" DARTE DARTE KAM KARNA, KARTE KARTE MARJANA "

Tuesday, April 10, 2012

IWAN SYAHMAN BERNASYID DEPAN MAULANA TARIQ JAMIL

Alhamdulillah pada penghujung March lepas, negara kita telah disinari dengan kedatangan ulamak yang tersohor di Pakistan iaitu Maulana Tariq Jamil Damat Barkatum. Kedatangan Maulana sebenarnya untuk tujuan rehlah selama seminggu di Malaysia, namun apabila suatu jiwa yang sudah diwarnai dengan daiyana mizaj (sifat dai,e), maka di mana pun kita pergi Allah akan qabul kita untuk buat kerja dakwah.
Begitulah yang berlaku pada Maulana yang mana akhirnya dengan persetujuan Syura Malaysia iaitu Maulana Hamid, akhirnya Maulana bersetuju untuk mengadakan tiga bayan iaitu dua di Sri Petaling dan satu di Kubang Bujuk. Walaupun tarikh yang ditetapkan untuk kubang bujuk terpaksa di tangguh oleh Maulana disebabkan masalah kesihatan, namun Maulana dapt mengqadhanya balik pada hari jumaat selepas tarikh itu.
Alhamdulillah Faqir dapat peluang untuk berkhidmat bersama Jemaah Maulana ke kubang Bujuk dan beberapa hari bersama Maulana di Mont Kiara KualaLumpur. Di KL,Faqir berpeluang menemukan Iwan Syahman dengan Maulana yang dulu dikenali sebagai Iwan Dangdut yang sekarang sudah mendapat hidayah Allah dan sudah diberi taufik untuk keluar 40 hari dan 3 hari beberapa kali. Maulana lah di Pakistan yang bertanggung jawab menyelamatkan seorang penyanyi masyhur di Pakistan yang bernama Junaid Jamsyed dari kegelapan dunia yang mana dengan asbab Maulana lah dia sekarang sudah mendapat hidayah dan telah bertukar dari seorang penyanyi kepada seorang penasyid lagu-lagu ketuhanan disamping kerja dakwah sepenuh masa. Maulana amat suka apabila diketemukan dengan Junaid Jamsyed Malaysia iaitu Iwan Syahman dan Maulana minta dia memperdengarkan sebuah lagu dan Iwan dengan senang hati telah memperdengarkar nasyid segalanya Allah di depan MAulana dan beliau amat terpegun dengan kelunakan suara Iwan. Iwan telah menghadiahkan sekeping cd nasyidnya kepada Maulana dan juga sekeping kepada Faqir...



ABU LAIBAH
10 APRIL 2012
HULU LANGAT

Monday, January 16, 2012

ZAMAN KEMEROSOTAN AGAMA



Salam kembali...

Sebenarnya sepanjang bulan Mei Faqir tidak diberi taufiq oleh Allah Azza wa Jalla untuk menulis sebarang entry solah-olah blog Faqir telah diblok oleh-Nya. Bukannya faqir telah kekeringan idea atau kekurangan isu untuk diulas kerana Faqir menulis bukan berdasarkan isu kontroversi sebagaimana kelaziman kepada setengah-setengah Blogger. Semua ini mengajar kita untuk kembali kepada La Haula Wa La Quwwata illa Billah..Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya Allah. Bahawasanya tiada berdegup setiap jantung kita melainkan dengan izin Yang Maha Esa. Apatah lagi untuk menulis suatu kebaikkan yang mana memerlukan limpahan tawajuh dan kurnia-Nya.

Kita pada haqiqatnya telah ketinggalan jauh dari kehidupan Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW iaitu sebanyak 1400 tahun lebih. Era Rasulullah SAW adalah era yang terbaik sepertimana Sabda Rasul: خيرالقرون قرني ثم الزين يلونهم ثم الزين يلونهم

Terjemah:- Sebaik-baik kurun adalahah kurunku. Kemudian kurun selepas itu dan kurun selepas itu.

Ulamak menerangkan bahawa sebaik-baik zaman adalah zaman Rasulullah, kemudian zaman
Sahabat, dan kemudian zaman Tabiin. Mereka semua juga digelar golongan Salaf-us-
Solihin atau golongan Aslaf. Merekalah golongan yang sebenar-benarnya memahami kehen
dak Allah dan Rasul atau kehendak Al-quran dan Hadis lantaran mereka hidup sezaman
dengan Syarihul-Quran Muhammad Mustafa SAW. Merekalah yang sebenarnya layak untuk
menafsirkan Al-Quran kerana Al-Quran telah turun di depan mata mereka. Kita yang
ketinggalan jauh dari zaman itu mempunyai sudah tentunya fahaman yang tersasar dari
kehendak sebenar Al-Quran.

Ustaz kami menerangkan tamsilannya sebegini. Di dalam sebuah rumah telah terdengar suara panggilan "air" dari seseorang lelaki di rumah itu. Maka seorang yang melalui di tepi rumah itu sudah tentu mempunyai pelbagai tafsiran terhadap ungkapan air yang telah diungkapkan oleh tuan rumah. Terbayang di benaknya mungkin dia meminta air dari isterinya untuk diminum atau dia menyuruh isterinya memasang tangki air kerana dia sedang mandi. Haqiqatnya orang yang berada di rumah iaitu isterinya sahaja yang memahami apakah maksud sebenar yang diinginkan dari ungkapan air oleh suaminya. Yang dimaksudkan dengan air disini ialah suaminya terdengar jeritan cerek air yang sedang dimasak dan sedang mendidih lalu suaminya melaungkan air dengan maksud menyuruh isterinya menutup api yang memasak air. Begitu juga setiap ungkapan di dalam A-Quran bukanlah dengan seremeh mungkin kita boleh menafsirkannya hanya dari terjemahan yang kita baca. Kita diibaratkan sebagai orang yang melalui di tepi rumah itu dan sahabat ibarat isteri yang berada di dalam rumah itu. Syekhul Hadis Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi telah menulis di dalam kitabnya Fadhail-Amal bahawa 15 ilmu diperlukan untuk membolehkan seseorang menafsirkan Al-Quran.

Kita sebenarnya berada di zaman menurun (dari segi agama) kerana zaman
kemuncaknya telah lama berlabuh iaitu zaman Rasulullah SAW. Dalilnya Allah SWT telah
menurunkan Al-Quran pada zaman baginda SAW dan dalam Al-Quran ada ayat yang berbunyi

"Hari ini aku (Allah) telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah me
nyempurnakan nikmatku ke atasmu dan aku telah redha bahawa Islam sebagai sebuah agama". (Al-Maidah)

Ibn Abbas menafsirkan ayat ini dengan mengatakan Allah telah menyempurnakan kefarduannya dan batasan halal dan haramnya yakni selepas ini tidak akan turun ke atas Nabi SAW apa-apa lagi tentang halal dan haram. Para Ulamak yang menfatwakan
halal dan harampun bukanlah berdasarkan ayat yang baru malah diistinbatkan dengan ayat yang asal yakni Al-Quran. Semakin jauh kita dari Rasulullah SAW, semakin hilang
segala keberkatan, semakin senggang kita dengan zaman Rasulullah SAW, semakin luput
Tawakkal dan takwanya. Maulana Zulfiqar Ufiyallahu anhu telah menulis di dalam kitab
nya Isyq Ilaahi bahawasanya satu ketika golongan Tabiin telah pergi ke rumah kafir Zimmi untuk mengutip jizyah sepertimana yang di kutip oleh Sahabat. Si kafir Zimmi telah mengherdik keras, kami tidak akan bagi sesen pun kepada kamu. Sahabat mereka datang dengan baju yang sederhana, tubuh yang kurus tetapi pada muka mereka ada kegerunan dan kamu tidak mempunyai sifat itu, maka pulanglah kamu. Maka pulang lah Tabiin dengan perasaan hampa.Itu di zaman Tabiin, apatah lagi jika di zaman kita hendak meminta cukai dari si kafir? alamat dibaling dengan paranglah kita. Malah apa yang berlaku sekarang ini orang kafir pula yang datang meminta cukai daripada kita dan along-along datang menuntut hutang daripada kita yang digali tanpa henti-henti.

Faqir amat hairan dengan orang di zaman sekarang ini, baru sedikit belajar agama dan mendapat gelaran Phd sudah mengaku pakar dalam Hadis Feqah dan sebagainya dan sudah tidak merasa bersalah mengutuk ulamak dahulu seperti Imam Ghazali dan Imam
Syafie R.A. Mereka ini belajar hanya ambil pengkhususan tertentu dalam tempoh dua atau tiga tahun sudah mengaku Pakar hebat. Wah Ji Wah! belajar pun dengan guru yang
tidak bersanad sampai Rasulullah SAW sudah mahu digelar mujtahid? Itu mujtahid koboi kata Ustaz Usman Muhammadi.

Sebenarnya tak perlulah kita semua hairankan kerana semua ini pernah di sebut oleh Nabi SAW ertinya:

"Daripada Abdullah Bin Amr r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Bahawasanya Allah Taala tidak mencabut akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia, tetapi Allah Taala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan Alim ulamak. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulamak, orang ramai akan memilih orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila mereka disoal mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan akan menyesatkan orang lain." (H.R MUSLIM)

Jika diperhatikan, keadaan inilah yang sedang berlaku pada dunia hari ini, seorang demi seorang ulama telah di angkat oleh Allah SWT. Di negara kita pada beberapa minggu lepas seorang ulama yang berketurunan Rasulullah SAW Habib Ali Al-Idrusi telahpun dijemput oleh Allah SWT. Beliau tergolong di antara ulamak yang tidak berapa dikenali di bumi tapi di kenali oleh penduduk langit. Ini kerana dihari kematiannya terdapat begitu ramai tetamu yang datang dari seluruh pelusuk dunia sehingga bandar Batu Pahat telah sesak dengan kereta-kereta yang mahu mengirinya atau melawat beliau. Pemimpin di nagara kita dipilih dari golongan yang jahil tentang agama akibatnya apa yang terjadi sekarang benda yang halal dijadikan haram dan yang haram diisytiharkan halal. Berpoligami di Malaysia akan dikenakan hukuman penjara jika tidak mendapat kebenaran mahkamah sebaliknya judi yang jelas keharamannya diberikan lesen pula oleh pihak kerajaan. Sebab itu Faqir telah menjelas kan pada awal lagi bahawa kita sebenarnya pada zaman penurunan atau zaman kemerosotan.

