Tuesday, December 28, 2010

TERJEMAHAN 40 HADIS DARI KITAB ADABUL MUFRAD

BAB MERAMAL ITU ADALAH DARIPADA JIN

1.) Alqomah RA berkata bahawa ibunya berkata”Jika ada anak yang lahir,dia di bawa pada Aisyah R.A.Lalu dia mendoakan agar diberi baraqah.Saya lalu membawa bayiku dan kuletakkan bantalnya ternyata dibawah bantalnya ada Musa. Dia bertanya pada mereka mengenai Musa. Mereka menjawab”Kami anggap dia dari jin”Dia mengambil Musa lalu melemparkannya dan melarang mereka darinya kemudian berkata”Sesungguhnya Rasulullah (S.A.W) tidak menyukai meramal dan membencinya.”Maka Aisyah R.A melarangnya. (Hadis dhaif)

BAB FA’L (ucapan yang baik)

2.) Anas RA berkata bahawa Nabi (S.A.W) bersabda: Tidak (boleh) ada penularan dan tidak (boleh) ada ramalan dan saya kagum akan ucapan yang baik.

3.) Dari Hubbah At Tamimi dari ayahnya bahawa dia mendengar Nabi (S.A.W) bersabda Burung itu tidak ada apa-apanya dan yang paling benarnya ramalan adalah Fa’l dan pandangan mata itu adalah benar.

BAB MENCARI BARAQAH DENGAN NAMA YANG BAIK

3.) Dari Abdullah bin Said RA bahawa Nabi (S.A.W) pada tahun HudaIbiyah ketika Uthman bin Affan ra mengatakan bahawa Suhail telah dikirim oleh kaumnya kepadanya untuk berdamai bahawa mereka harus pulang tahun ini dan membiarkan mereka selama tiga hari. Ketika dia datang ,ada yang berkata,”DatangSuhail.” Beliau lalu bersabda: Allah memudahkan urusanmu.

BAB SIAL ITU PADA KUDA

916.) Abdullah bin Umar RA berkata bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda: Sial itu pada rumah, wanita dan kuda. (syadz)

4.)Dari Suhail bin Saad RA bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda: Jika memang kesialan itu terjadi pada sesuatu, maka itu terjadi pada wanita,kuda dan rumah.

5.) Anas bin Malik RA berkata,”Ada seorang berkata,”Wahai Rasulullah,kami berada dirumah yang jumlah kami sangat banyak dan banyak pula harta kami. Lalu kami pindah ke rumah lain ternyata jumlah kami dan harta kami menjadi sedikit.”Rasulullah(S.A.W) bersabda: Kembalikanlah dia atau tinggalkanlah dia.Dia (rumah yang sial itu)adalah sesuatu yang tercela.

PERGAULAN

BAB BERSIN


6.) Abu Hurairah RA bahawa Nabi (S.A.W) bersabda: Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap kerana itu adalah syaitan maka kembalikanlah dia semampunya. Jika dia mengatakan”,Haah”,maka syaitan tertawa.

BAB APA YANG DIUCAPKAN KETIKA BERSIN

7.) Ibnu Abbas RA berkata ,”Jika salah seorang diantara kalian bersin lalu mengucapkan “Alhamdulillah” Malaikat berkata,”Tuhan seluruh alam”.Jika dia berkata”,Tuhan seluruh alam”,Malaikat berkata”, Allah merahmatimu”. (hadis dhaif)

8.) Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi (S.A.W) bersabda: Jika bersin,hendaklah mengucapkan ,Alhamdulillah”. Jika dia mengucapkannya hendaknya saudaranya mengucapkan untuknya,”Yarhamukallah”. Jika dia berkata padanya,”Yarhamukallah”Maka hendaknya dia berkata,”Yahdikallahu wa yuslihu baalak (semoga Allah memberimu petunjuk dan memperbaiki keadaanmu).”

