadap soalan saudara tidaklah saya menfatwakan Nasoha dan jamaahnya sesat tetapi bolehlah saya takrifkan sebagai sedikit menyeleweng dari landasan sebenar.
Haqiqat sebenar beliau sedang diuji oleh Allah SWT, dan sekiranya beliau tidak kuat beliau dan pengikutnya akan terus hanyut sehingga pada satu tahap yang mana pada ketika itu beliau bukan saja boleh dikatakan sesat malah menyesatkan.
Mengenai identiti saudara insyaallah akan dirahsiakan dan biarlah menjadi rahsia kita berdua. harap saudara membalas balik e-mail ini. Wassaalamualikum warahmatullahi wa barakaatuh.
From: Hamba Allah <87ggvvh@mail.com>
To:
Sent: Mon, April 26, 2010 6:03:53 PM
Subject: Re: nasoha (jamaah mufarrakah)
Alhamdulillah sdr telah menjawab email saya. Entri sdr saya telah baca dan amat jelas yang nasoha telah SESAT. Tapi pengikut2nya pada hemat saya mereka adalah "mangsa" dan hanya di'perkudakan' demi kepentingan duniawi nasoha sahaja.
Hakikatnya nasoha telah terkeluar dari AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Dia berkeyakinan yang dirinya adalah 'pilihan' Allah. Ia itu PEMUDA BANI TAMIM dan bakal PM Malaysia.
Mengenai pahamannya mengenai JT, saya yakin beliau langsung tidak memahaminya kerana bagi dirinya melaksanakan dakwah untuk perbaiki orang lain dan bukan diri sendiri.
Alasan dakwah kepada NON MUSLIM hanyalah rethorik untuk menzahirkan 'penderhakaan' terhadap Ulamak khasnya Elders Nizamuddin.
Ghast hari2 yg mereka lakukan hanyalah FITNAH DAN MEMBAWA KEPADA PERPECAHAN UMMAT.
Sebagai muslim saya tiada hak pertikaikan peribadi tetapi dari sudut AGAMA ISLAM, nasoha dan geng telah menzahirkan FITNAH. Ada karkun JT datang jumpa naoha dan beliau telah menipu dgn hanya mengatakan yang beliau mufarakah kerana nak 'selamatkan JT' kerana beliau dakwah NON MUSLIM dan JT hanya dakwah kalangan Muslim. Pada hal itu adalah politiknya. Cukup licik.
Harap sdr doakan untuk diri saya khasnya supaya tidak terkena penyakit ANANIYAH yg sedang dihidapi nasoha dan gengnya.
Kepada karkun2 terpulang kepada kebijaksanaan sdr. Yang penting FITNAH NASOHA perlu dibendung demi menyelamatkan umat keseluruhannya.
Wassalam.
2010/4/2
Asalammualikum.
Alhamdulillah, e-mail sdra sudah saya baca.
Mengenai penyebaran itu masih lagi dlm peringkat istikhoroh dan jg istisyarah. Di sini saya ingin meminta ijazat@kebenaran daripada pihak saudara untuk menyiarkan e-mail sdara yang di hantar kepada saya di dalam blog saya.
Insyaallah identiti sdara akan tetap dirahsiakan dan beberapa ayat dalam e-mail akan di sensor demi menjaga status saudara.
Pendedahan surat ini bagi saya adalah lebih penting kerana melibatkan ex-orang dalam Nasoha.
Saya harap saudara sudi membenarkannya demi untuk menyelamatkan ummat daripada muslihat Nasoha. Sekian,
Wassalamualikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh.
From:
Hamba Allah <87hgchgchgs@mail.com>
...
View Contact
To:
Wa'alaikumu Salam.
2) Nama saya dan orang yg beri maklumat (xxxx) harap disensor.
3) Dalam artikel diblognya hanya 'show' dan temberang konon x HINA ULAMAK tetapi hakikatnya setiap waktu KUTUK ULAMAK KHASNYA ELDERS DI NIZAMUDDIN. BERHATI2 DGN TEMBERANGNYA !
4) Harap tuan buat sebijaknya identiti saya.
5) OK....saya setuju dgn cadangan tuan.
6) Semoga kebatilan dihancurkan ALLAH.
TK
Komen Faqir,
Maha suci Allah yang telah memberi hidayah kepada tuan e-mail untuk
bertaubat daripada terjebak di dalam perangkap muslihat Amir Mufaraqah
Jamat. Syukur pada Zat Bari Taala juga yang telah memberi taufiq kepada tuan
e-mail untuk mendedahkan penyelewengan haqiqi mufaraqah jamat. Ji ha, setiap masa
dan setiap zaman Allah SWT akan melahirkan orang@golongan yang menegur keras
puak-puak yang menyimpang dari landasan syariat dan sunnah.
Cuba perhatikan pendedahan yang di tulis, Faqir amat kesian kepada pengikut
pengikut setia Mufaraqah Jamat yang menjadi mangsa putar-belit amirnya dan
sentiasa diperkudakan bagi merealisasikan tuntutan nafsu amirnya. Dalam masa
yang sama dia tidak segan silu mengutuk para alim ulamak khasnya ulamak Nizamuddin.
Persis Ustaz Syaari (bekas ketua Al-arqam), dia juga berkeyakinan bahawa
dia adalah lelaki "Pilihan Allah" dan Pemuda Bani Tamim. Inikah hasil yang di
perolehi dia yang begitu aktif membuat gash hari-hari dalam pada mendakwahkan
non-muslim kepada Islam? Yang terang lagi bersuluhnya "ananiah" di dalam diri
nya semakin terserlah. Sedangkan yang di tulis dalam kitab, sejauh mana iman
seseorang itu meningkat dan sejauh mana dia mengenali Allah Taala, maka semakin
bertambahlah tawadhuknya. Ini tidak, siap masuk bangkul angkat sendiri lagi.
Allahummahfazna minhu.....Amiin!
Yang lebih melucukan dia siap berangan-angan nak jadi PM Malaysia lagi.
Barangkali dia mengira lafaz RAHMAN itu ada double N dan ditulis RAHMANN dan
menyangkakan N terakhir adalah dirinya "Nasoha". Berikut adalah turutan abjad
Perdana-perdana menteri Malaysia:
R : Rahman
A : Abdul Razak
H : Hussein Onn
M : Mahathir
A : Abdullah Badawi
N : Najib
N : Nasoha
Mungkin PRU ke -13 dia akan bertanding sebagai Ahli Parlimen Gombak sebagai langkah pertamanya dalam pada merealisasikan angan-angannya untuk menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang ke-7.
Akhir sekali bukanlah maksud Faqir untuk menghina sesiapa, tetapi sekadar
untuk menyedarkan Mufaraqah Jamat dan Amirnya dari tersasar jauh daripada landasan sebenar dan untuk menonjolkan haqiqat sebenar perjuangan jemaah ini supaya umat
tidak terkesan dengan perjuangan yang diasaskan oleh tuntutan nafsu induvidu semata.
Sekali lagi Faqir ingin menyeru Jemaah ini supaya bertenang,tafakkur dan muraqabah
kembali supaya diberi petunjuk oleh Allah Azza Wa Jalla. Seterusnya bertaubatlah! Sesungguhnya Pintu taubat sentiasa terbuka da Allah Maha Pengampun.
Sama-samalah kita doa!
P/S: Faqir menyiarkan surat ini setelah mendapatkan kebenaran Tuannya. Nama@E-mail
dalam surat ini telah ditukar dan bukannya yang asal demi menjaga status tuan
e-mail.
Sebahagian ayat dalam e-mail ini terpaksa disensor bagi maslahat tertentu.
Abulaibah,
28 APRIL 2010
Kota Bharu, Kelantan.

Thursday, April 15, 2010
DIALOG ANTARA AGAMA SUDAH LAMA DIPRAKTIKKAN SAHABAT R.A
Sekarang ini heboh diperkatakan tentang jawatankuasa di antara agama.Banyak ruangan akhbar tempatan telah mengulas tentangnya. Ada yang memberi fatwa haram kerana telah meletakkan agama islam sama dengan agama-agama yamg lain. Ada yang kata boleh. Bagi Faqir yang dangkal fikiran ini, boleh tidak boleh bergantung kepada niat sesuatu itu dilakukan. Hadis Nabi ada menyebut "Sesungguhnya asas bagi amal adalah bergantung pada niat". Jika Jawatankuasa yang dibentuk hanyalah sekadar bermotifkan politik maka "hampeh"lah jawabnya. Tapi seandainya ia ditubuhkan untuk merungkai salah faham non-muslim terhadap Islam lantaran putar belit yang dibuat oleh pihak media khususnya media barat, maka itu amat dialu-alukan. Allahuma Zid Fa Zid!.