Tetapi sepertimana kata Maulana Yusof R.A keunggulan sesuatu zaman itu bukanlah disebabkan zaman itu tapi disebabkan amalan di zaman itu. Masih ada masa lagi untuk sama-sama kita semua pihak berganding bahu memngembalikan amalan di qurun awal yang menyebabkan ianya di gelar Khairul Qurun (Kurun terbaik). Jika semua pihak bekerjasama tidak mustahil zaman kita juga boleh menjadi Khairul Qurun. INTIHA>

Re-entry by
Abu Laibah
17 JAN 2012.

Tuesday, December 20, 2011

40 HADIS DARI ADABUL MUFRAD PART 4

1.).Diriwayatkan daripada Ibnu Umar (ra) bahawa Umar Bin Khattab telah berkata pada tahun kemarau yang kering,dan tahun tersebut adalah tahun kemarau yang paling dahsyat,setelahmana Umar berusaha mendapatkan bantuan dari orang-orang arab dengan unta,gandum dan minyak dari segenap perkampungan,namun orang-orang di perkampungan tidak mampu memberikan lebih akibat dari kesulitan yang mereka alami.Umar (ar) berkata:Ya Allah,jadikanlah rezeki mereka ada dipuncak-puncak gunung.Lalu Allah mengkabulkan doanya dan kaum muslimin.Ketika hujan telah turun Umar berkata: Alhamdulillah,demi Allah,sekiranya Allah tidak meredakannya,nescaya tidak ada seorangpun daripada keluarga kaum muslimin yang ada kelapangan melainkan aku akan memasukkan mereka bersama orang-orang fakir.Dan tidaklah dua orang binasa disebabkan oleh makanan yang mengcukupi untuk satu orang.

.Bab pengalaman.

2.) Diriwayatkan daripada Hisyam Bin Urwah daripada bapanya bahawa bapanya berkata: Aku duduk disisi Muawiyah,lalu beliau berkata kepada dirinya kemudian beliau sedar lalu dia berkata:Tidak ada kelembutan jiwa melainkan pengalaman.Beliau mengucapkannya sebanyak tiga kali.


Bab orang yang memberi makan saudaranya kerana Allah.

3.)Diriwayatkan daripada Ali (ra) bahawa Sesungguhnya aku mengumpulkan beberapa orang dari teman-temanku untuk satu cupak atau dua cupak makanan adalah terlebih aku cintai daripada aku berangkat kepasar kamu lalu aku merdekakan seorang hamba.
Sumpah jahiliah.\

4.) Daripada Abdul Rahman Bin Auf (ra) bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda: Aku telah bersama paman-pamanku didalam perjanjian bersumpah Mutayyibin,maka aku tidak suka untuk melanggarnya walaupun aku memperolehi unta merah.

Bab mengikat tali persaudaraan sesama kaum muslimin.

5.) Diriwayatkan daripada Anas (ra) bahawa Rasulullah (saw) telah mengikat tali persaudaraan diantara Ibnu Mas`ud dan Zubair (ra).
569.Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik (ra) bahawa Rasulullah (saw) telah mengikat tali persaudaraan diantara kaum Quraish dan Ansar di rumahku yang terletak di Madinah.

Bab tidak ada sumpahan didalam islam.

6.)Diriwayatkan daripada Amr Bin Syuib daripada ayahnya daripada datuknya bahawa dia berkata: Rasulullah (saw) duduk ditangga kaabah sewaktu penaklukan Mekah.Lalu Rasulullah (saw) telah memuji Allah dan menyanjungNya kemudian bersabda: Barangsiapa yang mempunyai sumpah didalam jahiliah maka islam tidak menambahnya melainkan menguatkannya lagi,dan tidak ada hijrah setelah penaklukan Mekah.

Bab kambing adalah berakah.

7.)Diriwayatkan daripada Humaid Bin Malik Bin Khusaim (rah) bahawa beliau berkata: Aku telah duduk bersama Abu Hurairah (ra) ditanahnya di daerah Aqiq,maka satu kaum daripada orang-orang Madinah telah datang kepadanya dalam keadaan menunggang kenderaan.Maka mereka telah turun.Maka Humaid telah bekata: Abu Hurairah telah berkata: Pergilah kepada ibuku dan katakan kepadanya sesungguhnya anakmu telah mengirimkan salam kepadamu dan berkata: Berilah kami makan sesuatu.Humaid telah berkata: Maka ibunya telah meletakkan tiga keping roti dari gandum dan sedikit daripada minyak dan garam didalam kain hamparan lalu beliau meletakkannya diatas kepalaku.Maka aku telah mengangkatnya kepada mereka.Bilamana aku meletakkannya dihadapan mereka maka Abu Hurairah (ra) telah bertakbir dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah mengeyangkan kami dengan roti setelah kami ketiadaan makanan melainkan air dan tamar.Maka orang-orang tersebut tidak meninggalkan sedikitpun daripada makanan tersebut. Bilamana mereka telah beredar untuk pulang Abu Hurairah berkata: Wahai anak saudaraku,berbuat baiklah terhadap kambingmu,dan sapulah debu daripadanya dan baikilah kandangnya dan bersembahyanglah dekatnya kerana ianya adalah salah satu binatang syurga.Demi tuhan yang nyawaku ditanganNya,akan datang satu zaman bahawa sekawan kambing lebih disukai oleh tuannya daripada istana marwan.
573.Diriwayatkan daripada Ali (ra) bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda: Seekor kambing di rumah adalah berakah,dua ekor kambing adalah dua berekah dan tiga ekor kambing adalah banyak berakah.

Bab unta adalah kemulian bagi pemiliknya.

8.) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (ra) bahawa beliau berkata: Aku amat hairan dengan anjing dan kambing.Sesungguhnya kambing disembelih didalam satu tahun sebanyak sekian dan sekian dan dihadiahkan sekian dan sekian dan anjing melahirkan anaknya sekian dan sekian tetapi bilangan kambing lebih banyak daripada anjing.

9.)Diriwayatkan daripada Abu Zhabyan bahawa beliau berkata bahawa Umar Bin Khattab (ra0 telah berkata: Wahai Abu Zhabyan banyakmanakah pemberianmu?.Aku berkata: Dua ribu lima ratus.Maka Umar berkata kepadanya: Wahai Abu Zhabyan,ambillah kamu daripada hasil pertanian dan penternakan sebelum orang-orang Quraish menguasaimu kerana mereka mereka tidak menganggap pemberian itu suatu kekayaan.

10.) Diriwayatkan daripada Abdah Bin Hazan (rah) berkata bahawa Para pemilik unta dan kambing saling berbanggakan diri.Lalu Rasulullah (saw) telah bersabda: Musa (as) telah diutuskan dan baginda mengembala kambing,dan diutuskan Daud (as) dan baginda mengembala kambing,dan Aku diutuskan sementara aku memelihara kambing keluargaku di Ayyad.


Bab sifat arab jahiliah.

11.)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) bahawa beliau berkata: Dosa-dosa besar itu ada tujuh.Yang pertama ialah mempersekutukan Allah,dan membunuh jiwa,dan menuduh berzina terhadap orang yang telah bernikah dan kembali kepada sifat jahiliah selepas berhijrah.

Bab penduduk desa.

12.) Diriwayatkan daripada Tsauban (ra) bahawa beliau berkata: Rasulullah (saw) telah bersabda kepadaku: Wahai Tsauban,janganlah engkau tinggal didesa terpencil,kerana orang yang tinggal didesa terpencil seumpama tinggal di kubur.

Bab berpindah ketempat tinggi.

13.)Diriwayatkan daripada Miqdam Bin Syuraih (rah) daripada bapanya bahawa bapanya berkata: Aku telah bertanya kepada Aisyah (ra.ha) tentang desa.Aku berkata: Adakah Rasulullah (saw) pergi kedesa.Lalu Aisyah (ra) berkata: Ya,Baginda (saw) pergi ketempat pancuran air mereka.

14.)Diriwayatkan daripada Amr Bin Wahab (rah) bahawa beliau telah berkata: Aku telah melihat Muhammad Bin Abdullah Bin Usaid bilamana beliau menunggangi kenderaan dan beliau didalam keadaan berihram maka beliau melepaskan kain dari bahgian bahunya dan meletakkannya dibahagian pahanya.Maka aku bertanya: Apa ini?.Beliau berkata: Aku telah melihat Abdullah melakukan sebegini.



Bab orang yang suka menyimpan rahsia dan bergaul dengan setiap kaum untuk mengetahui akhlak mereka.

15.)Diriwayatkan daripada Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Rahman Bin Abdul Al-Qari daripada bapanya bahawa suatu ketika Umar Bin Khattab (ra) dan seorang laki-laki dari golongan Ansar sedang duduk,maka Abdul Ramnam Bin Al-Qari telah datang lalu duduk kearah keduanya.Maka Umar (ra) telah berkata: Sesungguhnya kami tidak orang yang menyiarkan percakapan kami.Lalu Abdul Rahman Bin Al-Qori berkata kepada Umar (ra): Bukanlah aku orang yang saling duduk dengan orang-orang seperti itu wahai Amirul Mukminin.Umar (ra) berkata: Baiklah,maka duduklah engkau dengan orang ini dan orang ini,dan janganlah engkau menyiarkan percakapan kami.Kemudian beliau berkata kepada lelaki Ansar itu: Siapakah orang yang engkau ketahui diantara orang-orang yang mereka katakan akan menjadi khalifah setelahku?. Lelaki Ansar tersebut menyebut sejumlah nama dari kaum Muhajirin kecuali Ali (ra).Maka Umar berkata: Mengapa mereka tidak menamakan Ali,demi Allah beliau adalah orang yang paling sesuai diantara mereka.Jika beliau memimpin mereka maka beliau akan membawa mereka kejalan yang benar.

Bab berhati-hati didalam setiap urusan.