BAB MENJAWAB BERSIN

9.) Abdurrahman bin Ziyad bin Anam al-Ifraqiy meriwayatkan dari ayahnya yang berkata bahawa mereka suatu kali berada dalam suatu peperangan di laut pada zaman Muawiyah,lalu kapal mereka merapati pada kapal Abu Ayyub al-Anshary. Ketika makan siang kami mengutus seseorang untuk mengajaknya menemui kami. Ketika menemui kami,dia berkata,”Kalian mengundang saya padahal saya sedang berpuasa,maka mahu tidak mahu saya harus menemui undangan kalian kerana saya mendengar Rasulullah (S.A.W) bersabda:
Sesungguhnya seorang muslim berhak atas saudaranya pada enam perkara yang wajib. Jika dia “meninggal kan satu diantaranya maka dia telah meninggalkan hak yang wajib bagi saudaranya. Iaitu memberinya salam jika dia menemuinya, menyambutnya jika dia mengudangnya,menjawabnya jika dia bersin,menziarahinya jika dia sakit, hadir jika dia meninggal dan memberinya nasihat jika diminta.
Dia berkata ”Pada saat itu ada seorang diantara kami yang suka bergurau,dia berkata pada seorang yang mendapat makanan kami,”Allah membalasmu dengan kebaikan,”orang itu lalu marah ketika dia menggodanya.Dia lalu berkata pada Abu Ayyub,”Apa pendapatmu mengenai orang yang kukatakan padanya:Allah membalasmu dengan kebaikan lalu dia marah dan mencaciku?.”Abu Ayyub menjawab,”Orang yang tidak cocok dengan kebaikan dia akan cocok dengan kejelekan,maka robahlah dia,”Orang itu lalu berkata pada orang tadi,”Allah membalasmu dengan kejelekan,”Ternyata orang itu lalu tertawa dan menerimanya sambil berkata,”Engkau tidak pernah meninggalkan leluconmu.”Orrang itu lalu berkata,Allah membalas Abu Ayyub al-Anshary dengan kebaikan.”(hadis dhaif)

10.) Ibnu Masud berkata bhawa Nabi (S.A.W) bersabda:Empat hak bagi seorang Muslim atas seorang Muslim:dijenguk jika sakit,disaksikan jika meninggal,dipenuhi jika mengundangnya dan dijawab jika bersin.

11.) Al Barra bin Azib berkata,”Rasulullah(S.A.W) memerintahkan kami dengan 7 perkara dan melarang kami dari 7 perkara:Baginda memerintahkan kami untuk mengunjungi orang sakit,menghantar jenazah,menjawab orang yang bersin,menepati janji,menolong orang yang dizalimi,menyebarkan salam dan menjawab undangan.Baginda melarang kami dari (memakai )cincin emas,tempat makan perak,Mayatsir,Qashshiyyah,Istabraq,beludru dan sutra.

12.) Abu Hurairah berkata,”Rasulullah (S.A.W) bersabda:Kewajipan seorang Muslim pada Muslim lainnya ada enam.Ada yang berkata,”Apa itu wahai Rasulullah?”.Baginda menjawab:Jika engkau bertemu dengannya berilah dia salam dan jika dia mengundangmu maka sambutlah undangannya dan jika dia meminta nasihatmu maka berilah dia nasihat dan jika dia bersin lalu dia memuji Allah maka jawablah dan jika dia sakit maka kunjungilah dia.

BAB ORANG YANG MENDENGAR BERSIN LALU BERKATA:ALHAMDULILLAH

13.) Ali R.A berkata,”Siapa yang ketika ada bersin yang didengarnya berkata:Alhamdulillahi rabbil alamina alaa kulli haali maa kaa na.(Segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh alam segala keadaan),Dia tidak akan mendapatkan sakitnya gigi dan telinga selamanya.”(hadis dhaif)

BAB BAGAIMANA CARA MENJAWAB BERSIN


14.) Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi(S.A.W)bersabda:
Jika salah seorang di antara kalian bersin hendaknya dia mengucapkan:Alhamdulillah.Jika dia mengucapkan :Alhamdulillah,hendaknya saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallahu dan hendaknya dia (yang bersin)mengucapkan:Yahdikumullahu wa yuslihu balakum.