Bagi Faqir, dialog antara agama bukanlah benda yang baru, malah ianya telah lama dipraktikkan oleh Sahabat R.Anhum Ajmaien dan juga para Imam-imam mazhab seperti Syafie RA dan Ahmad Hanbal RA. Namun ianya bukanlah satu kelaziman di dalam misi dakwah Sahabat R.A. Ianya hanya kadang-kadang dipraktikkan mengikut keperluan.
Uslub dakwah Sahabat adalah akhlak yang murni. Dimana-mana mereka pergi manusia akan menerima Islam kerana terkesan dengan akhlak mereka. Faqir teringat pengajian Sejarah Islam sewaktu di sekolah dahulu ada menyebut bahawa Islam di Malaysia tersebar kerana pedagang-pedagang Arab. Sebenarnya kedatangan mereka sebenar bukanlah untuk berdagang tetapi sebenarnya adalah untuk menyebarkan agama Allah di bumi Malaysia dengan menunjukkan keindahan Islam di dalam jual beli. Ingat!! Islam hanya akan tersebar bilamana ianya dilakukan sepenuhnya dengan tertib Nabi SAW (sila lihat entry dakwah to non-muslim).
Namun begitu wakil dipihak muslim jika berada dalam jawatankuasa itu mestilah seorang yang kuat aqidahnya dan tinggi ilmunya tentang Islam supaya mereka dengan mudah tidak dapat dipesongkan oleh pihak lain. Islam adalah sebuah agama tolak ansur yang sentiasa membuka ruang kepada setiap manusia untuk memahami dan mengamalkannya. Kita tidak perlu takut untuk berhujjah kerana Islam itu sendiri adalah agama yang penuh hujjah dan dalil. Namun hendaklah kita sentiasa berhati-hati dengan taktik musuh dan janganlah kita terikut-ikut dengan rentak musuh. Apabila diri kita dipenuhi Nur Iman maka setiap yang keluar dari lidah kita juga adalah ungkapan cahaya iman. Sebab itulah si kafir sentiasa patah apabila berhujjah dengan para Sahabat kerana mereka bercakap dengan Nur Iman. Berikut adalah contoh kesah perdebatan antara Sahabat dengan Padri Rum.
KESAH MUNAZARAH (PERDEBATAN) ANTARA HAZRAT RABI'AH RA BIN AMIR DENGAN SEORANG PADRI
Berkata Waqdi bahawa Hirqal Raja Rom telah menghantar seorang Padri yang sangat alim di dalam agamanya lagi suka berdebat bersama-sama angkatan tenteranya. Namun, pada suatu hari dia telah datang dan Jarjis telah berkata padanya." Wahai padri yang suci cubalah engkau pergi kepada si Fulan itu dan bertanya kepadanya tentang agamanya, kemudian kamu datang dan memberi laporan kepada kami". Maka dia telah pergi dan menanya hazrat Rabi'ah Bin Amir R.A " Wahai saudara Arab! Telah tertulis di dalam kitab kami bahawa Allah Taala akan melahirkan seorang Nabi yang ber keturunan Hasyim Quraisyi yang mana tanda-tandanya bahawa Allah Taala akan memanggilnya naik ke langit, adakah kejadian itu telah berlaku kepada nabi kamu?". Beliau dengan tangkas menjawab, " Ya,Rasulullah SAW telah dijemput oleh Allah SWT ke langit dan Allah SWT sendiri telah menceritakan di dalam Kitab Majidnya berkaitan dengan itu :-
سبحان الزى اسرى بعبد ليلا من المسجدالحرام ألى المسجداقصى
Terjemah :- Maha suci Zat yang telah menjalankan (waktu malam) hambanya dari Masjidil Haram hingga ke Masjid Aqso yang mana kami telah memberkati persekitarannya.
Kemudian Padri bertanya lagi, " Di dalam kitab kami juga ada tertulis bahawa di
fardukan keatas Nabi itu dan ke atas umatnya sebulan berpuasa dan nama bagi bulan itu adalah Ramadhan". Beliau menjawab, " Ini juga benar kerana telah difardukan ke atas kami sebulan berpuasa dan ianya telah dijelaskan di dalam Quran kami seperti ini :-
شهر رمضان الزى انزل فيه القران
Terjemahannya:- Bulan Ramadhan yang mana Allah SWT telah menurununkan Al-Quran-ul-Karim. Di tempat lain Allah SWT berfirman :-
كتب عليكم الصيام كما كتب على الزين من قبلكم
Terjemahannya :- telah difardukan ke atas kamu puasa sepertimana yang telah
difardukan ketas (umat) sebelum kamu.
Selepas itu Padri bertanya lagi, "Kami juga ada membaca di dalam kitab kami
menerangkan bahawa sesiapa di kalangan ummat Muhammad SAW yang melakukan satu kebaikan, maka akan ditulis di dalam buku catitannya sebanyak 10 pahala kebaikkan,
dan sekiranya melakukan satu keburukan hanyalah satu keburukkan yang akan ditulis.
Beliau menjawab, "berkaitan dengan itu dalam kitab kami ada menjelaskan" :-
من جاء بالحسنات فله عشر امثلها ومن جاء بالسيئة فلا يجزى الا مثلها
terjamahannya :- Barangsiapa yang mendatangkan satu kebaikkan maka
baginya 10 kebaikkan dan barangsiapa yang mendatangkan satu keburukkan, maka
tidak akan dibalas melainkan satu keburukkan jua.
Kemudian Padri bertanya lagi, " juga ditulis dalam kitab kami bahawa Allah SWT
telah menghukumkan kepada umatnya supaya menyampaikan selawat kepada Baginda Nabi
Muhammad SAW". Beliau menjawab bahawa berkaitan dengan itu Allah SWT menjelaskan be
gini :-
ان الله وملئكته يصلون على النبي يا ايهاالزين أمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما
terjemah :- Sesungguhnya Allah dan Malaikatnya berselawat keatas Nabi, Wahai orang-
orang yang beriman berselawatlah ke atasnya dan sampaikanlah salam.
Apabila padri mendengar semua jawapan itu dia merasa amat takjub dan terus
berkata kepada ketua tenteranya bahawa sesungguhnya haq adalah bersama kaum ini.
Selepas munazarah itu satu askar telah datang dan memberitahu kepada Jarjis bahawa inilah badwi yang telah membunuh abang kamu. Jarjis setelah mendengar pengkhabaran itu begitu marah sehingga matanya menjadi merah akibat kemarahan yang menyala dan berniat untuk menyerang Hazrat Rabi'ah R.A. Hazrat sudah pun memahami keaadaan itu
lalu seperti kilat beliau bangkit mengeluarkan pedang dan memukul dengan kuat lengan
Jarjis yang menyebabkan dia tersungkur ke bumi. Kaum Rum telah menyerang Hazrat Rabi'ah R.A sehinggalah beliau memacu kudanya dan melaungkan ucapan "Hal Min Mubaariz" (Ada siapa yang Ingin berlawan) dan sedia untuk berlawan.INTIHA.
Di Terjemah oleh Abu Laibah dari kitab
FUTUH-US-SYAM pada Jumaat 16 April 2010

Monday, March 29, 2010
MARI BELAJAR URDU
ASAL-USUL BAHASA URDU
TAJMAHAL INDIA
Bahasa Urdu atau Urdu Zabaan merupakan salah satu bahasa termuda dari cabang Indo-Arya. Kata 'Urdu' berasal dari bahasa Turki 'Ordu' yang berarti kamp atau tenda. Bahasa ini pada mulanya dikatakan berasal dari bahasa Khari Boli yang dituturkan oleh penduduk kota Delhi.
Bahasa ini diguna pakai sekitar lebih kurang 100 juta masyarakat Muslim di Pakistan dan India. Bahasa Urdu sebenarnya sama dengan Bahasa Hindi, oleh kerana akarnya yang sama yakni dari Bahasa Sansekerta yang merupakan induk dari semua bahasa di benua ini.