16.) Diriwayatkan daripada Hasan Basri (ra) bahawa seorang lelaki telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak dan seorang hamba.Dia telah mewasiatkan hambanya supaya menguruskan anaknya.Maka hamba tersebut tidak mengabaikan anaknya sehinggalah anaknya dewasa dan mengahwinkannya.Anak laki-laki tersebut berkata: Berikanlah aku persiapan untuk menuntut ilmu.Maka hamba tersebut menyediakan persiapan untuknya.Anak tersebut telah mendatangi seorang alim dan bertanya kepadanya.Orang alim itu berkata: Bilamana engkau ingin berangkat,maka beritahulah aku,aku akan mengajarimu.Lalu anak tersebut berkata: Telah datang waktu aku keluar nenuntut ilmu,maka ajarkanlah daku.Maka orang alim tersebut telah berkata: Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah dan jangan tergesa-gesa.Hasan basri (rah) berkata didalam nasihat ini terkandung kebaikan sepenuhnya.Maka anak tersebut telah kembali dan tidak melupakan ketiga-tiga nasihat tersebut.Lalu bilamana beliau kembali kepada keluarganya,beliau telah turun dari kenderaannya.Bilamana beliau memasuki rumahnya tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki sedang tidur jauh daripada isterinya yang juga sedang tidur.Dia berkata: Demi Allah aku tidak mahu ,apa yang aku tunggu dengan ini semua?.Maka beliau telah kembali kepada kenderaannya dan apabila beliau ingin mengambil pedangnya lalu beliau berkata kepada dirinya: bertaqwalah kepada Allah,bersabarlah dan janganlah tergesa-gesa.Maka beliau telah kembali kerumah.Bilamana dia berdiri diatas kepala laki-laki tersebut beliau berkata kepada dirinya: Apa lagi yang aku tunggukan dengan perkara ini,lalu beliau kembali kekenderaannya dan bilamana dia ingin mengambil pedangnya maka dia teringatkan nasihat tersebut.Lalu dia kembali kepada lelaki tersebut dan bilamana beliau berdiri berdekatan dengannya maka lelaki itupun bangun.Sejurus setelah beliau melihat lelaki tersebut beliau terus melompat kearahnya,memeluk dan menciumnya dan bertanyakan halnya.Lelaki tersebut berkata: Apa yang telah engkau perolehi selepas pergi dariku?.Beliau menjawab: Demi Allah,apa yang aku perolehi setelah pergi darimu adalah kebaikan yang sangat banyak.Demi Allah,apa yang aku dapat setelahmu ialah aku telah berjalan pada malam ini diantara pedang dan kepalamu sebanyak tiga kali,maka ilmu yang aku dapat telah menghalangiku dari membunuhmu.

Bab berhati-hati didalam segala hal.

17.)Diriwayatkan daripada Asyajj Bin Abdul Qais (ra) bahawa beliau berkata: Rasulullah (saw) telah bersabda kepadaku: Sesungguhnya didalam dirimu terdapat dua akhlah yang dicintai oleh Allah.Aku berkata: Apakah dua akhlak itu ya Rasulullah?.Baginda bersabda: Kelembutan jiwa dan malu.

18.)Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri (ra) bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda kepada Asyajj Bin Qais (ra): Sesungguhnya didalam dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah,kelembutan jiwa dan sikap berhati-hati.

19.)Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (ra) bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda kepada Asyajj Bin Qais (ra): Sesungguhnya didalam dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah,kelembutan jiwa dan sikap berhati-hati.

20.).Diriwayatkan daripada Mazidah Al-Abdi (rah) bahawa beliau berkata Asyajj Bin Qais telah datang kepada Rasulullah (saw) sehingga beliau memegang tangan Rasulullah (saw) dan menciumnya,lalu Rasulullah (saw) bersabda kepadanya: Adapun sesungguhnya padamu terdapat dua akhlak yang dicintai oleh Allah dan Rasul.Asyajj Bin Qais bertanya: Adakah ianya diusahakan olehku atau sememangnya telah diciptakan bersamaku?.Rasulullah (saw) bersabda: Bahkan ianya adalah apa yang engkau telah usahakan.Asyajj Bin Qais berkata: Segala puji bagi Allah yang telah memberikanku dua akhlak yang dicintai oleh Allah dan Rasul.

Bab melampai batasan.

21.)Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (ra) bahawa beliau berkata: Sekiranya ada gunung yang berbuat melampai batas terhadap gunung yang lain maka gunung yang melampaui batas akan dihancur-luluhkan.

22.)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda: Neraka dan syurga telah saling berbantah.Neraka telah berkata: Orang-orang yang berbangga diri dan zalim akan memasukiku,dan syurga berkata: Tidak akan memasukiku kecuali orang-orang yang lemah dan miskin.Maka Allah Azza Wa Jalla telah berfirman: Engkau adalah azabKu,denganmu Aku mengazab siapa yang aku kehendaki.Dan Allah berfirmankan kepada Syurga: Engkau adalah rahmatKu ,denganmu Aku merahmati siapa yang Aku kehendaki.

23.)Diriwayatkan daripada Fudhalah Bin Ubaid (ra) daripada Rasulullah (saw) bahawa baginda bersabda: Tiga orang yang tidak akan disoal berkenaannya.Seorang yang berpisah dari jamaah dan memberontak pemimpinnya dan mati didalam keadaan memberontak,maka tidak akan ditanya dosanya.Hamba perempuan atau lelaki yang lari dari tuannya,dan seorang perempuan yang ditinggal pergi oleh suaminya dan suaminya membiayai keperluan duniawinya lalu dia mempamerkan kecantikannya kepada orang lain.Sementara itu tiga orang lagi yang tidak ditanya tentang mereka ialah seseorang yang merampas selimut Allah,sesungguhnya selimut Allah adalah ialah sifat takabbur dan kainnya ialah kemulian,dan orang yang ragu terhadap perintah Allah dan putus asa daripada rahmat Allah.

24.)Diriwayatkan daripada Bak`kar Bin Abdul Aziz (ra) daripada bapanya daripada datuknya bahawa Rasulullah (saw) telahg bersabda: Setiap dosa ditunda oleh Allah sehingga kehari kiamat selama mana Allah kehendaki melainkan memberontak,dan menderhakai kedua ibubapa,dan memutuskan silaturahim.Akan disegerakan (azab) bagi perlaku dosa ini sebelum mereka mati.

25.) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) bahawa beliau berkata: Salah seorang dari kamu dapat melihat sesuatu kotoran kecil dimata saudaranya tetapi dia lupa akan tunggul kaya didepan matanya.

26.) Diriwayatkan daripada Muawiyyah Bin Qurrah (ra) bahawa beliau berkata: Aku bersama Ma`qil Al-Muzani (ra) maka beliau telah menyingkirkan suatu gangguan dari jalan.Maka aku telah terlihat sesuatu lalu akupun menjauhkannya dari jalanan.Maka Ma`qil (ra) telah bertanya kepadaku: Apakah yang mendorong engkau berbuat apa yang telah engkau lakukan wahai anak saudaraku?.Muawiyyah berkata: Aku telah melihat apa yang telah tuan lakukan,lalu aku juga melakukannya.Ma`qil berkata: Engkau telah berbuat kebaikkan wahai anak saudaraku,aku telah mendengar Rasulullah (saw) telah bersabda: Barangsiapa yang menjauhkan suatu gangguan dari jalan orang-orang islam,maka ditulis baginya satu kebaikan,dan barangsiapa satu kebaikannya diterima maka pasti dia akan memasuki syurga.

Bab menerima hadiah.

27.) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda: Salinglah memberi hadiah nescaya kamu akan saling menyayangi.
595.Diriwayatkan daripada Anas (ra) bahawa beliau berkata: Wahai anakku,kamu hendaklah saling memberi diantara kamu kerana ianya membuat kamu saling menyayangi sesama kamu.

28.)Bab orang yang tidak mahu menerima hadiah kerana lahir sifat benci didalam diri orang lain.

29.)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) bahawa beliau berkata: Seorang lelaki dari Bani Fazarah telah menghadiahkan seekor unta kepada Rasulullah (saw).Lalu Rasulullah (saw) membalasnya tetapi orang tersebut marah.Maka aku telah mendengar Rasulullah (saw) bersabda diatas mimbar: Salah seorang dari mereka telah memberikanku hadiah,lalu aku membalasnya dengan apa yang ada disisiku,lalu dia telah marah.Demi Allah,selepas tahun ini aku tidak akan menerima sebarang hadiah dari kaum Arab kecuali Quraish atau Ansar atau Saqafi ataupun Dausi.

Bab malu.

30.) Diriwayatkan daripada Abu Mas`ud,Uqbah (ra) bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda:Sesungguhnya diantara apa yang manusia perolehi daripada perkataan nubuwah ialah “bila engkau tidak malu maka buatlah sekehendakmu”.

31.)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda: Iman itu ada enam puluh lebih atau tujuh puluh lebih cabang.Yang paling utama ialah Lailahaillallah dan yang paling rendah adalah mengyingkirkan gangguan dari jalan,dan malu adalah sebahagian dari iman.

32.) Diriwayatkan daripada Abu Said (ra) bahawa beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah (saw) lebih pemalu dari gadis pingitan didalam biliknya.Bilamana baginda tidak menyukakan sesuatu maka kami mengetahuinya melalui wajah baginda.

33.) Diriwayatkan daripada Usman dan Aisyah (ra.huma) bahawa Abu Bakar (ra) telah meminta izin untuk masuk berjumpa Rasulullah (saw) dan saat itu Rasulullah sedang berbaring dihamparan tidur Aisyah dalam keadaan berselimut dengan kain Aisyah.Lalu Rasulullah (saw) membenarkan Abu Bakar masuk dan baginda berada didalam keadaan sedemikian.Maka Abu bakar menyempurnakan hajatnya kepada Rasulullah (saw) lalu pergi.Kemudian Umar (ra) memohon izin masuk berjumpa Rasulullah (saw),lalu diizin oleh baginda (saw) dan Rasulullah (saw) berada didalam keadaan demikian.Lalu Umar (Ra) menyempurnakan keperluannya dan berlalu pergi.Usman (ra) berkata: Kemudian Aku memohon izin untuk masuk berjumpa baginda,maka Rasulullah (saw) telah bangun duduk dan berkata kepada Aisyah: Kumpulkan kainmu kepadamu.Maka aku telah menyelesaikan hajatku kepada Baginda (saw) kemudian akupun beredar.Usman (ra) berkata Aisyah telah bertanya kepada Rasulullah (saw): Wahai Rasulullah,Aku tidak melihat Tuan terkejut dengan kedatangan Abu Bakar dan Umar seperti tuan terkejut dengan kedatangan Usman?.Rasulullah (saw) bersabda:Sesungguhnya Usman adalah seorang pemalu,Aku khuatirkan sekiranya aku mengizinkannya masuk dan aku didalam keadaan yang sedemikian maka beliau tidak dapat mengutarakan hajatnya kepadaku.

34.) Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda: Tiadalah sifat mahu pada sesuatau melainkan ia akan menghiasinya,dan tiadalah sifat keji terdapat pada sesuatu melainkan ia akan memburukkannya.