15.)Abu Hurairah berkata,”Nabi(S.A.W)Baginda bersabda:Sesungguhnya Allah menyukai dan membenci menguap.Jika salah seorang di antara kalian bersin dan memuji Allah maka wajib atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan:Yarhamukallah.Sedangkan menguap,maka dia adalah dari syaitan.Jika salah seorang di antara kalian menguap hendaknya dia menutupnya semampunya.Sesungguhnya salah seorang di antara kalian jika menguap syaitan tertawa kerananya.

16.) Abu Jamrah berkata:Saya mendengar Ibnu Abbas jika di jawab bersin dia mengatakan:Afaanallahu wa lyaakum minan naar,yarhamukumullah.”

17.) Abu Hurairah berkata,”Pernah kami duduk bersama Rasulullah (S.A.W) Lalu ada seorang bersin dan memuji Allah.Rasulullah (S.A.W) lalu berkata padanya:Yarhamukallah.Lalu ada orang lain bersin,tetapi Baginda diam saja.Orang itu lalu berkata,”Wahai Rasulullah,(mengapa)engkau menjawab padanya dan tidak menjawab apapun padaku?”Baginda menjawab:Dia memuji Allah sedangkan engkau diam.

BAB JIKA TIDAK MEMUJI ALLAH,TIDAK DI JAWAB

18.) Anas berkata,”Ada dua orang duduk bersama Nabi (S.A.W) lalu bersin.Yang satu baginda jawab sedang yang lain tidak.Lalu berkata salah seorang di antaranya,”Engkau jawab dia dan saya tidak?”Baginda menjawab;Dia memuji Allah sedangkan engkau tidak.

19.) Abu Hurairah berkata,”Ada dua orang duduk bersama Nabi (S.A.W) lalu bersin.Yang satu Baginda jawab sedang yang lain tidak.Lalu salah seorang di antaranya berkata,”Engkau jawab dia dan saya tidak? ”Baginda menjawab;Dia memuji Allah sedangkan engkau tidak.

BAB BAGAIMANA ORANG YANG BERSIN MEMULAI


20.) Dari Abdullah bin Umar bahawasanya jika dia bersin lalu di jawab dengan:Yarhamukallah,dia menjawab:Yarhamuna wa iyyakum wa yaghfirlana wa lakum.”

21.) Abdullah berkata,”Jika salah seoranh di antara kalian bersin hendaknya dia mengucapkan:Alhamdilillahi rabbil alamin. Dan yang menjawabnya mengucapkan :Yarhamukallah.Lalu hendaknya dia mengucapkan :Yaghfirullahi li walakum.

22.) Iyas bin Salamah berkata,”Ada seorang bersin di samping Nabi (S.A.W) . Baginda (S.A.W) lalu berkata: Yarhamukallah.Saat orang itu bersin lagi, Baginda bersabda:
Orang ini pelik.

BAB ORANG YANG BERKATA: YARHAMUKALLAH,JIKA ENGKAU MEMUJI ALLAH.


23.) Makhul Al-Azdi berkata,”Saya pernah berada di samping Abdullah bin Umar (R.A). Lalu ada seorang yang bersin di samping Masjid. Abdullah Bin Umar menjawab,”Yarhamukallah,Jika engkau memuji Allah.(hadis dhaif).

BAB JANGAN MENGATAKAN:AAB.

24.) Mujahid berkata,”Salah seorang putra Abdullah bin Umar bersin,”Abu Bakar atau Umar berkata:Aab.Abdullah bin Umar lalu bertanya,”Apa itu Aab?Aab adalah nama salah satu dari jenis syaitan.Dia menjadikannya di antara bersin dan pujian (pada Allah)

BAB JIKA BERSIN BERKALI-KALI.


25.) Iyas bin Salamah berkata,”Ayahku berkata:Pernah saya duduk bersama Nabi (S.A.W) lalu ada seorang lelaki bersin.Baginda lalu berkata,”Yarhamukallah.”Dia lalu bersin lagi,maka Nabi(S.A.W) bersabda:
"Orang ini pelik".