Jumlah penutur asli bahasa Urdu ketika ini telah mencapai 60.290.000 orang dan 104.000.000 orang termasuk yang menggunakannya sebagai bahasa kedua (1999). Selain di kedua negara diatas, bahasa Urdu juga dipakai oleh kira-kira 600 ribu Muslim Bihar yang tinggal di Bangladesh.
Penutur Bahasa Hindi dan Urdu dalam percakapan seharian dapat saling memahami kerana banyaknya persamaan dalam kosakatanya. Kedua, bahasa ini juga membentuk Hindustani yang merupakan salah satu bahasa dengan jumlah penutur terbanyak di dunia dan yang paling disukai. Namun demikian, perbezaan utama dari kedua bahasa ini adalah:-
QUTUB MINAR INDIA
Memandangkan bahasa Urdu adalah bahasa utama dakwah pada zaman ini dan hampir keseluruhan Ulamak dan Elders kita menyampaikan bayan, amanat dan nasihat dalam bahasa Urdu, dan banyak kitab-kitab agama terdapat dalam bahasa Urdu, Faqir bercadang untuk menyediakan slot khas dalam blog ini bagi pembelajaran mudah bahasa Urdu. Kaedah pembelajaran mudah bahasa Urdu buat masa ini Faqir akan kongsikan
dengan pembaca semua ialah Faqir akan mengajar atau melatih pembaca untuk memberi bayan atau ceramah ringkas dalam bahasa urdu. Buat masa ini Faqir akan memilih untuk
mengajar bayan enam sifat sahabat (six point) dalam bahasa Urdu. Kaifiatnya Faqir akan
menulis "Ayat minggu ini" dalam bahasa Urdu beserta terjemah di dalam ruangan khas di ruangan widget. Tugas pembaca hanyalah perlu menghafalnya dengan lancar dan mengulang kembali ayat tersebut kepada paling kurang 25 orang sehari dengan niat dakwah. Dengan itu
bahasa akan dapat iman pun sendiri akan meningkat. Apa macam? Bagus tak idea tu?
Sebenarnya inilah kaedah yang Faqir gunakan semasa belajar di Pakistan dahulu,
hari-hari buat dakwah dalam bahasa Urdu. Lama lama Allah SWT telah beri faham bahasa Urdu Alhmdulillah! Sebenarnya bahasa apa sekalipun, jika kita mahu cepat menguasainya, hendaklah kita ringan mulut menuturkannya. Pepatah Arab ada menyebut "iza takarrara taqarrara fi qalb". "Bila kamu mengulang-ulangkan sesuatu itu, ia akan masuk menetap
di kalbumu". Kedua hendaklah banyak mendengar orang bertutur bahasa itu. Pembaca boleh
selalu memasang cd bayan ulamak dalam bahasa urdu (ada di jual di masjid Sri Petaling),
takpun sekali sekala boleh menjengah cerita Hindustan yang berlambak di Stesyen TV dengan
niat belajar, tak gitu? Dan akhir sekali janganlah lupa berdoa pada Allah Taala supaya memberi
faham bahasa yang kita belajar.
Contoh ungkapan Urdu adalah " Allah Taala Ne hamare donun jahano ki kamiyabi
Deen ki ander rakhi he" Terjemahannya " Allah Taala telah menetapkan kejayaan dunia dan
akhirat kita adalah di dalam agama". Maka pembaca hendaklah berlatih mengungkapan ayat-ayat ini sehingga lancar dan mengulangkannya di depan 25 orang sehari dengan niat dakwah sehinggalah ungkapan lainnya akan dikeluarkan dalam ruangan yang sama pada minggu hadapan. Begitulah minggu berganti minggu sehingga pembaca dapat meng
ingati satu versi bayan dalam bahasa urdu sebelum kita berpindah kepada versi yang lain.
Cam mane? Kepada sesiapa yang berminat boleh menyatakan minatnya di dalam ruangan komen yang disediakan atau di dalam Shoutmix chat supaya Faqir dapat mengetahui sambutan terhadap cadangan ini. KHUDA HAFIZ.
TAJMAHAL INDIA
Bahasa Urdu atau Urdu Zabaan merupakan salah satu bahasa termuda dari cabang Indo-Arya. Kata 'Urdu' berasal dari bahasa Turki 'Ordu' yang berarti kamp atau tenda. Bahasa ini pada mulanya dikatakan berasal dari bahasa Khari Boli yang dituturkan oleh penduduk kota Delhi.
Asal usul bahasa ini juga banyak versi, salah satunya adalah bahawa pada masa antara tahun 413-583 Hijriyah merupakan detik-detik di mana para Muslim berbahasa Persia dan Turki mula berhijrah ke daratan Hindustan, khususnya di Punjab. Para pendatang ini terdiri dari tentera, dan para ulamak. Para ulamak mulai menyebarkan ajaran Islam ke kawasan ini pada masa tersebut. Perkahwinan campuran antara pendatang asal Persia dan penduduk tempatan pun terjadilah, dan akhirnya membuahkan percampuran antara bahasa Persia dan bahasa Punjabi yang menjadi asas bakal lahirnya Bahasa Urdu. Ada riwayat lain yang mengungkapkan bahawa pada masa perpindahan kekuasaan Qutubuddin Aibak dari Lahore ke Delhi pada tahun 1193 juga telah menimbulkan hubungan di antara penguasa dan warga setempat sehingga muncullah bahasa yang disebut sebagai Urdu.
Nama lain bagi Urdu : Dakhini (Dakani, Deccan, Desia, Mirgan), Pinjari, Rekhta (Rekhti). Di India selatan namanya bertukar menjadi Dakhini, sedangkan di barat daya India menjadi Gurjari. Di wilayah Delhi namanya berubah dari Hindi menjadi Hindavi dan Hind.Bahasa ini diguna pakai sekitar lebih kurang 100 juta masyarakat Muslim di Pakistan dan India. Bahasa Urdu sebenarnya sama dengan Bahasa Hindi, oleh kerana akarnya yang sama yakni dari Bahasa Sansekerta yang merupakan induk dari semua bahasa di benua ini.
Jumlah penutur asli bahasa Urdu ketika ini telah mencapai 60.290.000 orang dan 104.000.000 orang termasuk yang menggunakannya sebagai bahasa kedua (1999). Selain di kedua negara diatas, bahasa Urdu juga dipakai oleh kira-kira 600 ribu Muslim Bihar yang tinggal di Bangladesh.
Hubungan Urdu dan Hindi
Bahasa Urdu dan Bahasa Hindi pada dasarnya merupakan bahasa yang sama, sehinggalah pada zaman penjajahan Inggeris demi menghubungkan perbezaan antara Hindu dan Islam yang meruncing pada masa itu, ianya ditukar kepada istilah Hindustani. Akan tetapi, sejak berpisahnya India dan Pakistan pada tahun 1947, istilah Hindi dan Urdu menjadi lebih ketara.Penutur Bahasa Hindi dan Urdu dalam percakapan seharian dapat saling memahami kerana banyaknya persamaan dalam kosakatanya. Kedua, bahasa ini juga membentuk Hindustani yang merupakan salah satu bahasa dengan jumlah penutur terbanyak di dunia dan yang paling disukai. Namun demikian, perbezaan utama dari kedua bahasa ini adalah:-
- Kosakata bahasa Urdu banyak menyerap kata-kata dari Bahasa Arab dan Bahasa Persia, sedangkan bahasa Hindi lebih menjurus pada penghidupan kembali kata-kata Sansekerta.
- Sistem penulisan : Bahasa Hindi menggunakan sistem penulisan Devanagari sedangkan Bahasa Urdu memakai sistem penulisan Arab-Persia dengan penambahan pada huruf-huruf tertentu serta ditulis melalui sistem Nastaliq.