35.) Diriwayatkan daripada Salim daripada bapanya bahawa sekali Rasulullah (saw) malalui seorang laki-laki yang sedang menasihati saudaranya berkenaan sifat malu,lalu Rasulullah (saw) bersabda: Biarkanlah dia,kerana adalah sebahagian daripada iman.

36.) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar (ra) bahawa Rasulullah (saw) telah melewati seorang laki-laki yang mencela saudaranya tentang malu,seumpama dia berkata “ini merugikan engkau”,Maka Rasulullah (saw) bersabda: Biarkanlah dia,kerana malu itu sebahagian daripada iman.

37.)Diriwayatkan daripada Aisyah (ra) bahawa beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah (saw) sedang berbaring di rumahku dalam keadaan peha baginda atau betis baginda terbuka.Lalu Abu Bakar (ra) meminta izin untuk bertemu,maka Baginda memberikannya izin untuk masuk sedangkan baginda didalam keadaan tersebut.Lalu Abu Bakar (ra) telah bercakap-cakap dengan Rasulullah (saw).Kemudian Umar (ra) meminta izin bertemu dan Rasulullah memberikan izin kepadanya sedangkan Rasulullah (saw) dalam keadaan demikian kemudian Umar berbicara dengan Rasulullah (saw).Kemudian Usman meminta izin untuk bertemu,lalu Rasulullah (saw) telah duduk dan membetulkan kain baginda.-Muhammad (rah) perawi berkata: aku tidak berkata ianya berlaku pada satu hari.Maka Usman telah masuk dan berbicara.Setelah beliau keluar akau telah bertanya: Wahai Rasulullah,Abu Bakar telah masuk dan tuan tidak terperanjat dan tidak memperdulikannya,demikian juga bilamana Umar masuk,tuan tidak terperanjat dan tidak memperdulikannya,tetapi bila Usman masuk maka tuan langsung duduk dan merapikan pakaian tuan?.Baginda Rasulullah (saw) menjawab: Adakah tidak perlu aku malu pada seorang lelaki yang malaikat malu terhadapnya.

Doa yang dibaca pada waktu pagi.

38.) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) bahawa Rasulullah (saw) bila tiba waktu pagi maka baginda akan membaca doa:
أصبحنا و أصبح الحمد كلّه لله,لا شريك له,لا إله إلّا ألله و إليه نشور.
Kami berpagi hari dan puji-pujian dipagi hari semuanya adalah milik Allah,tiada sekutu bagiNya,dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan kepadaNyalah kami dikumpulkan.
Dan apabila tiba petang hari Rasulullah (saw) akan membaca :
أمسينا و أمسى الملك لله, الحمد كلّه لله,لا شريك له,لا إله إلّا ألله و إليه نشور.
Kami telah berpetang hari,dan kekuasaan dipetang ini adalah milik Allah,tiada sekutu bagiNya,dan tiada tuhan yang layak disembah selain Allah,dan kepadaNyalah tempat kami dikumpulkan.


Berdoa untuk orang lain.

39.) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda: Sesungguhnya orang yang mulia adalah anak orang yang mulia anak orang yang mulia anak orang yang mulia,Yusof Bin Ya`akub Bin Ishak Bin Ibrahim Khalilur-Rahman Tabaraka wa Taala.Abu Hurairah (ra) berkata Rasulullah (saw) bersabda: Sekiranya aku berada didalam penjara seperti halnya Yusof,kemudian datang kepada ku pemanggil,pasti aku akan menjawabnya sepertimana bila datangnya kepada Yusuf dan baginda Yusof berkata:
{ إِرْجِعْ إلى رَبِّكَ فَسْئَله مَا بَالُ النِسْوَةِ الّتى قَطّعْنَ أَيْدِيهِنَّ }
“Kembalilah kepada tuhanmu dan tanyalah kepadaNya bagaimanakah keadaan para wanita yang memotong tangannya”. (surah Yusof ayat: 50).Dan rahmat Allah keatas Baginda Lut (as) ketika baginda ingin bersandar pada tiang yang kukuh, (ingin mendapatkan bantuan) baginda telah berkata kepada kaumnya:
{ لَوْ أَنَّ لِى بِكُمْ قُوّةً أَوْ ءاوِى إِلى رُكْنٍ شَدِيدٍ }
“Kalaulah aku ada kekuatan melawan kamu atau aku dapat bersandar pada tiang yang kukuh” (surah Hud:80).Maka setelah itu Allah tidak mengutuskan seorang nabipun melainkan bersama sejumlah besar pengikut dari kaumnya.

Doa yang ikhlas.

40.) Diriwayatkan daripada Abdul Rahman Bin Yazid (rah) bahawa beliau berkata,Al- Rabi` (rah) senantiasa datang menemui Alqomah (ra) pada hari jumaat.Jika aku tiada disana mereka akan mengutuskan utusan kepadaku.Suatu hari beliau datang dan aku tidak ada disana.Lalu Alqomah telah menemuiku dan berkata kepadaku: Apakah engkau tahu apa yang dibawa oleh Al-Rabi`?. Beliau berkata lagi: Tahukah engkau betapa banyak manusia yang berdoa dan berapa banyak yang dimakbulkan?.Ini adalah kerana Allah tidak menerima doa melainkan doa yang ikhlas kepadanya.Lalu Aku berkata: Tidakkah Abdullah telahpun berkata demikian?.Alqomah berkata: Apa yang dikatakan oleh Abdullah?. Abdul Rahman Bin Yazid berkata: Abdullah telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak mendengar doa orang yang memperdengarkan doa,tidak pula orang yang menunjuk-nunjukkan doanya,tidak tidak juga orang yang bermain-main,kecuali seorang pendoa yang berdoa dengan kukuh dari hatinya.Abdul Rahman bertanya: adaKah Alqomah ingat? Alqomah berkata: Benar.

ABU LAIBAH
HULU LANGAT
21 DEC 2011

Wednesday, September 14, 2011

DALIL-DALIL DAN NAS SERTA HIKMAH KELUAR TABLIGH

Keluar 4 bulan:

Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya
Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu
Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya
Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”
Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.” (Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba belaiu mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya
Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu.
Kemudia Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, “Berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.” (Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

Keluar 40 hari:

"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)

Keluar 3 Hari:

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.

(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)

Dakwah dan Tabligh ialah kerja para Ambiya’. Dan inilah juga usaha yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Maksud kepada usaha ini ialah supaya seluruh manusia dapat mengamalkan keseluruhan agama. Usaha untuk menghidupkan agama ini tidak memadai dengan hanya memberi masa 3 hari 40 hari dan 4 bulan. Bahkan harus berjuang dan berjihad seumur hidup kita. Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam al-Qur’an:

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah ayat 111).


Dalam ayat yang tersebut diatas Allah telah membeli dan meminta keseluruhan hidup orang-orang mukmin dan harta mereka untuk berjuang menegakkan agama Allah. Bukan setakat 4 bulan 40 hari sahaja. Tetapi malangnya pada hari ini umat Islam untuk melaksanakan satu perintah Allah yang paling besar iaitu sembahyang yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja pun sudah tidak ada masa kerana sibuk dengan fikir dan kerja-kerja dunia. Apa lagi untuk keluar seumur hidup…
Umat hari ini telah jauh daripada agama. Kemampuan yang ada pada mereka juga berbeza-beza. Melalui panduan Al-Qur’an dan Hadith ini para Ulama’ dan masyaikh didalam jemaah ini telah menetapkan nisab yang mampu diikuti oleh setiap umat Islam. Memanglah tidak ada ayat Al-Qur’an yang memerintahkan untuk keluar bertabligh selama 4 bulan dan 40 hari tetapi bilangan dan angka ini banyak terkandung didalam Al-Qur’an dan hadith.

Kenapakah angka-angka ini tercatit didalam Al-Qur’an dan Hadith? Sudah pasti ada hikmahnya di sebalik angka itu. Disini saya nukilkan beberapa riwayat dan pandangan Ulama’ betapa hikmahnya bilangan hari-hari tersebut.


1. Hikmah keluar tiga hari

i. Suasana amat mempengaruhi seseorang itu. Seorang yang duduk didalam suasana Iman dan akhlak yang baik dan dipenuhi dengan ibadat dalam masa tiga hari sudah pasti akan membenihkan satu suasana dan kejernihan hati didalam sanubari seseorang itu. Di zaman Nabi SAW orang-orang kafir yang ditawan akan dikurung didalam masjid. Tujuannya ialah supaya mereka dapat melihat amalan-amalan orang Islam didalam masjid.

Didalam Sahih Bukhari jilid kedua bab Maghazi dinukilkan bahawa seorang lelaki bernama Sumamah bin Ausal dari banu Hanafiah telah ditawan dan diikat didalam masjid Nabi. Selama 3 hari beliau telah melihat amalan orang Islam yang sibuk dengan amalan dakwah. belajar dan mengajar. beribadat dan berkhidmat diantara satu sama lain. Hari yang pertama beliau ingkar untuk menerima Islam. Begitu juga pada hari yang kedua. Pada hari yang ketiga baginda Rasulullah SAW telah membebaskannya. Setelah dibebaskan dari tawanan beliau merasai sesuatu didalam hatinya lantas beliau mandi dan datang semula ke masjid Nabi dan bertemu dengan baginda Rasulullah SAW dan terus memeluk agama Islam. Betapa besarnya perubahan pada diri Sumamah yang amat berkesan dengan amalan masjid pada ketika itu. Dalam masa tiga hari menjadi sumber hidayat kepadanya.

ii. Jemaah-jemaah yang dihantar oleh baginda Rasulullah SAW atas maksud dakwah atau berjihad akan diberi penerangan tertib dan usul bagaimana untuk berdakwah dan berperang. Diantaranya ialah:

• Jangan memerangi mereka sebelum diberi dakwah selama 3 hari.
• Jangan membunuh kanak-kanak. wanita dan orang-orang tua yang lemah dikalangan mereka.
• Jangan membuat kerosakan pada harta benda. tanam-tanaman dan membunuh binatang ternakan.