26.) Abu Hurairah berkata,”Jawablah sekali,dua kali dan tiga kali.Selebihnya maka bererti dia pelik.

BAB JIKA ADA ORANG YAHUDI BERSIN.

27.) Abu Musa berkata,”Orang Yahudi saling bersin di majlis Nabi (S.A.W) dengan harapan Baginda berkata:Yarhamukallah pada mereka.Baginda lalu mengucapkan:Yahdikumullahu wa yuslihu baalakum.”

BAB JAWAPAN DARI LELAKI UNTUK WANITA YANG BERSIN.

28.) Abu Burdah berkata,”Pernah saya menemui Abu Musa ketika dia berada di rumah ibunya Fadhal ibnu Abbas.Saya lalu bersin tetapi dia (Abu Musa) tidak menjawabku.Dia (ibunya Fadhal Ibnu Abbas)lalu bersin dan di jawabnya.Maka kuceritakan hal itu pada ibuku.Ketika menemuinya ibuku berkata,”Anakku bersin tetapi dia tidak jawab dan ketika dia bersin dia menjawabnya.”Dia berkata,”saya mendengar Nabi (S.A.W) bersabda:Jika salah seorang di antara kalian bersin lalu dia memuji Allah hendaklah kalian jawab dia. Dan jika dia tidak memuji Allah maka jangan kalian jawab.

BAB MENGUAP

29.)Abu Hurairah berkata,”Nabi (S.A.W) bersabda:Jika salah seorang di antara kalian menguap maka tahanlah semampunya.

BAB UCAPAN: LABBAIKA,KETIKA MENJAWAB


30.) Muadz berkata,”Pernah saya menjadi teman Nabi(S.A.W) dalam perjalanan.Baginda lalu berkata,”Wahai Muadz”,Kujawab,”Labbaika wa sadaika.”Beliau berkata seperti itu tiga kali kemudian bersabda:Apakah engkau tahu apa haknya Allah atas hamba-hambanya?Hendaknya mereka menyembahnya dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu.
Beliau kemudian berjalan sebentar dan berkata,”Wahai Muadz”.Kujawab,”Labbaika wa sadaik.”Beliau lalu bersabda:
Apakah engkau tahu haknya para hamba atas Allah Azza Wa Jalla jika mereka melaksanakannya?”.Dia tidak akan mengazab mereka.

BAB BERDIRINYA SESEORANG UNTUK/KERANA SAUDARANYA SESAMA MUSLIM.

31.) Abdullah bin Kaab berkata bahawa dia mendengar dari Kaab bin Malik kisahnya ketika dia tidak ikut bersama Rasulullah (S.A.W)dalam perang Tabuk. Lalu Allah Taala menerima taubatnya,”Rasulullah mengumumkan penerimaan taubatku dari Allah Taala pada waktu solat subuh. Maka semua orang bersegera datang menemuiku dengan maksud mengucapkan selamat kepadaku sambil berkata, “ selamat di atas pengampunan Allah bagimu”. Sehinggalah daku memasuki masjid di kala itu Rasulullah (S.A.W) berada di tengah orang ramai. Tiba-tiba datang Ubaidillah Bin Talhah bergegas kepadaku sehingga dia bersalam dan memberi ucapan selamat kepadaku. Demi Allah! tidak ada seorang pun yang berdiri kepadaku di kalangan Muhajirin kecuali dia. Aku sama sekali tidak akan melupakan Talhah untuk peristiwa itu.

32.) Abu Said Al-Khudry berkata,”Ada sejumlah orang yang meminta keadilan dari Saad bin Muaz. Maka diutuslah seseorang kepadanya.Dia lalu datang dalam keadaan mengendarai keldai.Ketika mendekati Rasulullah(S.A.W) bersabda:
Telah datanglah orang yang terbaik di antara kalian.
Beliau melanjutkan lagi sabdanya:
Wahai Saad,sesungguhnya mereka meminta hokum yang adil darimu.
Lalu Saad berkata,”Saya memutuskan agar engkau membunuh siapa yang membunuh dan menawan anak-anak mereka.”Rasulullah (S.A.W)lalu bersabda:
Engkau memutuskan hokum dengan hokum seorang raja.