QUTUB MINAR INDIA
Status Bahasa
Merupakan bahasa rasmi di Pakistan, meskipun penutur aslinya hanya 8% dari keseluruhan penduduk dan umumnya berasal dari kalangan Muhajir India pada tahun 1947. Sedangkan di India, bahasa Urdu juga menjadi salah satu bahasa rasmi dengan penumpuan penutur terbanyak di negara ini di bahagian Jammu-Kashmir, Uttar Pradesh dan kota Hyderabad, Andhra Pradesh.Dialek Urdu
Dalam perkembangannya, bahasa Urdu juga terbahagi kepada beberapa dialek, dialek yang terkenal antara lain Dakhini atau Dekkan yang dipakai di kawasan India Selatan, dan perbezaannya dengan Urdu Baku adalah lebih sedikitnya kata-kata Arab-Persia didalamnya. Sedangkan Rekhna adalah dialek yang dipakai dalam kesusasteraan Urdu.Contoh
- Salaam!/ Adaab! = Halo!
- Aap kaise hain?/ Aap kaa hal kiyaa hai? = Apa kabar?
- Main theek hun = Baik-baik
- Shukriya = Terima kasih
- Aap kaa kiyaa naam hai? = Siapa namamu?
- Meraa naam….hai = Nama saya…
- Khuda Hafiz!/ Allah Hafiz! = Sampai Jumpa!
Memandangkan bahasa Urdu adalah bahasa utama dakwah pada zaman ini dan hampir keseluruhan Ulamak dan Elders kita menyampaikan bayan, amanat dan nasihat dalam bahasa Urdu, dan banyak kitab-kitab agama terdapat dalam bahasa Urdu, Faqir bercadang untuk menyediakan slot khas dalam blog ini bagi pembelajaran mudah bahasa Urdu. Kaedah pembelajaran mudah bahasa Urdu buat masa ini Faqir akan kongsikan
dengan pembaca semua ialah Faqir akan mengajar atau melatih pembaca untuk memberi bayan atau ceramah ringkas dalam bahasa urdu. Buat masa ini Faqir akan memilih untuk
mengajar bayan enam sifat sahabat (six point) dalam bahasa Urdu. Kaifiatnya Faqir akan
menulis "Ayat minggu ini" dalam bahasa Urdu beserta terjemah di dalam ruangan khas di ruangan widget. Tugas pembaca hanyalah perlu menghafalnya dengan lancar dan mengulang kembali ayat tersebut kepada paling kurang 25 orang sehari dengan niat dakwah. Dengan itu
bahasa akan dapat iman pun sendiri akan meningkat. Apa macam? Bagus tak idea tu?
Sebenarnya inilah kaedah yang Faqir gunakan semasa belajar di Pakistan dahulu,
hari-hari buat dakwah dalam bahasa Urdu. Lama lama Allah SWT telah beri faham bahasa Urdu Alhmdulillah! Sebenarnya bahasa apa sekalipun, jika kita mahu cepat menguasainya, hendaklah kita ringan mulut menuturkannya. Pepatah Arab ada menyebut "iza takarrara taqarrara fi qalb". "Bila kamu mengulang-ulangkan sesuatu itu, ia akan masuk menetap
di kalbumu". Kedua hendaklah banyak mendengar orang bertutur bahasa itu. Pembaca boleh
selalu memasang cd bayan ulamak dalam bahasa urdu (ada di jual di masjid Sri Petaling),
takpun sekali sekala boleh menjengah cerita Hindustan yang berlambak di Stesyen TV dengan
niat belajar, tak gitu? Dan akhir sekali janganlah lupa berdoa pada Allah Taala supaya memberi
faham bahasa yang kita belajar.
Contoh ungkapan Urdu adalah " Allah Taala Ne hamare donun jahano ki kamiyabi
Deen ki ander rakhi he" Terjemahannya " Allah Taala telah menetapkan kejayaan dunia dan
akhirat kita adalah di dalam agama". Maka pembaca hendaklah berlatih mengungkapan ayat-ayat ini sehingga lancar dan mengulangkannya di depan 25 orang sehari dengan niat dakwah sehinggalah ungkapan lainnya akan dikeluarkan dalam ruangan yang sama pada minggu hadapan. Begitulah minggu berganti minggu sehingga pembaca dapat meng
ingati satu versi bayan dalam bahasa urdu sebelum kita berpindah kepada versi yang lain.
Cam mane? Kepada sesiapa yang berminat boleh menyatakan minatnya di dalam ruangan komen yang disediakan atau di dalam Shoutmix chat supaya Faqir dapat mengetahui sambutan terhadap cadangan ini. KHUDA HAFIZ.
Monday, March 22, 2010
SAMI'NA WA ATO'NA
Salam tafakkur,
Faqir amat resah terhadap apa yang terjadi kepada ummat hari ini dalam pada sedang ghairah mengulit dunia tanpa sempadan di alam pasca penuh kemodenan serta memperjuangkan hak kebebasan bersuara, mereka tidak segan silu melanggari batas-batas syariat dan tidak merasa bersalah mencampuri hukum-hakam agama yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah. Tidak semua syariat dan hukum-hakam agama boleh dilogikkan dengan aqal. Ingat! aqal sama sekali tidak boleh mendahului agama. Ketika aqal bersetuju dengan agama, di situ agama tetap dihadapan dan ketika aqal berkhilaf dengan agamapun, di sini juga agama tetap di hadapan.
Apalah sangat aqal kita jika nak dibandingkan dengan agama yang diturunkan oleh Allah dan Rasul? Syaitan yang durjana cuba melibatkan aqalnya di dalam menunaikan perintah Allah supaya bersujud kepada Adam. Syaitan cuba meloading aqalnya ketika Allah SWT memerintahkan di dalam firman-Nya :-وازقال ربك للملائكة اسجدوا لادم فسجدوا الا أبليس أبي واستكبر وكان من الكافرين terjemahannya :- " dan ketika Tuhanmu berkata
kepada sekalian malaikat, sujudlah sekalian kamu kepada adam, maka telah sujud sekaliannya melainkan Iblis,dia telah ingkar dan takabbur dan telah digolongkan dia (iblis) dalam
golongan mereka yang kafir."
Syaitan ingkar untuk bersujud kerana dia menggunakan kepala otaknya dengan mengganggap otaknya genius, IQnya setinggi langit dengan mengatakan :- خلقتني من نار وخلقته من طين
terjemahannya :- " Engkau menjadikan aku daripada api dan menjadikan dia (Adam) daripadatanah." Syaitan berfikir aku dibuat daripada api, Adam hanyalah dari tanah. Sifat api sentiasa melonjak ke atas dan sifat tanah sentiasa tunduk ke bawah, bagaimana mungkin Api boleh bersujud kepada tanah yang hina? Sepatutnya dia perlu melihat siapa yang menghukum? bukannya melihat apa yang dihukum. Lalu dia ingkar untuk bersujud, maka dia telah dilaknat oleh Allah Taala dan digolongkan di dalam golongan mereka yang kafir. Sehinggalah sesiapa saja umat islam yang membaca Al-Quran disunatkan membaca taawwuz yang mana dalamnya terdapat ungkapan laknat Syaitan.
Di dalam Islam jika kita hendak berjaya kita mestilah bersifat seperti Sahabat R,Anhum Ajmain yang menyerah bulat-bulat diri mereka kepada Allah dan Rasul. Apa saja perintah agama yang datang, mereka hanya kata "sami'na wa ato'na (kami dengar dan
kami taat). Mereka tidak mentakwilkan apa saja perintah yang datang. Mereka mengetahui bahawa perintah datang dari Rasulullah SAW yang mana IQ nya sama sekali tidak boleh ditandingi. Maulana Saad Afallahu Anhu pernah berkata di dalam bayannya bahawa Ulamak telah menta-
fsirkan ayat :- وما انت بكاهن و لا مجنون
terjemah :- " tidaklah engkau wahai Muhammad SAW seorang
penglipur lara dan tidaklah pula engkau gila."
Bahawa Allah SWT telah membahagikan segala aqal manusia di dunia ini kepada seratus bahagian, dalam pada itu, Allah telah memberi satu bahagian sahaja aqal kepada seluruh manusia dan 99 bahagian lagi Allah SWT menganugerahkan kepada Nabi kita Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka sebarang apa saja yang dibawa oleh Rasulullah SAW, hendaklah kita menelannya samaada ianya selaras dengan otak fikiran kita ataupun tidak.