Kenapa baginda memberi tempoh selama 3 hari dengan memberikan dakwah terlebih dahulu sebelum memulakan peperangan? Ini ialah pengajaran daripada baginda Rasulullah SAW bahawa didalam Islam tidak ada peperangan tanpa memberi dakwah terlebih dahulu. Melalui amalan dakwah selama 3 hari ini orang-orang kafir akan melihat muamalah dan akhlak orang-orang Islam terhadap orang kafir sendiri. Ini sudah pasti akan mempengaruhi jiwa mereka dan memeluk agama Islam. Kisah ini terkandung didalam Hayatus Sahabah dimana baginda Rasulullah SAW telah menghantar Abdul Rahman bin Auf r.a. ke satu tempat bernama Daumatul Jandal sebagaimana berikut:

Sehingga beliau sampai ke Daumatul Jandal lantas beliau mendakwahkan kepada mereka (penduduk Daumatul jandal) selama tiga hari supaya memeluk agama islam. Maka pada hari yang ketiga Asbagh bin Amar Al Kalbi telah memeluk agama Islam. Beliau ialah seorang nasrani dan ketua di kalangan mereka.


iii. Hadzrat Zakaria AS seorang Nabi yang telah tua. Apabila Allah SWT mahu mengurniakan anak kepadanya beliau bertanya “Wahai Allah apakah tandanya yang engkau akan mengurniakan anak kepadaku sedangkan aku telah tua? Allah SWT menjawab sebagaimana didalam Al-Qur’an:

Tandanya bagimu kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Berzikirlah kepada Tuhanmu sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah diwaktu pagi dan petang (Ali Imran ayat 41).


Para mufassirin berkata tanda diterimanya doa Hadzrat Zakaria AS ialah dia tidak boleh bercakap selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Pada masa itu Allah SWT telah memerintahkan Hadzrat Zakaria AS supaya berzikir sebanyak-banyaknya dan meninggalkan perkataan-perkataan dunia untuk menambah penghampirannya kepada Allah. Daripada ayat ini para ulama’ berpendapat bahawa sekiranya manusia dapat mengasingkan diri keluar dijalan Allah selama tiga hari dengan membersihkan diri dari fakir dunia. meninggalkan percakapan dunia dan menyibukkan diri dengan amalan dakwah. beribadah. belajar dan mengajar dan duduk dalam suasana agama sudah pasti akan memberi kesan didalam hati sanubari seseorang itu. Cinta pada agama akan datang. manusia akan membersihkan diri daripada dosa. bertaubat dan lebih hampir kepada Allah SWT. Demikianlah hikmah yang terdapat didalam masa tiga hari. Isyarat dari Al-Qur’an dan athar As-Sahabah inilah yang menjadi saranan oleh ahli jemaah Tabligh supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama tiga hari. Disamping itu ia juga akan menimbulkan keghairahan untuk belajar agama dan mengislahkan diri sendiri.

(Abu Abil Hasan Abn Musa – Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam Fekah: Bahagian Pertama – Klang Book Centre - Cetakan Pertama 2004 – m/s 260 – 266)

2. Dalil dan hikmahnya keluar 40 hari

Ramai orang mempersoalkan masalah ini. Dari manakah orang-orang tabligh ini mengambil dalil supaya keluar 40 hari. Sebenarnya bilangan 40 hari ini telah banyak disebut didalam al-Qur’an dan Hadith. Keberkatan yang ada padanya telah jelas apabila Allah SWT sendiri telah memerintahkan Musa AS supaya menambah bilangan hari untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana didalam al-Qur’an

Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa (memberi Taurat) sesudah berlaku 30 malam dan Kami telah sempurnakan waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhannya dengan sepuluh malam. Maka genaplah dari Tuhannya selama empat puluh malam (Al A’raf 142)

Begitulah juga didalam Surah al Baqarah ayat 51. Allah SWT menyebut dengan janji-Nya kepada Nabi Musa AS untuk mengurniakan Taurat setelah bermunajat selama empat puluh malam.

Didalam hadith baginda SAW banyak sekali menyebut tentang bilangan 40 ini. Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA beliau berkata daku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama 40 hari sebagai nutfah kemudian 40 hari menjadi seketul darah kemudian menjadi segumpal daging kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan roh dan menulis kepadanya empat kalimat… (HR Muslim)

Dalam hadith yang lain ada dinukilkan bahawa barangsiapa bersembahyang selama 40 hari berjemaah tanpa ketinggalan takbiratul ula akan mendapat dua jaminan. Satu keselamatan daripada neraka dan kedua bebas dari nifaq.

HazdratAbdullah bin Abbas RA berkata dihari kematian anak lelakinya lihatlah berapa ramai orang yang berada diluar. Hambanya berkata orang ramai telah berkumpul. “Adakah telah cukup empat puluh orang?” Mereka menjawab “Ya… telah cukup”. Abdullah bin Abbas RA berkata “hadirilah sembahyang jenazah kamu aku mendengar baginda SAW bersabda mana-mana orang Islam yang meninggal dunia dan disembahyangi oleh 40 orang yang tidak melakukan syirik melainkan telah menjadi hak kepada si mayat bahawa jaminannya pasti diterima”.

Dalam hadith yang lain baginda SAW bersabda:

“Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah selama 40 hari akan zahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”.

Banyak lagi hadith yang seumpama dengan ini yang menunjukkan keberkatan dan keutamaan pada tempoh atau bilangan 40 hari ini. Kita dapat melihat seorang yang keluar dijalan Allah melatihkan dirinya dalam menjalani ketaatan selama 40 hari sudah pasti amalan ini akanterus dilakukan ketika berada di rumah atau dikampungnya.

Daripada hadith-hadith ini dan pandangan nuraniah inilah maka masyaikh dan ulama’ didalam usaha ini menyarankan supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama 40 hari mempelajari usaha dakwah dan mengislahkan diri masing-masing.

(Abu Abil Hasan Abn Musa – Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam Fekah: Bahagian Pertama – Klang Book Centre - Cetakan Pertama 2004 – m/s 266 – 269)

Disusun oleh Abu Laibah
14 SEP 2011
Hulu Langat

Wednesday, July 6, 2011

MARI MENGENAL HADIS PART 1




Hadis merupakan sumber hukum di dalam syariat Islam selepas Al-Quran, Ijmak dan Qias. Di dalam hal yang demikian kedudukan Hadis adalah sumber kedua selepas sumber Al-Quran itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan Hadis?

PENGERTIAN HADIS

Secara mudahnya Hadis boleh ditakrifkan sebagai segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketetapan serta persetujuan (taqrir) dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan (syariat) ataupun hukum di dalam agama Islam.

Apakah pula yang dikatakan kepada Khabar?

PENGERTIAN KHABAR

Ibnu Hajar Asqalani menukilkan di dalam syarah Nukhbatul Fikr bahawa di sisi Ulamak, khabar adalah satu bidang yang hampir seerti dengan Hadis. Namun demikian, Hadis dikatakan kepada barang apa yang datang daripada Nabi SAW dan Khabar adalah barang apa yang datang daripada selain dari Nabi SAW (iaitu dari Para Sahabat RA). Ada juga yang mengatakan di antara keduanya mempunyai hubungan umum dan khusus mutlak iaitu setiap hadis itu adalah khabar dan tidak semestinya setiap khabar itu adalah Hadis.

Terdapat sekalian ramai ulamak periwayat Hadis. Walau bagaimanapun yang masyhur dan yang sering menjadi rujukan daripada Hadis-hadisnya adalah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu daud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad, Imam Nasai, Imam Malik, Imam Ibnu Majah dan Imam Nasa’ie.

PEMBAHAGIAN HADIS

Dari segi banyak dan sedikitnya bilangan perawi


Hadis Mutawattir

Adalah hadis yang diriwayatkan oleh sekumpulan manusia dari beberapa sanad yang yang mana bilangannya secara adat kebiasaannya memustahilkan untuk mengatakan yang mereka berdusta. Berdasarkan hal itu, Ibnu Hajar Asqalani menulis dalam syarah Nukhbatul Fikr empat syarat untuk dipenuhi bagi membolehkan sesuatu Hadis itu dikatakan Mutawattir.

1. Hadis itu adalah hal yang dapat dicapai oleh pancaindera.
2. Perawi mestilah sejumlah orang yang mana menurut adat kebiasaannya tidak mungkin berdusta.
3. Perawi-perawi itu mestilah terdapat dalam semua generasi dari awal hingga ke akhir
4. Ibnu Hajar menambah mestilah khabar yang diterima itu memberi faedah keyakinan kepada si pendengar.

Berapakah bilangan perawi yang mesti wujud pada setiap generasi?

Ada Ulamak yang menetapkan sekurang-kurangnya mestilah 4 orang, ada yang menetapkan 5 orang, ada yang mengatakan 7, 10, 12,40 sehingga 70 orang. Namun demikian Ibnu Hajar mengatakan tiada bilangan yang tetap tetapi yang penting mestilah menepati syarat di atas.

Hadis Masyhur

Hadis yang diriwayatkan oleh lebih daripada dua orang perawi iaitu tiga orang perawi ke atas selagi mana tidak mencapai syarat mutawattir. Bermakna untuk menjadikan sesuatu hadis itu masyhur, bilangan perawi yang paling kurang mestilah lebih daripada dua orang pada setiap generasi. Hadis Mutawattir juga dikenali sebagai Hadis Mustafidh.

Hadis Aziz

Hadis yang diriwayatkan oleh paling kurang dua orang perawi pada setiap generasi. Dinamakan hadis ini sebagai Hadis Aziz disebabkan kurangnya hadis ini diketemui.

Hadis Gharib

Hadis yang diriwayatkan oleh perawi tunggal (seorang perawi sahaja) juga daripada perawi tunggal pada setiap generasi.

Kesemua empat jenis hadis di atas kecuali Hadis Mutawattir disebut sebagai Hadis Ahad dan setiap satu darinya pula disebut Khabar Wahid. Ulamak telah menggariskan bahawa hadis Ahad mempunyai dua jenis iaitu Hadis Sohih dan Hadis Dhaif. Namun demikian Imam Tirmizi pula telah membahagikan Hadis ini kepada tiga jenis iaitu:-

Hadis Sohih

Hadis yang bersambungan sanadnya (tidak terputus) yang diriwayatkan oleh orang yang adil dan dhobit (kuat ingatannya) selagi mana tidak bertentangan dengan Hadis Sohih yang lain dan juga tidak mempunyai kecacatan (samada pada sanad mahupun matan hadis). Maka Hadis Sohih itu mestilah memenuhi beberapa kriteria yang berikut :-
1. Kandungan isinya tidak bercanggah dengan Al-Quran
2. Sanadnya haruslah bersambungan
3. Perawinya mestilah adil
4. Perawinyan adalah orang yang dhobit (kuat ingatannya)
5. Tidak Syaz (tidak bercanggah dengan Hadis Sohih yang lain)
6. Tidak mua’llal (tidak mempunyai sebarang kecacatan)

Hadis Hasan

Hadis yang diketahui akan sumbernya dan perawinya adalah masyhur sehinggakan tidak ada yang disangkakan dusta di kalangan perawinya dan juga tidak bertentangan dengan Hadis yang lain. Setengah Ulamak mengatakan kedudukan Hadis Hasan adalah pertengahan iaitu di antara Hadis Sohih dan Dhoif namun masih lagi di tahap Hadis yang boleh dijadikan hujah dalam syariat berbanding dengan Hadis Dhoif.