33.) Anas bin Malik berkata,”Tidak seorang pun yang paling mereka sukai untuk dilihat seperti melihat Rasulullah(S.A.W).Mereka jika melihat beliau tidak segera menemui beliau kerana mereka tahu Baginda tidak menyukai hal itu.”

34.) Aisyah berkata,”Tidak ada seorang pun yang paling mirip dengan Rasulullah (S.A.W)dari segi ucapan atupun cara duduk seperti Fatimah.Aisyah lalu melanjutkan ceritanya,”Rasulullah (S.A.W)jika melihatnya datang Baginda memberi sambutan padanya,lalu menemuinya dan menciumnya.Kemudian mengambil tangannya dan mendudukkannya di tempat Baginda.Sebaliknya jika Rasulullah (S.A.W) datang kepadanya dia menyambutnya dan menemuinya dan mengambil tangannya dan mendudukkannya di tempatnya.Ketika dia datang menemui Rasulullah (S.A.W) di saat sakitnya yang membawa kematiannya,Baginda member selamat dan menciumnya.Baginda berbisik dan menangislah Fatimah kerananya.Baginda lalu berbisik lagi dan tertawalah Fatimah.Maka saya (Aisyah)berkata kepada wanita-wanita,Sungguh saya telah mengetahui bahawa wanita yang satu ini punya kelebihan di antara semua wanita,meskipun dia adalah seorang wanita.Ketika dia menangis dia tertawa.”Lalu saya tanyakan hal itu padanya,”Apa yang di ucapkan Rasulullah padamu?”Dia mengatakan,”Kalau begitu saya adalah seorang pembuka rahsia.Ketika Rasulullah (S.A.W)sudah di kubur,dia berkata,Rasulullah (S.A.W)berbisik padaku:
Saya adalah (akan menjadi)mayat
Maka saya menangis.Lalu Baginda berbisik lagi padaku dan berkata:
Engkau adalah orang yang pertama mengikutiku dari keluargaku.
Maka saya senang dengan hal tersebut dan menyenangkanku .

BAB BERDIRINYA SESEORANG UNTUK SESEORANG YANG SEDANG DUDUK

35.) Jabir berkata,”Ketika Rasulullah(S.A.W) tertimpa sakit,lalu kami solat di belakang Baginda di mana Baginda solat dalam keadaan duduk sedangkan Abu Bakar memperdengarkan kepada kami suara takbir Baginda.Lalu Rasulullah (S.A.W) menoleh kepada kami dan melihat kami dalam keadaan berdiri.Baginda lalu memberi isyarat kepada kami (agar kami duduk) dan duduklah kami (dalam solat tersebut).Maka kami solat seperti cara Baginda solat saat itu iaitu dalam keadaan duduk.ketika selesai mengucapkan salamBaginda bersabda:
Kalian hampir saja melakukan perbuatan-perbuatan orang-orang Persia dan Romawi.Mereka berdiri untuk raja-raja mereka sedang mereka sendiri(raja-raja itu)dalam keadaan duduk.Jangan kalian lakukan itu,ikutilah imam kalian,jika dia berdiri maka solatlah kalian dalam keadaan berdiri dan dia duduk maka solatlah kalian dalam keadaan duduk.

BAB JIKA MENGUAP,HENDAKLAH MELETAKKAN TANGANNYA PADA MULUTNYA

36.)Abu Said Al-Khudry berkatabahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda:
Jika salah seorang di antara kalian menguap hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya,kerana syaitan akan masuk ke dalam mulutnya.

BAB APAKAH (BOLEH)ME NGAMBIL KUTU DARI ORANG LAIN


37.)Ibnu Abbas berkata,”Jika salah seorang di antara kalian menguap hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya kerana itu adalah syaitan.