Namun sebaliknya yang terjadi pada ummat hari ini yang mana mereka cuba menggunakan aqal mereka di dalam mengulas tentang bab-bab agama. Maka keluarlah kalimah-kalimah kufur daripada lidah umat ini seperti " Nabi tak cukur janggut sebab zaman dulu tak ada pisau cukur gillete ", atau ada yang berkata " pakai purdah itu hanyalah pakaian masyarakat arab Badwi ". Asstaghfirullahhhhhh!!! boleh mereka pusing otak mereka dengan berkata begitu? Yang lebih taajubnya apabila keluar sesuatu isu mengenai hukum agama semua jenis manusia yang ingin menjadi jaguh dengan berlagak mufti mengeluarkan pendapat-pendapatnya yang di anggap terkini. Dan yang lebih teruk lagi pihak media siap buat slot khas untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang sesuatu hukum dengan mencari undi majoriti. Agama mana boleh pakai majoriti atau minoriti bhai!! Contohnya isu kalimah Allah yang menggemparkan Malaysia baru-baru ini. Mereka menulis kenyataan di dalam media contohnya " Orang kafir dibenarkan menggunakan kalimah Allah seperti penganut Islam ", sila sms dan taip Ya jika bersetuju dan No jika tidak bersetuju. Masalah hukum sebegini bukanlah boleh diperdebatkan secara am kepada semua orang, kerana mereka yang pakar dalam bidang agama sahaja yang layak mengulasnya.
Hadis nabi ada manyebut :-
ازا وسد أمر ألي غير اهله فنتظر الساعة
terjemah :- " apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan pakarnya, maka
tunggulah saat kebinasaan ".
Apabila Blogger Aduka Taruna ditangkap baru-baru ini kerana menghina kesultanan johor, Faqir ada membelek blognya apakah yang ditulis oleh si Aduka. Meremang bulu roma Faqir apabila membaca artikelnya, rupa-rupanya si aduka ini sebelum ini telah banyak menulis tentang ulamak-ulamak dan menghina mereka seperti Imam Syafie RA. Dan yang lebih bahaya lagi beliau memaki-maki hamunSahabat R.Anhum seperti Aisyah RA. Ingat! Nabi SAW ada bersabda من عادى لي وليا فقد ازنته بالحرب
terjemah :- " Barangsiapa yamg memusuhi waliku, maka sungguh aku mengisytiharkan
perang terhadapnya."
Jadi Faqir secara automatik telah berfikir sebenarnya dia ditangkap oleh Allah SWT atas dunia ini sebenarnya bukannya hanya sebab dia mengkritik Sultan,tapi ada lagi dosa yang lebih besar di belakang itu iaitu menghina Sahabat dan ulamak. Cuma orang Malaysia ni tidaklah begitu sensitif apabila Sahabat dikecam berbanding sekiranyan Sultan dan Raja dikecam. Faqir terhidu bauan Syiah apabila menatap blog yang di tulis oleh si aduka.
Alim Ulamak menulis bahawa dari seluruh dosa yang dilakukan oleh seseorang, tidak
ada dosa yang menyamai penyataan memerangi Allah. Selain dari dosa menghina dan mengutuk Waliallah dan memakan riba, kedua ini menyebabkan Allah SWT mengisytiharkan perang terhadapnya. Ini menunjukkan betapa berat dan seriusnya dosa ini. Dikhuatirkan orang
yang membuat dosa ini akan mengalami su'ul khatimah (pengakhiran yang buruk) yang ter-
keluar daripada iman (Mirqatul Mafatih syarah Misykatul Masabih).
Hari ini manusia tidak segan silu mengkritik ulamak yang berselisih dengan pendapat mereka. Tidak kira dari parti mana berasalnya ulamak itu yang penting mereka pernah menga lami sistem pengajian secara bersanad sehingga salafus-as-solihin dan seterusnya kepada Nabi SAW. Syeikh Abu Hassan As-Syazali RA (seorang sufi yang masyhur) berkata, sebahagian Waliallah tersembunyi dari pandangan masyarakat sehingga mereka bergaul bebas dikalangan Umara (pemerintah) dan Aghnia (orang kaya). Dengan itu para pencela berpeluang untuk mencela mereka dengan berkata, " jika mereka benar-benar kekasih Allah, dia sepatutnya uzlah dan mencari ilmu serta beribadah saja." Sebenarnya jika si pencela itu orang yang prihatin terhadap agama, sepatutnya ia berfikir dahulu dari dirinya, " adakah orang ini bergaul dengan orang-orang kaya untuk kepentingan dirinya atau untuk maksud manfaat agama dan kebajikan islam? mungkin dengan pergaulan itu ia bermaksud untuk meluruskan kesalahan mereka? kadang kala wajib bagi para ulamak untuk bergaul dengan pemerintah dan orang-orang kaya dengan niat untuk memperbaiki mereka, dan ada masanya mesti menjauhi
mereka." (Thabaqatul-Kubra).
Maulana Zakaria RA menulis dalam kitabnya Al-I'tidal Fi maratibur Rijal Al Ma'ruf Bis
Siasatil Islam, pada saat ini, sepatutnya kita memahami bahawa ketika seorang Waliallah membalas atau menyerang kembali pencela tersebut, maka biasanya para pencela itu akan merasa semakin kritis, sehingga banyak orang menyangka bahawa Waliallah tersebut adalah orang awam biasa yang terpancing emosinya. Sebenarnya kecaman dan kritikan kekasih Allah itu adalah demi maslahat yang besar bagi para pengkritik tersebut. Mirza Mazhar Jane Janan RA menulis dalam "Makatibnya" bahawa satu ketika ayah kepada Syeikh Mujaddid Ahmad Sirhindi RA, iaitu syeikh Abu Ahmad As-Sirhindi RA telah dihina oleh seorang wanita yang berusaha untuk menjatuhkan martabatnya. Namun Syeikh tetap bersabar dan diam. Kemudian Syeikh melalui pandangan mata batinnya dia melihat murka Allah hampir turun ke atas wanita tersebut, maka syeikh segera menyuruh seseorang untuk menampar wanita itu. Tapi orang yang disuruh itu kaget dan bingung, tidak sempat menamparnya sehingga wanita tadi terjatuh dan mati.
Takutilah Ulamak haq seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Mufti Harussani dan banyak lagi walaupun mereka juga kadang kala berselisih di antara mereka kerana kita tidak mengetahui darjat mereka di sisi Allah. Janganlah kerana pendapat mereka tidak selaras dengan kefahaman politik kita mengizinkan kita untuk mencemuh mereka. Maulana Ilyas RA pernah berkata bahawa anggaplah menziarahi ulamak itu sebagai ibadat.
INTIHA KALAM.
ABULAIBAH
22 MARCH 2010
KOTA BHARU KELANTAN.

Friday, March 19, 2010
Dakwah To Non Muslim (dedicated to Mufaraqah Jamat)
Usaha dakwah adalah suatu usaha yang ahsan, afdhal, a'zam, a'la dan aufaq
bis-sunnah. Allah Taala sendiri merupakan Perintis kepada kerja ini sepertimana firman-Nya :- " والله يدعوا الى دارالسلام " " Dan Allah Taala mengajak kepada rumah keselamatan (syurga)."
Dakwah adalah perkataan masdar bahasa arab dari Da,a Yad,uu Da,watan yang bermaksud menjemput atau mengajak. Sekiranya kita mengajak kepada Allah,maka itu adalah dakwah ilallah,sekiranya mengajak pada maksiat,itu dipanggil dakwah ilal munkar.Syaitan juga berdakwah,tapi mereka berdakwah kepada neraka jahannam. Firman Allah SWT: " لأغوينهم اجمعين " Nescaya aku (syaitan) akan menyesatkan keseluruhan mereka (manusia) ". Fadhilat dakwah telah dituliskan secara terperinci oleh Sheikh Zakaria Rh.A dalam kitabnya Fadhail Amal bab Fadhilat Tabligh.

Masing-masing pendakwah mereka mendakwa sedang berdakwah mengikut
uslub masing-masing. Politikus dengan politiknya, penulis dengan hasil tulisannya, penjihad dengan senjatanya, penceramah dengan ceramahnya, penasyid dengan nasyidnya hatta penyanyi rock juga mendakwa kami pun berdakwah dengan style kami sendiri. Kiranya Faqir sebenarnya sedang berdakwah lani guna internet. Tapi perlu diingat! uslub yang manakah yang dimatlub oleh Allah dan Rasul? Yang bagaimanakah akan mendapat nusratullah? dan yang bagaimanakah yang akan menjadi asbab hidayah seluruh alam sehingga ke hari qiamat?