Hadis Dhoif

Hadis yang tidak bersambungan sanadnya dan perawinya pula tidak adil, tidak dhobit dan syaz lagi mempunyai kecacatan. Dengan kata mudah hadis Dhoif adalah hadis yang tidak mepunyai kriteria kriteria yang ada di dalam hadis sohih dan hadis hasan.

Dari segi sanadnya yang bersambung.


Hadis Mausul

Hadis yang bersambungan sanadnya terus hingga kepada Nabi Muhammad SAW tanpa terputus. Hadis ini juga disebut Hadis Marfu’.
3.) Dari segi sanadnya yang terputus.

Hadis Muallaq

Hadis yang dibuang perawinya pada permulaan sanad dengan tidak mengambil kira perawi yang dibuang itu seorang ataupun lebih. Maka hadis ini akan menjadi tergantung.

Hadis Munqati’

Hadis yang mana hilang atau terputus seorang atau dua perawi pada sepanjang thuruk (jalan sanad) selain daripada Sahabat dan Tabi’e.

Hadis Mursal

Hadis yang diriwayatkan bersambungan sanad sehingga Tabi’e daripada Nabi Muhammad SAW tanpa menyebut nama Sahabat RA di tengahnya.

Hadis Mu’dol

Hadis yang mana perawinya gugur dari sanad dua orang perawi ataupun lebih secara berturut-turut samada di awal sanad ataupun di akhir sanad.

Hadis Mudallas


Hadis yang mana disembunyikan akan keaiban perawi yang terdapat pada sanad dan mencantikkannya pada pandangan zahir.

ABU LAIBAH
7 JULY 2011
KUALA LUMPUR

Sunday, June 12, 2011

40 HADIS DARIPADA KITAB ADAB-UL-MUFRAD (PART 3)



DOA-DOA NABI



1.) Diriwayatkan daripada Abi Musa (ra), dari ayahnya,dari Rasulullah (saw) beliau berdoa dengan doa ini,Wahai Rabb-ku,ampunilah aku (atas)kesalahan-kesalahanku,ketidaktahuanku,sikap berlebihanku dalam segala urusanku,dan apa yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku.Ya,Allah,ampunilah seluruh kesalahanku,kesengajaanku,ketidaktahuanku,gurauanku yang semua itu ada padaku.Ya Allah,ampunilah aku atas dosa apa yang telah aku lakukan dan apa yang belum aku lakukan,apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nampakkan.Engkaulah yang mendahulukan dan Engkau pula yang mengakhirkan serta Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.

2.) Diriwayatkan daripada Abu Bakar bin Abi Musa (ra) dan Abu Burdah (ra),aku mengiranya dari Abu Musa Al-Asyari,dari Nabi (saw) bahawa Baginda berdoa,Ya Allah, Ampunilah aku atas kesalahan-kesalahanku,ketidaktahuanku,sikap berlebih-lebihanku dalam urusanku dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku.Ya Allah,ampunilah gurauanku dan kesungguhanku dan kesengajaanku yang semua itu ada padaku.

3.) Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal (ra),ia berkata,”Nabi (saw) meraih tanganku dan bersabda,”Wahai Muaz.”Aku menjawab,”aku penuhi panggilanmu.”Baginda bersabda,”Aku mencintaimu.”Lalu aku berkata,”Demi Allah,aku mencintaimu.”Lalu Baginda bersabda,”Mahukah aku mengajarmu beberapa kalimah yang engkau mengucapkannya selesai solatmu?”Aku menjawab,”ya.”Baginda bersabda,”Ucapkanlah,Ya Allah,tolonglah aku untuk selalu mengingatimu,mensyukurimu dan beribadat kepadamu dengan baik.

4.) Diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Anshari (ra),ia berkata,”Seseorang laki-laki mendekati Nabi(saw) berkata,”Segala puji bagi Allah,dengan pujian yang banyak,yang baik dan mengandungi keberkatan di dalamnya. Lalu Nabi (saw) bertanya,”Siapa yang mengucapkan kalimah itu?”Kemudian orang itu diam. Ia mengira bahawa ia telah melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh Nabi (saw). Lalu Baginda bersabda,”Kembali.”Siapa ia? Tidaklah dia mengucapkan kecuali kebenaran.”Kemudian orang itu berkata,”Aku,Aku mengharap kebaikan darinya.”Baginda bersabda,Demi Rabb yang jiwaku berada di tanganNya,aku telah melihat Malaikat berlumba untuk membawanya kepada Allah (swt).

5.) Diriwayatkan daripada Anas (ra) menceritakan,ia berkata,”Apabila Nabi (saw) hendak memasuki kamar kecil,Baginda mengucapkan,”Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari syitan laki-laki dan syaitan perempuan.

6.) Diriwayatkan daripada Aisyah (ra) ia berkata,Apabila Rasulullah (saw) keluar dari kamar kecil,Baginda mengucapkan,”Aku memohon ampunanMu.”

7.) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (ra) menceritakan kepada kami,ia berkata,”Nabi (saw) mengajarkan kami doa berikut sebagaimana baginda mengajarkan kami satu surah dari Al-Quran, “Aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam,aku berlindung kepadaMu dari azab kubur,aku berlindung kepadamu dari fitnah al Masihi ad-Dajjal,aku berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dan kehidupan dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah kubur.”

8.) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (ra),ia berkata,”Aku pernah bermalam di rumah Maimunah (saudara ibunya). Lalu Nabi (saw) bangun untuk memenuhi hajatnya.Setelah itu Baginda mencuci wajah dan tangannya,kemudian tidur.Beberapa saat Baginda bangun ,lalu mengambil qirbah,membuka penutupnya lalu mengambil wuduk dengan cara dua-dua kali. Baginda tidak memperbanyakkannya dan Baginda menyempurnakannya. Setelah itu Baginda solat. Lalu aku bangun dan menjauhi diri kerana khuatir kalau Baginda melihatku bangun untuk memerhatikan Baginda. Kemudian Baginda meraih telingaku dan menempatkanku di samping kanannya. Solat Baginda selasai pada 13 rakaat. Setelah itu Baginda berbaring,lalu tidur hingga berdengkur. Jika tidur,Baginda mendengkur. Lalu Bilal memberitahu Baginda akan datangnya waktu solat. Baginda solat tanpa berwuduk. Doa yang Baginda ucapkan adalah,”Ya Allah,jadikanlah cahaya di hatiku,pendengaranku dari kananku dan dari kiriku,dari atasku dan dari bawahku,dari depanku dan dari belakangku,dan besarkanlah cahaya untukku”. Kuraib berkata,”Dan tujuh sisanya berada dalam kotak tabuk (aku tidak ingat). Lalu aku menemui seseorang dari anak Abbas,maka dia menceritakan kepadaku tentang doa itu dan ia menyebutkan tambahan,’urat sarafku,dagingku,darahku,rambutku dan kulitku dan ia menyebut keduanya.

9.) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas (ra),ia berkata,”Apabila Nabi (saw) bangun malam ,lalu Baginda solat dan menyelesaikan solatnya,Baginda memuji Allah dengan pujian yang hanya Allah sahaja yang memiliki pujian tersebut,kemudian di akhir doanya Baginda mengucapkan, “Ya Allah,jadikan untukku cahaya pada hatiku,jadikan untukku cahaya pada pendengaranku,jadikan untukku cahaya pada penglihatanku,jadikan untukku cahaya dari arah kananku,cahaya dari arah kiriku,jadikan untukku cahaya dari arah hadapanku,cahaya dari arah belakangku,dan tambahkanlah cahaya untukku,tambahkanlah cahaya untukku dan tambahkanlah cahaya untukku.”

10.) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas (ra),apabila Rasulullah (saw) bangun untuk solat di tengah malam,Baginda mengucapkan,’Ya Allah,segala puji bagiMu,Engkau adalah cahaya dari langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya.Segala puji bagiMu,Engkau adalah pengurus seluruh langit dan bumi.Segala puji bagiMu,Engkau adalah Rabb seluruh langit dan bumi,dan apa yang ada di dalamnya.Engkau adalah benar,janjiMu benar,perjumpaan denganMu benar,Syurga itu benar,neraka itu benar,Kiamat itu benar.Ya Allah kepadaMu aku berserah,kepadaMu aku beriman,kepadaMu aku bertawakkal,kepadaMu aku kembali,dengan hujjahMu aku berbantah,kepadaMu aku berhukum,maka ampunilah aku atas dosa apa yang telah aku lakukan dan yang akan aku lakukan,apa yang aku sembunyikan dan aku nampakkan.Engkau adalah IlahKu,tidak ada Ilah yang berhak di sembah dengan benar kecuali Engkau.”