38.) Abu Said Al-Khudry berkata bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda:Jika salah seorang di antara kalian menguap hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya kerana syaitan akan masuk ke dalam mulutnya.

39.) Anas bin Malik berkata,”Pernah Rasulullah(S.A.W) masuk ke rumah Ummu Haram bin Milhan di mana dia saat itu berada di bawah kekuasaan Ubadah bin Shamit.Ummu Haram lalu memberi makan beliau.Ummu Haram lalu mengambil kutu dari kepala beliau.Sesudah itu beliau tertidur.Kemudian beliau bangun dan tertawa.

40.) Qays bin Ashim berkata,”Saya pernah menemui Rasulullah (S.A.W).Baginda lalu bersabda:Inilah tokoh penduduk dusun.
Sesudah itu saya berkata,”Wahai Rasulullah,harta yang bagaimana yang tidak perlu di minta-minta oleh orang yang meminta dan juga oleh tetamu?”Rasulullah (S.A.W)menjawab:
Sebaik-baik harta adalah (yang jumlahnya)empat puluh dan yang paling banyak adalah enam puluh.Celakalah orang yang memiliki ratusan kecuali yang memberi suatu pemberian yang terpuji dan bermanfaat serta memotong haiwan qurban yang paling gemuk lalu dia makan dan memberi orang peminta danorang yang malu dari meminta.
Maka saya berkata,”Wahai Rasulullah,alangkah mulianya budi pekerti ini,tidak ada seorang yang bias berada pada suatu lembah di mana saya berada pada dari banyaknya ternakku.”Lalu Rasulullah (S.A.W) bersabda:Bagaimana cara engkau memberi?.
Aku menjawab,”Aku memberi pada wanita dan saya juga memberikan unta.”Baginda bertanya lagi:
Bagaimana engkau memberi haiwan ternakan yang gemuk ?
Aku lalu menjawab,”Saya memberi dalam jumlah ratusan.Tanya Baginda kemudian:
Apakah engkau lakukan pada unta yang telah dewasa?
Aku menjawab,”Orang-orang berangkat bekerja dengan membawa tali-tali mereka dan tidak ada seorang pun yang mencegah mereka dari mengikatkan tali itu pada unta mereka supaya mereka dapat membawa untanya ke mana mereka inginkan,lalu setelah itu mereka kembalikan lagi ke tempatnya.Rasulullah (S.A.W) lalu bertanya:Lalu apakah hartamu yang lebih engkau cintai atau keluargamu?.
Aku menjawab,”Hartaku.”Baginda lalu bersabda:
Sesungguhnya hartamu adalah apa yang lah engkau makan dan musnah atau sesuatu yang telah engkau berikan dan itu sudah berlalu,sedangkan yang (sebahagian besar)lainnya adalah untuk keluargamu?
Saya berkata,”Kalau begitu jika saya pulang pasti saya akan sebutkan jumlahnya.”Ketika akan wafat,dia mengumpulkan seluruh anaknya dan berkata,”Wahai anak-anakku,ambillah nasihat dariku,kerana kalian selamanya tidak akan(dapat/mendapatkan)mengambil nasihat dari orang lain selain dariku.Jangan kalian merapatiku,kerana Rasulullah (S.A.W)sendiri tidak dirapati dan saya telah mendengar bahawa Baginda melarangnya.Kafanilah saya dengan pakaian yang saya pakai untuk solat.Kalian temanilah orang-orang tua,kerana jika kalian selalu menemani mereka kalian akan selalu menjadi pengganti dari ayah kalian bagi mereka.Jika kalian menemani orang-orang muda maka orang-orang tua akan menjadi hina di mata manusia dan mereka akan lari dari kalian.Perbaikilah kehidupan kalian kerana itu menyebabkan kalian tidak meminta-minta pada orang.Jangan kalian meminta,kerana itu adalah(penghasilan)penghidupan yang terakhir bagi seorang manusia.Jika kalian nanti mengubur saya maka ratalah kuburku.”


ABU LAIBAH
KUALA LUMPUR
28 DEC 2010