Salam Faqir…,
Sedar tak sedar dah hampir setahun Faqir meluangkan masa untuk mencoretkan sedikit Qalam di dalam blog yang Faqir lah empunya tuan. Sebelum ini hampir 4 bulan Faqir tidak diberi taufiq untuk menulis sebarang entry mahupun luahan. Semuanya itu mengembalikan kita semua kepada kequdratan Tuhan…
Perlu dingat bahawa setiap daripada kita mempunyai tanggung jawab. Tak kira samaada kita ini pemimpin orang atasan mahupun rakyat. Setiap hari samaada khamis jumaat sabtu dan ahad. CCTV Allah sentiasa memerhati dan merenung kita setiap saat. Apa saja yang dimuatkan di dalam entry kita setiap ketika. Ada saja mata yang memerhatikannya di seluruh dunia. Kerana sekarang adalah zaman siber dan tekan saja..sekali “click” apa yang ditulis akan dipublish ke seluruh dunia.
Ingatlah wahai penulis dan sekalian Blogger!! Niat dan maksud kita biarlah untuk dakwah dan meredhakan Yang Esa. Syaitan durjana ni sentiasa mengintai untuk memasukkan jarumnya. Silap niat takut tercampak pulak kita ke dalam neraka (Nauzubillah).
Pepatah Arab ada menyebut dengan terang, bahawa mata Qalam adalam lebih tajam daripada mata pedang. Jangan lah kita asyik syok dengan entry dan tulisan. Sedar tak sedar orang lain yang dimaki dan dihinakan. Akhir-akhir ini ramai orang yang menjadikan blog dan internet. Sebagai alat untuk menjatuhkan maruah orang yang ditarget.mereka cerita, menfitnah dan gossip itu sudah menjadi asset.menjadikan orang yang difitnah pun tak boleh duduk rilek.
Perlu diingat bahawa perselisihan dan juga ikhtilaf merupakan satu rahmat. Manusia berselisih di dalam mengenengahkan sesuatu pendapat. Setiap zaman ada saja pihak yang bercanggah dan berdebat. Tidak terlepas juga golongan Tabiin dan Sahabat. Tetapi yang jeliknya jatuh kepada satu pihak. Bahawa pendapatnya saja yang betul dan berhak. Pendapat orang lain dikatakan bidaah dan sesat.
Baru belajar Hadis sikit dah berlagak macam ulamak. Mulalah nak mengata golongan itu dan ini sudah sesat. Apa kau ingat agama ini milik ekslusif kau pulak? Sehingga setiap amalan orang lain dihukum bidaah dan tak layak. Tak ada dalam hadis sikit dah hukum amalan itu rosak. Hadis itu palsu, hadis ini pulak dhoif. Asal saje hadis lemah terus dijadikan hampeh (pinjam perkataan kereta mayat). Kat mana kau orang belajar ni SHEIKH? Hadis dhoif pun ada kategorinya pulak WEH!!.
Golongan ni hendaklah kita sentiasa waspada. Depa kata Fadhail Amal pun tak boleh baca. Keluar 40 hari dan 4 bulan tu tiada nas dalam Bukhari mereka. Kita jawab 40 hari dan 4 bulan memanglah tak ada. Tapi yang ada sahabat keluar seluruh hidup korang sedia ke? Memang lah korang ni pakai kepala lutut semata-mata.
Dah memang Khair Allah menjadikan empat mazhab yang muktabar. Setiap single sunnah dipraktikkan di seluruh dunia golongan abrar. Andai kita mengatakan kitalah yang terpelajar. Dengan mengatakan kenapa sehingga ada empat yang diajar. Bukankah baik perlu ada satu saja yang perlu dikejar? Soalan itu amat logical bunyinya. Tetapi amat tengik baunya dan amat mengelirukan pada haqiqatnya. Sebenarnya jika kamu mendakwa perlu ada satu sahaja yang di bawa dan yang empat itu memecahkan ummatnya. Haqiqatnya kamu sedang mewujudkan mazhab yang kelima.
Faqir tidak mahu membahaskannya secara ilmiah. Kerana Faqir faham bukan semua orang di dalam menuntut ilmu yang telah lepas edah. Tapi Faqir nak bawa korang semua secara waras. Betul ke puak satu ni saje yang benar-benar mengamalkan sunnah? Faqir teringat pulak semasa belajar di Pakistan. Ada satu puak yang di namakan Ahli Hadis wahai Tuan. Puak tu persis wahabi di Negara kita yang tersayang. Di sana bermazhab hanafi mereka mengaminkan secara perlahan di dalam sembahyang. Bukan seperti Syawafi yang amin menggegarkan dewan. Dan si Ahli Hadis ni pula mereka mengaminkan secara kuat memecahkan kesunyian. Mereka mengatakan inilah cara Nabi dan Sahabat sembahyang. Sedangkan kedua-duanya ada dalil dan nas yang dibentangkan.
Bila pulang pula Faqir ke Negara kita. Bertanya Faqir bagaimana cara aminkan mereka (Puak Wahabi)? Diberitahu mereka amin dengan tidak terdengar suara. Di Pakistan mazhab Hanafi mereka tidak membaca qunut. Puak Ahli Hadis mereka dengan bangga dan suara yang kuat membaca qunut. Di sini puak ni mereka tak segan pula meninggalkan Qunut?
Cukuplah Faqir dengan dua contoh di atas. Tak perlu Faqir mengemukan dalil dan juga nas . Bagi mereka yang dikurniakan Allah dengan aqal yang waras. Boleh berfikir dan juga berserah. Bahawa tidak lah wujud golongan yang di sebut diatas. Melainkan untuk mengelirukan umat dan sekaligus berpecah. Sebenarnya mereka adalah bermazhabkan nafsu. Celup sini celup sana ikut melulu. Mazhab Syafie sentuh bini batal wudhuk ku. Mereka kata tak batal amik air sembahyang kami tak mahu. Mazhab Hanafi bila keluar darah, wudhuk dikira batal. Mereka pulak kata mana ada batal rujuk pada yang asal.last-last sekali semua tak batal kentut keluar pun tak batal.
Dah lah Faqir pun nak mengomel lagi dah malas. Puak ni bukannya senang nak mengalah. Dah memang hati mereka semakin hari semakin keras. Amboi kalau orang lain ini bidaah itu pun bidaah. Tapi, kalau orang bagi mereka kata amik saje lah!!.
Hati-hati lah kewahabian di dalam usaha agama. Mereka ini ada di mana-mana. Dalam tabligh pun mereka menyorok juga. Buat tertib sendiri mereka kata inilah sunnahnya. Ulamak mereka pandang sebelah mata. Bagi mereka Ulamak adalah orang yang bertaqwa saje. Tak belajar Alim pun boleh jadi ulamak menurut mereka.Yang penting buat dakwah GILA.GILA. INTIHA QALAM.
ABU LAIBAH
KUALA LUMPUR
11 NOVEMBER 2010.