11.) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (ra),Nabi (saw) berdoa,’Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepadaMu maaf dan keselamatan di dunia dan di akkhirat.Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepadaMu keselamatan dalam agamaku dan keluargaku,dan tutupilah auratku,amankanlah aku dari ketakutanku serta jagalah aku dari depanku,dari belakangku,dari kananku,dari kiriku,dan dari atasku,dan aku berlindung kepadaMu terbunuh dari bawahku. “

12.) Diriwayatkan daripada Ubaid bin Rifaah az Zuraqi (ra) menceritakan kepada kami dari ayahnya,ia berkata,”Ketika terjadi perang Uhud,orang-orang Musyrik lari tunggang langgang. Rasulullah (saw) bersabda,’Luruskanlah saff kalian agar dapat aku memuji Rabbku (swt). Maka para sahabat langsung berbaris bersaff-saff di belakang Baginda.Lalu Baginda mengucapkan,’Ya Allah,seluruh pujian adalah milikMu.Ya Allah tidak ada yang dapat menyempitkan apa yang Engkau lapangkan dan tidak ada yang dapat mendekatkan apa yang Engkau jauhkan,tidak ada yang dapat menjauhkan apa yang Engkau dekatkan,tidak ada yang dapat memberi apa yang Engkau tahankan,tidak ada yang dapat menahan apa yang Engkau berikan.Ya Allah,lapangkanlah kepada kami berkatMu,rahmatMu,kurnia dan rezekiMu.Ya Allah,aku memohon kepadaMu nikmat yang tetap yang tidak dapat berpindah dan tidak juga hilang.Ya Allah,aku memohon kepadaMu nikmat pada hari kekurangan (kelaparan) dan hari keamanan dari hari peperangan (ketakuta).Ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari keburukan apa yang Engkau berikan kepada kami dan keburukan yang Engkau cegah dari kami.Ya Allah,jadikan kami mencintai iman dan jadikan iman itu pesona dalam hati kami serta membuatkan kami membenci kekafiran,kefasikan dan kedurhakaan dan jadikan kami termasuk orang-orang yang lurus (berada di atas petunjuk).Ya Allah,wafatkanlah kami dalam keadaan berserah (muslimin) dan hidupkanlah kami sebagai kaum Muslimin serta pertemukanlah kami dengan orang-orang soleh dalam keadaan tidak terhina dan tidak pula dalam keadaan difitnah.Ya Allah,binasakanlah orang-orang kafir yang menghalangi dari jalanMu dan mendustakan Rasul-RasulMu dan timpakanlah kepada mereka bencana dan azabMu.Ya Allah,binasakanlah orang-orang kafir yang di beri al-kitab,wahai Ilah yang Maha Benar.”Ali berkata,”Aku mendengarnya dari Muhammad bin Bisyr dan aku menyampaikannya dengan hadis. Namun aku tidak membawanya.

DOA KETIKA TERJADI KESULITAN

13.) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (ra),ia berkata,”ketika Nabi (saw) tertimpa bencana,Baginda mengucapkan doa,’Tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun.Tidak ada yang di ibadahi dengan benar kecuali Allah Rabb seluruh langit dan bumi dan Rabb Arsy yang Agung.’

14.) Diriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abi Bakrah (ra) menceritakan bahawa ia berkata kepada ayahnya,”Wahai ayahku,aku mendengar engkau berdoa setiap pagi,’Ya Allah,berikanlah kesihatan pada badanku.Ya Allah,berikanlah kesihatan pada pendengaranku.Ya Allah,berikanlah kesihatan pada penglihatanku.Tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Engkau.Engkau mengulangi pada waktu sore,pada waktu pagi dan engkau mengucapkan,’Ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran.Ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari azab kubur,tidak ada yang berhak diibadah dengan benar kecuali Engkau .Engkau mengulanginya hingga tiga kali pada waktu petang dan tiga kali pada waktu pagi.Lalu ayahnya berkata,”benar anakku,aku mendengar Rasulullah (saw) mengucapkannya dan aku ingin meneladani sunnah Baginda.”Ayahnya berkata,”Dan Rasulullah (saw) bersabda,’Doa-doa ketika terjadi bencana adalah,’Ya Allah,rahmatMu yang aku harapkan dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun serta perbaikilah seluruh urusanku,tidak ada yang berhak disemba dengan benaar kecuali Engkau.’

14.) Diriwayatkan daripada Abdullah bin al Harits (ra),ia berkata,”Aku mendengar Ibnu Abbas berkata,”ketika terjadi musibah,Nabi (saw) mengucapkan,’Tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun.Tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah Rabb Arsy yang Agung.Tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah Rabb seluruh langit dan bumi serta Rabb Arsy yamg mulia.Ya allah,hilangkanlah keburukannya.”

DOA KETIKA SOLAT ISTIKHARAH

15.) Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah (ra) ,ia berkata,Rasulullah (saw) mengajarkan kepada kami doa istikharah dalam setiap urusan seperti mengajarkan kepada kami satu surah dari al-Quran,Baginda bersabda,’jika salah seorang dari kalian berkeinginan benar dalam sesuatu urusan,maka hendaklah dia solat dua rakaat lalu mengucapkan,’Ya Allah,sesungguhnys aku mohon pilihan yang terbaik kepadaMu dengan ilmuMu,dan aku memohon bantuan kekuasaanMu untuk mengatasi permasalahanku dengan Maha KuasaanMu,dan aku memohon kepadamu sesuatu dari anugerahMu yang besar.Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak ada kuasa,Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Maha Mengetahui segala hal yang ghaib.Ya Allah,jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini baik untukku dalam agama,kehidupan dan akhir urusanku atau Baginda bersabda,’Dalam urusan dunia dan akhirat,maka jadikanlah itu ketetapan untukku.Dan jika Engkau mengetahui bahawa masalah ini buruk untukku dalam agama,kehidupan dan akhir urusanku atau Baginda bersabda,’Di dunia dan akhirat,maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya.Takdirkanlah kebaikan untukku di mana saja kebaikan itu berada,lalu redhailah aku “.Lalu ia menyebutkan keperluannya.’

16.) Diriwayatkan daripada Abdurrahman bin Kaab (ra),ia berkata,”Aku mendengar Jabir bin Abdillah berkata,Rasulullah (saw) berdoa dalam Masjid ini,Masjid Al-Fat’h pada hari isnin,selasa dan rabu.Doa Baginda terkabul pada hari rabu yang Baginda panjatkan di antara dua solat.’Jabir berkata,”Tidaklah suatu urusan penting yang menyulitkan dan menghadap pada saat itu,lalu berdoa di tempat itu antara dua solat pada hari rabu di waktu yang sama dengan Nabi (saw) di antara dua solat melainkan aku tahu doaku terkabul.’

17.) Diriwayatkan daripada Anas (ra),Aku pernah bersama Rasulullah (saw),lalu seseorang berdoa dengan mengucapkan,’Wahai pencipta seluruh langit,wahai Rabb yang Maha Hidup,wahai Rabb yang Maha Menguru,aku memohon kepadaMu”.Lalu Nabi (saw) bersabda,’Tahukah kalian dengan apa dia berdoa? Demi Rabb yang jiwaku berada di tanganNya,ia berdoa kepada Allah dengan namaNya yang jika di seru berdoa dengannya akan dikabulkan.’

18.) Diriwayatkan daripada Abul Khair (ra) bahawa ia mendengar,Abdullah bin Amr berkata,” Abu Bakar (ra) berkat kepada Nabi (saw),ajarilah aku sesuatu doa yang aku berdoa dengannya dalam solatku.Baginda (saw) bersabda,’Ucapkanlah,Ya Allah,sesungguhnya aku banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau,maka ampunilah aku dengan suatu pengampunan,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

DOA APABILA TAKUT KEPADA PENGUASA

19.) Diriwayatkan daripada Tsumamah bin Uqbah (ra) ,ia berkata,” Aku mendengar al-Harits bin Suwaid mengatakan,” Abdullah bin Masud berkata,” Jika salah seorang di antara kalian di pimpin oleh seorang pemimpin yang di takuti akan kebengisan atau kezalimannya,maka ucapkanlah,’ Ya Allah,Rabb tujuh langit dan Rabb Arasy yang Agung,jadilah pendampingku dari Fulan bin Fulan dan kelompoknya dari makhluk-makhluk-Mu,jangan sampai salah seorang dari mereka berbuat melampaui batas atau berbuat zalim terhadapku.Suatu kemuliaan berdampingan denganMu,sungguh Agung pujian bagiMu,dan tidak ada yang berhak disembah dengan benar kecuali Engkau.”

20.) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (ra),ia berkata,” Jika engkau mendatangi penguasa yang ditakuti,engkau takut dia akan membidasmu, maka ucapkanlah,’Allah Maha Besar,Allah lebih Mulia dari seluruh makhluk,Allah lebih mulia dari apa yang aku takuti dan aku khuatirkan.Aku berlindung kepada Allah yang tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Dia,yang menahan tujuh langit dari runtuhnya ke bumi kecuali dengan izinNya,dari kejahatan hambaMu fulan dan pasukannya,pengikutnya serta kelompoknya dari golongan jin dan manusia.Ya Allah,jadilah pendamping untukku dari kejahatan mereka.sungguh Agung pujian bagiMu,suatu kemuliaan berdampingan denganMu,Maha Suci namaMu dan tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Engkau,tiga kali.”

21.) Diriwayatkan daripada Sukain bin Abdil Aziz bin Qais (ra) menceritakan,Ayahku mengkhabarkan kepadaku bahawa Ibnu Abbas berkata,” Barangsiapa mengalami kegelisahan, atau kemurungan atau bencana atau ketakutan kepada seorang penguasa lalu berdoa dengan doa ini,nescaya doanya akan dikabulkan.’Aku memohon kepadaMu dengan persaksian bahawa tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Engkau,Rabb tujuh langit dan Rabb Arasy yang Agung.Aku memohon kepadaMu dengan persaksian bahawa tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Engkau,Rabb tujuh langit dan Rabb Arasy yang Mulia dan aku memohon kepadaMu dengan persaksian bahawa tidak ada yang berhak disembah dengan benar kecuali Engkau,Rabb tujuh langit dan Rabb tujuh bumi dan apa yang ada di dalamnya,sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu,lalu mintalah kepada Allah akan hajatmu.”

BALASAN YANG DISIMPAN UNTUK ORANG YANG BERDOA


22.) Diriwayatkan daripada Abu Said Al Khudry (ra) berkata dari Nabi (saw),Tidaklah seorang pun Muslim berdoa bukan untuk perbuatan dosa dan bukan pula pemutusan hubungan kekeluargaan,melainkan Allah (swt) pasti memberinya salah satu dari tiga pengabulan,iaitu baik pengabulan doanya disegarakan atau disimpan untuknya di akhirat kelak,atau keburukan semisalnya disingkirkan darinya.”Ia berkata,” Kalau begitu kami akan memperbanyakkannya.”Baginda (saw) bersabda,”Allah lebih banyak kurniaannya.”

23.) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra),dari Nabi (saw) Baginda bersabda,’Tidaklah seseorang Muslim menghadapkan wajahnya kepada Allah memohon sesuatu melainkan Allah pasti memberinya apa yang ia mohon,baik disegerakan baginya di dunia atau disimpan untuknya di Akhirat selama ia tidak terburu-buru.”Ia bertanya,wahai Rasulullah,apa yang dimaksud terburu-buru?”Baginda (saw) menjawab,” Ia mengatakan,’Aku sudah berdoa dan berdoa tetapi aku tidak melihat doaku akan dikabulkan.”