Ingat! kalau kita seorang peniaga, dan sememangnya pekerja agama adalah seorang peniaga
yang membuat satu perniagaan yang tak pernah rugi sepertimana sepertimana firmannya :-
"Tijaratan lan tabuur"....al-ayah). Semua ummah adalah pembawa produk, produk kita adalah
kalimah dan mafhum kalimah dan market target kita adalah seluruh ummat muhammadiyyah
sehingga bayi yang terakhir sebelum qiamat. Baik,kalau manusia hari ini fikir mereka genius, IQ tinggi,jadi mereka dakwah pakai internet macam yang Faqir buat ni adakah ianya akan tersebar ke seluruh umat dan telah mencapai target sasaran market? mungkin sampai ke seluruh alam, tapi adakah akan sampai kepada bayi yang terakhir sebelum qiamat? Jawapan nya tidak sama sekali.
Sepertimana Zat Allah adalah Wara-ul-wara (tiada penghujung) begitu juga kerja
Nya dalah wara-ul-wara. Sepertimana aqal tidak sampai untuk memikirkan Zat Allah Taala, begitu juga kita sama sekali tidak terdaya untuk memikirkan metodologi kerja ini. Yang mampu kita buat adalah buat kerja betul-betul seperti tertib yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dan yang dicanangkan oleh ulamak Rabbani yang mempunyai mata hati. Kemudian tugas untuk menyampaikan hidayah adalah tanggung-jawab Allah Azza wa Jalla yang mana di tangan-Nya lah segala petunjuk dan hidayah. Allah Taala menyebut dalam Al-Quran :-

" ولو شئنا لاتينا كل نفس هداه "
terjemahannya :- " sekiranya kami mahu,nescaya kami akan kurniakan hidayah kepada setiap jiwa ". Sebab tu lah di antara maqulah Mufti Zainal Abidin Rh.A, khulasah bagi kerja dakwah adalah bahawasanya pada siang hari kita menyelam di dalam lautan ummat, mengajak manusia dan memujuk rayu mereka kepada Allah dan di malam hari menangis dan memujuk rayu rahmat dan hidayat Allah kepada manusia. Usaha kita di siang hari walau bagaimana hebatnya sekalipun,itu hanyalah satu peratus saja, selebihnya hendaklah kita berusaha keras dengan menangis di hadapan Allah pada malam hari. Sebenarnya penglibatan kita dalam usaha ini adalah suatu penghargaan dari Allah untuk kita sendiri. Allah Taala satu zarrah pun tidak berhajat kepeda kita kerana sifat-Nya adalah Al-ghaniy (Zat yang maha kaya ).
Sesetengah manusia mengisykalkan bahawa kalau nak ikut tertib nabi kena buat
dakwah pada non-muslim lah, baru real. Jawapannya Faqir tengah tulis sekarang ni bahawa muslim atau non muslim kedua-duanya adalah target market kita. Kita buat dakwah bukan
main kepala otak kita, setiap sesuatu ada permulaannya, kalau tak masuk darjah satu, masakan mungkin lompat terus darjah enam, biollah jawabnya. Maulana Ilyas Rh.A pernah berkata bahawa 2 jam setengah, 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan itu adalah aliif baa taa kerja ini, maknanya itu baru tingkat ibtidaiyyah (permulaan). Cuba kita renung usaha dakwah dan tertib yang dianjurkan oleh ulamak untuk kerja dakwah di malaysia. Kalau dulunya di peringkat pengenalan, kita digula-gulakan dengan fadhilat kerja ini. Kalau bayan tu hanya bab fadhilat kerja ini. Kini ianya bukan setakat kelebihan saja, malah ditarghib untuk menjadikan kerja ini sebagai maksud hidup. Kini tertib ditambah lagi dengan 8 jam sehari, 10 hari setiap bulan, 4 bulan setiap tahun. Ertinya kerja sedang bergerak. Satu ketika nanti,mungkin tertib akan bertambah lagi kepada 15 hari sebulan, dan 6 bulan setiap tahun dan sedikit masa lagi tidak mustahil jika ditasykil maut yakni tarikh perginya ada tapi tarikh wapsinya tak ditetapkan. Waktu itu masa untuk dakwah non-muslim telah tiba. Ikut tertib nabi bermakna ikut tertib yang dicanangkan oleh ulamak rabbani yang telah membuat pengorbanan yang tinggi dalam kerja ini.
Sepertimana Hadis nabi ada menyebut, "sembahyanglah kamu sepertimana kamu lihat aku sembahyang". Bagaimana kita nak sembahyang sedangkan kita tak pernah melihat
Nabi sembahyang?. Maknanya kita hendaklah belajar sembahyang dari alim ulamak yang belajar kaifiat sembahyang Nabi dari dada ke dada bersambungan sanad sehingga kepada
Nabi Muhammad SAW. Begitu juga jika kita mahu ikut tertib Nabi. Ulamaklah yang mengetahui maksud sebenar Al-Quran dan hadis-hadis Nabi berkaitan dengan kerja ini.
Si fulan yang telah mendakwa dia telah berkorban selama lebih 30 tahun dalam kerja ini adakah boleh menandingi ulamak-ulamak Nizamuddin yang mewakafkan seluruh hidup mereka untuk kerja ini seperti Maulana Ilyas RA, Maulana Yusof RA, Maulana Inamul
Hassan RA atau yang masih ada seperti Maulana Ahmad Lath, Maulana Ibrahim, Maulana Saad dan Maulana Zubir? Tidakkah Si fulan itu membaca di dalam Fadhail Amal ada di tulis bahawa syarat untuk seseorang itu menafsirkan sesuatu ayat Al-Quran mestilah menguasai 15 ilmu dan yang terakhir barulah ilmu wahabi (bukan puak wahabi) atau di sebut ilmu Laduni. Baiklah, kalau kita taslim bahawa dia telah dianugarahkan dengan ilmu Laduni, bagaimana pula dengan syarat lain? Berbanding dengan ulamak yang disebutkan tadi mereka mempunyai cukup syarat zahiri dan batini. Maka keputusan yang dibuat oleh mereka merupakan ijmak ulamak. Mafhum Hadis Nabi SAW bahawa ummat ini sama sekali tidak akan bersepakat di atas kesesatan. Faqir tidak mahu menyentuh tentang profesion si fulan, bukan maksud Faqir untuk menghina Si fulan (Auzubillah), tapi kalaulah si fulan itu seorang ulamak yang haq sekali pun, dia telah keluar dari Jumhur ulamak. Dan ingat! kambing yang solo sentiasa dibedal oleh serigala yang ganas. Kalau nak ikut Nabi dan Sahabat, perhatikan apa yang mereka buat apabila berlaku perselisihan?
Maulana Yusof Rh A telah meninggalkan Kitab Hayatus-Sahabah kepada kita dan dari sini lah terdapat tertib kerja Nabi yang digarapkan oleh ulamak. Dalam Hayatus-Sahabah
ada ditulis bahawa ada seorang Sahabat yang telah komplen Amirul Mukminin Sayyidina Osman RA kerana bersembahyang 4 rakaat di Mina. Katanya demi Allah aku melihat Nabi SAW sembahyang 2 rakaat sahaja di sini, kemudian beliau bangkit dan sembahyang dua
rakaat juga. Seorang sahabat yang lain bertanya, tadi kamu cakap lain dan sekarang kamu
sendiri sembahyang 4 rakaat iku Sayyidina Osman RA. Jawab sahabat itu " Khilafun Syarrun
Aziimun ". Yakni perselisihan itu adalah keburukan yang besar. Ini adalah tertib Nabi dan
Sahabat dan inilah yang patut dicontohi oleh si folan itu yang mahu ikut tertib Nabi. Bukannya
dengan mufarraqah buat tertib sendiri dengan anggapan berada di pihak yang haq. Si fulan telah mengqiaskan mufarraqahnya dengan fardu solat bila imam buat silap. makmun dikehendaki mufarraqah. Jawapan pertama adalah qias beliau adalah qias ma'al fariq (qias-
yang tidak boleh dipakai). Qias itu adalah qias A'la bil adna. Kita tidak boleh mengqiaskan suatu yang besar darjahnya dengan benda yang darjahnya lebih kecil. Kerja dakwah adalah besar darjahnya berbanding sembahyang. Keduanya di dalam solat hanya terdapat satu imam yang perlu diikut berbanding dengan kes si fulan yang diputuskan oleh ijmak syura dunia.