KEUTAMAAN DOA

24.) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra),dari Nabi (saw) Baginda bersabda,”Tidak ada yang sesuatu yang lebih Mulia bagi Allah daripada doa.”

25.) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra),dari Nabi (saw) bersabda,” Ibadah yang paling Mulia adalah berdoa.”

26.) Diriwayatkan daripada an Numan bin Basyir (ra),dari Nabi (saw),Baginda bersabda,”sesungguhnya doa adalah ibadah.”Lalu baginda membaca ayat,”Berdoalah kalian kepadaKu nescaya akan Aku kabulkan untuk kalian.”(al mukmin-60)

27.) Diriwayatkan daripada Aisyah (ra),ia berkata,Nabi (saw) ditanya,’Ibadah apa yang paling utama?’Baginda menjawab,’Doa seseorang untuk dirinya.’

28.) Diriwayatkan daripada Lait (ra),ia berkata,”seseorang dari penduduk Bashrah mengkhabarkan kepada kami,ia berkata,”Aku telah mendengar Maqil bin Yasar mengatakan,”Aku pergi bersama Abu Bakar as Siddiq (ra) menemui Nabi (saw),lalu Baginda bersabda,’Wahai Abu Bakar,sungguh syirik dalam diri kalian lebih halus dari rayapan semut.’Abu Bakar bertanya,” Bukankah syirik tidak lain adalah orang yang menjadikan sembahan lain bersama Allah?’ Maka Nabi (saw) bersabda,’Demi Rabb yang jiwaku berada di tanganNya,sungguh syirik itu lebih halus dari rayapan semut.Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang jika engkau mengucapkannya akan hilang darimu syirik yang sedikit dan yang banyak?” Lalu Baginda bersabda,’Ucapkanlah,’Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari mempersekutukanMu padahal aku mengetahui, dan aku memohon ampun kepadaMu untuk apa yang tidak aku ketahui.’

DOA KETIKA ANGIN BERTIUP KENCANG

29.) Diriwayatkan daripada Anas (ra),ia berkata,” Apabila angin bertiup kencang,Nabi (saw) mengucapkan,’ Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan yang dikirim bersama angin ini,dan aku berlindung kepadaMu dari keburukan yang dikirim bersama angin ini.’

30.) Diriwayatkan daripada Salamah (ra),ia berkata,”Apabila angin bertiup kencang,Baginda Rasulullah (saw) mengucapkan,’Ya Allah,jadikanlah angin ini penyebab pembuahan (basah),tidak mandul (kering).


JANGANLAH MEMAKI ANGIN


31.) Diriwayatkan daripada Ubayy (ra),ia berkata,” Janganlah kalian mencaci angin.Jika kalian melihat darinya apa yang kalian tidak sukai,maka ucapkanlah,’Ya Allah,kami memohon kepadaMu kebaikan angin,kebaikan yang ada padanya,dan kebaikan yang Engkau kirim bersamanya,dan kami berlindung kepadaMu dari keburukan angin ini,keburukan yang ada padanya dan keburukan yang Engkau kirim bersama’.

32.) Diriwayatkan daripada Tsabit az Zuraqi (ra) menceritakan,ia berkata,” Aku mendengar Abu Hurairah berkata,” Rasulullah (saw) bersabda,’Angin adalah bahagian dari rahmat itu termasuk dari roh Allah.Ia datang membawa rahmat dan azab.Maka janganlah kalian memakinya.Tetapi mintalah kepada Allah kebaikannya dan berlindunglah kepada Allah dari keburukannya’.

DOA KETIKA ADA PETIR

33.) Diriwayatkan daripada Abu Mathar (ra) bahawa ia mendengar Salim bin Abdillah,dari ayahnya,ia berkata,”Apabila Nabi (saw) mendengar guruh dan petir,Baginda mengucapkan,’Ya Allah,janganlah Engkau membunuh kami dengan petirMu,dan janganlah Engkau membinasakan kami dengan azabMu serta maafkan kami sebelum itu.’

APABILA MENDENGAR KILATAN GURUH

34.) Diriwayatkan daripada Ikrimah (ra) bahawa jika Ibnu Abbas mendengar guruh,ia mengucapkan,’Maha Suci Rabb yang Guruh bertasbih kepadaNya.Ibnu Abbas lalu berkata,” sesungguhnya guruh memanggil hujan sebagaimana pengembala memanggil kambingnya”.

35.) Diriwayatkan daripada Abdullah bin az Zubair (ra) bahawa jika mendengar guruh,ia langsung meninggalkan pembicaraan lalu mengucapkan,’Maha Suci Rabb yang guruh bertasbih memujiNya,demikian pula para Malaikat kerana takut kepadaNya.(Ar Rad-ayat 13).lalu ia berkata,” Ini adalah peringatan keras bagi penduduk bumi”.

MEMOHON KESELAMATAN KEPADA ALLAH (SWT)

36.) Diriwayatkan daripada Ausath bin Ismail (ra),ia berkata,” Setelah Nabi (saw) wafat,aku mendengar Abu Bakar as Siddiq (ra) berkata,”Nabi (saw) berdiri pada tahun pertama aku tinggal di tempatku ini,kemudian Abu Bakar menangis.Lalu ia berkata,” Hendaklah kalian jujur kerana sesungguhnya kejujuran bersama kebajikan dan keduanya ada di Syurga.Jauhilah dusta kerana dusta bersama kedurhakaan dan keduanya berada di neraka,dan mohonlah kepada Allah keselamatan kerana tidak ada yang di berikan oleh Allah (swt) kepada hambaNya setelah keyakinan yang lebih baik daripada keselamatan.Janganlah kalian saling memutuskan hubungan,janganlah saling membelakangi,janganlah saling iri,janganlah saling membenci, melainkan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara’.

37.) Diriwayatkan daripada Muaz (ra),ia berkata,”Nabi (saw) pernah melalui seseorang yang mengucapkan,’Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepadaMu nikmat yang sempurna.Lalu Baginda bertanya,” Tahukah engkau apa itu nikmat yang sempurna?” Baginda melanjutkan,” Nikmat yang sempurna adalah masuk Syurga dan selamat dari neraka”.Lalu Baginda melewati seorang lelaki lain yang mengucapkan,’Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kesabaran kepadaMu’.Lalu Baginda bersabda,” Engkau telah meminta bala cubaan kepada Rabbmu,maka mintalah keselamatan kepadaNya’.Lalu Baginda melewati seorang lelaki lain yang mengucapkan,” Wahai rabb yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.Baginda bersabda,” mohonlah ”.

38.) Diriwayatkan daripada Al Abbas bin Abdil Mutallib (ra),” Aku berkata,Wahai Rasulullah,ajarilah aku sesuatu yang dengannya aku meminta kepada Allah’.Maka Baginda bersabda,’Wahai Abbas,mintalah kepada Allah keselamatan’.Lalu aku diam sejenak,kemudian kembali dan mengatakan,Wahai Rasulullah,ajarilah aku sesuatu yang dengannya aku memohon kepada Allah’.Lalu Baginda bersabda,’Wahai Abbas,Wahai bapa saudara Rasulullah, mohonlah kepada Allah keselamatan di dunia dan di akhirat’.

TIDAK DISUKAI DOA MEMINTA BALA

39.) Diriwayatkan daripada Anas bin Malik (ra),ia berkata,”Seseorang berkata mendekati Rasulullah (saw),’Ya Allah,jika Engkau tidak memberiku harta yang boleh aku sedekahkan,maka berilah aku suatu cubaan yang menjadi atau ia berkata,yang terdapat di dalamnya pahala’. Maka Baginda bersabda,’Subhanallah,engkau tidak akan mampu untuk menjalaninya.Mengapa engkau tidak mengucapkan,’Ya Allah,berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka’.

40.) Diriwayatkan daripada Anas (ra),ia berkata,” Baginda masuk,aku bertanya kepada Humaid,” Apakah Nabi (saw)”,ia menjawab,”ya”,menemui seseorang yang telah kurus kering kerana sakit sehingga ia seperti anak burung.Baginda bersabda,’Berdoalah kepada Allah dan mintalah sesuatu kepadaNya.’Orang itu berkata,Ya Allah,azab yang hendak Engkau berikan kepadaku di akhirat,segerakanlah itu di dunia.’Subhanallah,engkau tidak akan sanggup menanggungnya atau Baginda bersabda,’Kalian tidak akan sanggup.Mengapa Engkau tidak mengucapkan,Allahumma atiina fid dunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qinaa azaaban naar?Lalu Baginda mendoakannya dan Allah (swt) menyembuhkannya’.

ABU LAIBAH
KUALA LUMPUR
12 JUN 2011.

Tuesday, May 17, 2011

SAINTIS BUKTIKAN NABI MUSA BELAH LAUT





BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalaman ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi

KOMENTAR FAQIR

Apalah sangat sains kalau nak dibandingkan dengan kemukjizatan Al-Quran. Benarlah kata mereka yang mengatakan mengetahui sains secara tidak mendalam (ala kadar) akan membawa saintis itu kepada atheis (tidak percaya wujudnya tuhan) dan mereka yang mempunyai kepakaran dan kedalaman ilmu di dalam sains akhirnya akan membawa kepada WAHDU ZATIHI dan boleh membawa saintis itu kepada hidayat.

Semakin hari dan semakin dekat dengan qiamat maka semakin terbongkarlah kemukjizatan Al-Quran dan ini akan menambahkan iman orang-orang Mukmin terhadap kehebatan Allah Jala Jalaluh. Namun Si Mukmin yang sejati tidaklah berharap
kepada pembongkaran dari sudut sains barulah nak bertambah iman kerana gambaran bertambahnya iman si mukmin di gambarkan oleh Allah SWT dalam surah Anfal ayat 2:-

وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Dan apabila dibaca ayat allah (Al-Quran) ke atas mereka (orang-orang mukmin) bertambahlah iman mereka dan mereka hanyalah bertawakkal ke atas Rab mereka.

Mudah-mudahan pembongkaran demi pembongkaran akan menarik lebih ramai orang kafir kepada hidayat Allah kerana Allah SWT di dalam memberikah hidayahnya tidak berhajat kepada sesiapapun daripada makhluknya sepertimana firmannya di dalam surah sajadah ayat 13

وَلَوْ شِئْنَا لَآَتَيْنَا كُلَّ نَفْسٍ هُدَاهَا

Dan sekiranya kami (Allah) kehendaki nescaya kami menganugerahkan hidayahnya kepada setiap jiwa (manusia) INTIHA

ABU LAIBAH
KUALA LUMPUR
17 MEI 2011