Ianya bukanlah diputuskan oleh Maulana Saad keseorangan,sudah tentu mereka
bermesyuarat untuk memutuskan kes ini. Jadi menentang keputusan ini adalah menentang keputusan ijmak ulamak ummat sekaligus menentang Allah dan Rasul.
Dalam Al-Quran ada di sebut :-
" والتكن منكم أمت يدعون الى الخير ويأمرون بالمأ روف و ينهون عن المنكر "
" Hendaklah ada satu golongan di antara kamu yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh
berbuat baik dan mencegah kemunkaran ". Ibnu Kasir di dalam tafsirnya tafsir Ibnu Kasir menulis bahawa Abu Mardawiyyah meriwayatkan dari Abu Jaafar Baqir Ra bahawa setelah Rasulullah SAW selesai membaca ayat tersebut, baginda menjelaskan bahawa al-khair
adalah ittiba' Al-Quran dan sunnahku. Imamul Mufassirin, Hazrat Ibnu Abbas telah menafsirkan al-khair sebagai as-sulh wal-ihsan (pendamaian dan kebaikkan), menafsirkan al-makruf dengan at-tauhid dan ittiba' Muhammad SAW serta al-munkar dengan al-kufr wa-syirk dan tark ittiba' rasul (kekufuran,kesyirikan dan meninggalkan ittiba' Rasul). Tidak ada seorang ulamak pun yang mengkhaskan al-khair atau al-makruf dengan mengajak kepada kalimah. kalau adapun yang menyebut bit-tauhid atau bil-iman ianya tidak mengeluarkan mengajak orang islam kepada mafhum kalimah dan meningkatkan iman. Inilah maksud yang dibagitahu oleh Maulana Ilyas Rh.A sekiranya usaha ini ada nama nescaya aku menamakanya sebagai Tahrikul-Iman. Jadi bagaimana mungkin si fulan dan kuncu2 nya mendakwa elders Nizamuddin tidak mengamalkan Al-Quran dan Sunnah. Usha ini mempunyai dua syukbah iaitu dakwah ilal-iman dan dakwah ilal-islam. Sekarang ini usaha sedang bergerak dan sedang melalui syukbah yang pertama dan insyaallah akan mencapai kepada syukbah yang ke dua. Masa dan waktunya akan tiba. Yang bahayanya apabila kita terlampau advance dan terus melangkau ke syukbah yang ke dua sebelum lampu hijau menyala, alamat padahlah kelak!.
Sanggup si fulan melekehkan kerja yang dibangkitkan kembali oleh Maulana
Ilyas Rh.A dengan menamakan usaha ini sebagai sebuah Pergerakan Tariqat India.Perlu
diketahui bahawa usaha Tariqat juga bukanlah usaha khurafat yang boleh dihina dan diremeh
kan. Usaha ini juga adalah usaha Nabi Muhammad SAW, cuma ianya bukanlah maksud kerja
dakwah malah keperluan kepada setiap pekerja dakwah. Setiap pergerakan Tariqah yang
muktabar di sana mempunyai sanad yang bersambungan terus kepada Nabi SAW. Ada Elders
kita yang tidak terlibat dengan Tariqat? Bermula sengan Maulana Ilyas sehinggalah yang
masih ada kini hampir keseluruhan mereka ada berbaiat di tangan Sheikh-sheikh yang mursyid. Tapi itu tidaklah bermakna bahawa usaha ini adalah satu lagi pergerakan Tariqat, kerana kerja ini adalah berlainan dengan Tariqat dari segi metodnya tetapi sama dari segi visinya iaitu takluk maal-Allah. Kerana ketiga-tiga kerja, Dakwah, Taklim dan Tazkiah adalah himpunan kepada kerja Anbiya A.S. Allah Taala menjelaskan di dalam firman-Nya :-
" لقد من الله على المؤمنين ازبعث فيهم رسولا من انفسهم يتلوا عليهم اياته ويزكيهم و يعلمهم الكتاب والهكمة "
Terjemah :- " Sesungguhnya Allah telah memberi Ihsan kepada golongan mukmin
apabila telah mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka yang bertugas untuk membaca ayat-Nya keatas mereka (dakwah), dan mentazkiahkan (tazkiah) mereka dan
mengajar (taklim) kepada mereka kitab dan hikmah ".
Ulamak kita telah dikurniakan oleh Allah Taala dengan Tafaqquhat fi-ddin (kefahaman agama) yang tinggi disebabkan kealiman dan ketaqwaan mereka diserta dengan
pengorbanan mereka di medan dakwah. Merekalah golongan yang dapat memahami Perintah Allah dan Sunnah Rasulullah di kala dan waktu ini. apabila Imam Abu Yusof Rh.A datang menziarahi gurunya imam Abu Hanifah Rh.A, gurunya telah memerintahkannya untuk mengimami solah Subuh di waktu matahari hampir keluar disebabkan kelewatan.. Imam Abu Yusof Rh.A bangkit mengimami solah dengan membaca surah al-falaq pada rakaat yang pertama dan surah an-nas pada rakaat yang ke dua, Setelah selesai sembahyang Imam Abu Hanifah telah berkata bahawa syukur bagi Allah Taala yang telah mengurniakan kefahaman agama kepada kamu. Jadi setiap tertib yang dibuat oleh ulamak kita dibuat oleh mereka yang
yang memiliki tafaqqihat fi-ddin dengan pandangan mata hati yang tinggi. Nabi SAW bersabda
"أتقوا فراسة المؤمين انه ينظر بنورالله "
terjemah :- " Takutilah Firasat orang muknin, sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah".
Apabila Syura telah memutuskan supaya sifulan berhenti dari kegiatannya, keputusan
itu dibuat dengan pandangan cahaya Allah, walaupun kegiatan yang dilarang itu adalah perintah Allah. Tidakkah Rasulullah SAw pernah memerintahkan sahabat supaya memboikot tiga orang sahabat yang tidak menyertai perang tabuk? Dalam tempoh itu mereka dilarang untuk menyertai mana-mana amalan ijtimai termasuk rombongan jihad. Apakah tindakan dan sunnah mereka itu? Adakah mereka mufaraqah dan bertindak membuka network lain untuk berjihad? Amalan mereka hanyalah menangis dan bertaubat didepan Allah SWT sehinggalah taubat mereka diterima Allah SWT. Mereka tidak bertindak dengan mufaraqah dengan Nabi SAW dan sahabat R.Anhum Ajmain. Faqir tidak dapat membayangkan apa tindakan Allah SWT
kelak terhadap si fulan yang melanggar keputusan yang dibuat oleh ulamak yang bermata hati. Kalaulah si fulan bertindak dengan bertaubat nasuha seperti kesah tiga orang Sahabat itu, tidak mustahil larangan itu akan ditarik balik oleh Syura.
Isykal yang dibuat oleh si fulan terhadap Elders samalah isykal yang dibuat oleh mereka-mereka yang yang mengatakan mengapa Orang Tabligh tidak berpolitik@membentuk kerajaan? mengapa tidak berjihad? Jika seandainya Elders membenarkan kita untuk berdakwah kepada non-muslim sekalipun, adakah kita telah menunaikan keseluruhan perintah Allah dan sunnah Baginda SAW? Bukankah perintah jihad itu juga adalah perintah Allah? Berapa banyak ayat-ayat jihad dalam Al-Quran dan Hadis, adakah kita perlu melepaskannya
begitu saja tanpa mengamalkannya selepas berdakwah kepada non-muslim? Jawapannya adalah masa belum sampai kerana kerja ini sepertimana banyak yang tersurat masih banyak lagi yang tersirat yang kita tidak fahami. Mansya Elders bukanlah mansya peribadi, tapi ianya adalah mansya Allah dan Rasul sepertimana yang dikatakan oleh
seorang Cikgu (seorang karkun awwalin) semasa Faqir bermuzakarah dengannya di suatu tempat. Tidakkah si fulan belajar Asbabun-Nuzul surah Abasa? Mengapa Allah SWT menurunkan surah ini? tidakkah si
fulan ada belajar? Ji ha, Faqir sendiri akan menjelaskan bahawa asbabun-nuzulnya adalah ke
tika Rasulullah SAW sedang ghairah berdakwah kepada pemuka-pemuka kafir Quraish di
antaranya Abu Jahal Bin Hisyam, Utbah Bin Rabiiah dam Walid Bin Mughirah, datang seoarang sahabat Nabi yang buta bernama Abdullah Ibnu Maktum RA dan mengucapkan Ya Rasulullah!
" Allimni mimma allamakallah " yakni " Ajarilah aku dari apa yang diajari Allah kepada kamu".Rasulullah SAW bermasam muka dan berpaling wajah darinya. Maka Allah SWT tidak menyukai akan kelakuan ini lalu menegur dengan menurunkan Surah Abasa hingga kepada ayat :- " كل انها تزكره " Terjemah :- " Sama sekali tidak! ini adalah satu peringatan ".
Ulamak menulis bahawa khulasah daripada kesah ini adalah dakwah kepada
orang yang bertalab adalah lebih afdhal dari dakwah kepada ghir talab. Abdullah ummu Maktum adalah seorang sahabat yang sudah lama memeluk islam dan sangat bertalab kepada ajaran islam dan penyucian diri. Ini digambarkan sendiri dengan ayat :-
" وما يدريك لعله يزك " terjamahnya :- " Apakah kamu tahu mungkin dia datang
untuk menyucikan diri ".
Berbanding dengan Pemuka Quraish yang belum tentu ikhlas dalam mendengar
dakwah Nabi SAW. Allah Taala sendiri menggambarkan keadaan ini dengan menyebut :-
" أما من استغن " terjemahnya " :- " Adapun mereka yang tidak berhajat ".
Di sini dapat diketahui bahawa tidak semestinya dakwah kepada non muslim wajib dan dituntut setiap keadaan, ada kalanya ianya perlu ditakhirkan. Inilah salah satu pegangan Elders kita yang mana mereka tidak membuat tertib atau keputusan yang membuta tuli tanpa memikirkan hikmah dan muslihatnya.
Allah Taala telah menjanjikan bahawa akan meliputi dunia ini dengan Islam sepertimana firman-Nya :-
" ليظهره على الدين كله " terjemahnya :- " pasti dan pasti Dia akan menzahirkan agama (Islam)
secara keseluruhannya "
Dan Allah sama sekali tidak akan memungkiri janji-Nya. Dalam surah An-Nasr Allah SWT menyebut :-
" أزاجاءنصرالله والفتح ورأيت الناس يدخلون في دين الله افواجا "
Jadi kerja kita adalah usaha untuk menarik pertolongan Allah. Sekiranya kita buat dakwah kepada non-muslim tetapi dengan melanggari tertib, maka itu akan mendapat murka Allah dan bukannya nusratullah. Apabila usaha ini mendapat pertolongan Allah, waktu itu kita akan melihat manusia berbondong-bondong akan datang kepada islam. Hari ini ketika tertib masih lagi kepada muslim pun, di Eropah sana setiap hari beratus-ratus manusia mendapat hidayah.
Itu semua kerana usaha dan doa kita disini dengan tertib yang betul. Semasa perhimpunan
Ulamak yang di adakan di Kota Bharu bulan lepas, seorang ulamak Thailand telah mengkarkuzarikan bahawa kerja dakwah di Thailand sedang meningkat maju ketika ini
dengan penglibatan ulamak-ulamak dan pelajar pondok. Hampir 50 buah pondok yang mana Mudirnya beserta palajarnya terlibat dengan usaha tabligh. Karkun dipandang tinggi dan mulia di sana. Kerajaan Thailand dari masa ke semasa sentiasa menghantar askarnya dan kakitangannya yang islam ke markaz Yala untuk Islah. Sekarang ini kerajaan mereka sedang merangka satu undang-undang supaya membolehkan kakitangan kerajaan yang beragama islam yang mahu keluar 40 hari untuk diberi cuti bergaji. Subhanallah! tidak hairan satu ketika nanti Thailand akan menjadi Negara Islam terkemuka di Abad ini. Ini semua adalah berkat membuat usaha dengan penuh taat dan bermesyuarat.
Kalau nak ikut tertib sebenar Sahabat R.Anhum, mereka telah mewaqafkan seluruh hidup mereka kepada usaha agama.Di zaman mereka takaza agama dibentang dimana dan pada bila-bila masa. Apabila seruan Hayya Alal Jihad dilaungkan mereka akan
"labbaik" pada bila-bila masa hatta diwaktu perkahwinan sekalipun. Tertib mereka adalah bukan 40 hari, bukan 4 bulan dan bukan setahun, tetapi sekali mereka keluar, tarikh wapsi tidak ditetapkan, samaada mereka memperoleh kemenangan ataupun gugur syahid di medan perang. Mereka bukan sekadar dakwah kepada Abu Jahal dan Abu Lahab sahaja, malah
mereka bertebaran ke seluruh alam. Kalau benar si fulan kuncu-kuncunya begitu ghairah untuk buat dakwah kepada non muslim, mereka sepatutnya membentuk jemaah ke US, Franch, German dan keseluruh negara Kufuristan. Bukan hanya berpuas hati kerana iman yang telah meningkat lantaran ajak Ah meng dan Ramasamy masuk islam di Greenwood sahaja. Kalau tak ke Urope pun paling kurang ke Sabah dan Sarawak, dengar kata Kristian membiak di sana. Sahabat mereka keluar dengan akhlak Rasulullah SAW. Dakwah mereka adalah akhlak yang mulia. Slogan mereka adalah Kun Mislana (jadilah kamu macam kami). Kalau slogan yang sama diucapkan pada orang kafir hari ini, nescaya mereka akan menjawab, nak ikut kamu jenis yang macam mana? Yang macam UMNO ke atau yang macam PAS? Kalau kita jawab tak, ikut kami orang Tabligh, pun mereka akan tanya Tabligh mana satu, Tabligh pro-India ke Tabligh pro-Pakisatan? Apa kita nak jawab?
Faqir masih ingat sewaktu Faqir berumur 12 tahun dan waktu itu kami telah
keluar di sebuah kawasan Siam di Tumpat Kelantan. Seorang karkun yang jenis tak ikut tertib (semoga Allah mengampuninya) telah membawa Faqir dengan motosikalnya dan telah masuk di kawasan tokong siam yang mempunyai patung besar yang sedang tidur dengan niat untuk berdakwah kepada sami siam. Faqir masih ingat dialog mereka berdua. Karkun itu berkata
ringkas " Lu masuk islam la! Lu akan berjaya dunia akhirat". Sami itu dengan pantas menjawab dengan dialek siam-kelatenya " Buat apa aku masuk islam, orang kami minum arak, lu orang pun minum, orang kami main judi lu oarang pun sama main, orang kami main perempuan, lu orang pun main perempuan, apa beza kita?". Itulah haqiqatnya amalan keseluruhan kita. Ini tidaklah bermaksud Faqir berpendapat bahawa mesti amalan orang islam keseluruhannya elok dulu, baru boleh ajak pada islam,tidak.Tapi itulah realitinya.
Akhir sekali bukanlah maksud Faqir untuk berlawan blog dengan si fulan itu. Harapan Faqir agar seluruh ummat amnya dan rakan seusaha khasnya sedikit dapat mengetahui haqiqat sebenar kerja dakwah. Kepada si fulan dan kuncu-kuncunya, cuba bawak bertenang
dan cuba tafakkur sejenak dan renung dalam-dalam adakah betul tindakan yang kita buat selaras dengan kehendak Allah dan Rasul? Cuba sabar dan jangan ikutkan selera dan nafsu. Sembahyanglah hajat banyak-banyak semoga Allah memberi petunjuk sebenar. Banyakkanlah doa " Allahumma Arinal Haq Haqqan war zuqnat ttibaa'ah wa arinal Baatila Baatilan war zuqnajtinaabah " Ya Allah! Tunjukkanlah kami benda yang haq itu haq dan berikan taufiq kepada kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah pada kami batil itu batil dan berilah taufiq untuk kami menjauhinya ".
" Allahummajmak Ummata Muhammad SAW, waghfir Ummata Muhammad SAW ". Amiin!!
INTIHA KALAM.
Abulaibah
16 March 2010
Kota Bharu.

Subscribe to:
Posts (Atom)