Mafhum Hadis Nabi(SAW)" Sesungguhnya kata-kata hikmat itu adalah permata orang mukmin yang hilang"
1. “Carilah Rahmat Tuhan kerana ianya melampaui azab
Neraka dan nikmat Syurga.”
2. “Masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang itu
adalah hijab. Bila hijab ini disingkap, kamu boleh lihat
semua"
3. “Menganggap diri sendiri itu seorang Sufi adalah satu
anggapan yang besar. Sekurang-kurangnya dia bukanlah
Sufi.”
4. “Orang yang menunjukkan keramatnya adalah
dilemparkan jauh dari Hadhrat Allah.”
5. “Apabila seseorang itu betul-betul dengan ikhlas menuju
Allah dan mati dalam diri mereka, maka Allah akan
ditemui.”
6. “Seorang Muslim itu bukanlah terpuji kerana dia
berpuasa dan bersembahyang tetapi dia terpuji kerana
dalam catatan amalannya dia tidak ada berdosa semasa
hidupnya. Apabila peringkat itu tercapai, dia akan takut
kepada Allah dan berada dalam sopan santun dan
merendahkan diri.”
7. “Barangsiapa dengan kehendak Allah dapat melihat
Tuhan, dia tidak nampak yang lain. Orang yang sampai
kepada Allah akan lenyaplah dirinya.”
8. “Pahlawan Tariqat itu mati walaupun dia hidup di Dunia
ini.”
9. “Wahai Salik, janganlah menganggap kamu telah
mendapat Nur, sehingga belum kamu mengalami tujuh
puluh tahun apa yang dialami semasa daku
bersembahyang di Khurasan sambil rukuk menghadap
Mekkah dan semua harta bumi dan langit diletakkan di
hadapan kamu, tetapi meskipun begitu kamu tetap tidak
terpengaruh olenya dan terus merendahkan diri kepada
Allah kerana takut Allah tidak akan menerima
ibadatmu.”
10. “Banyak orang bertawaf keliling Ka’abah, tetapi ada juga
yang bertawaf keliling langit dan Syurga, namun begitu
yang lebih agung dan terpuji ialah mereka yang bertawaf
keliling Tauhid.”
11. “Benda-benda mula dicari dalam Dunia dan kemudian
didapati, tetapi Allah dijumpai dahulu dan kemudian
dicari.”
12. “Ada hamba-hamba Allah itu yang menjadi kekasihNya.
Apabila mereka memanggil Nama Allah, semua burungburung
dan binatang-binatang tegak berdiam diri,
Malaikat terketar, langit dan bumi akan bercahaya.
Demikianlah agungnya menyebut Nama Allah itu oleh
mereka hinggakan bumi bergoyang.”
13. “Tidak ada orang yang dapat menempuh jalan menuju
Allah itu tanpa pertolonganNya. Dengan kesungguhan
dan daya sendiri sahaja tidak akan berjaya.”
14. “Hiduplah dalam Dunia ini tanpa dosa.”
15. “Sentiasalah berada di samping Allah dan bukan di
samping alam, kerana seseorang itu sentiasa
berdampingan dengan sahabatnya, dan tidak ada sahabat
yang lebih agung dari Allah.”
16. “Setengah daripada sahabat-sahabat Allah itu dapat
membaca apa yang tertulis dalam Taqdir meskipun
mereka berada dalam Dunia ini.”
17. “Allah kurniakan rindu dendamNya kepada mereka
yang dilimpahiNya Nur.”
18. “Wali Allah itu bukanlah makhluk atau pun insan Dunia
ini.”
19. “Orang yang mencapai Allah dalam hidup yang sekarang
ini dan tidak menangguhkan perjumpaan dengan Allah
itu hingga selepas mati, maka dia itulah sebenarnya
kekasih Allah.”
20. “Apabila Allah membawa seseorang itu ke JalanNya,
maka dia akan sampai ke lembah Tauhid, tidak ada yang
tahu keadaannya kecuali Allah.”
21. “Hati yang rindu kepada Allah itulah hati yang paling
baik.”
22. “Apabila sakit, Allah itulah menjadi Tabib.”
23. “Barangsiapa hendakkan Syurga akan terhindar dari
RahmatNya. Orang yang sentiasa berkhalwat dan
menyingkirkan diri dari segala makhluk dan terus
mematikan dirinya, maka terbukalah hijab yang
melindungi pandangannya dengan Tuhan.”
24. “Barangsiapa mencari keduniaan akan diperhambakan
oleh Dunia. Tetapi barangsiapa menyingkirkan
keduniaan, maka Dunia ini akan menjadi hambanya.”
25. “Jika dalam sesuatu masyarakat itu ada orang yang
dikurniakan Allah dengan Nur dan kehampiran
denganNya, maka Allah dengan RahmatNya akan
mengampunkan dosa yang dilakukan oleh masyarakat
itu.”
26. “Orang Darwish tidak menumpukan pandangannya
kepada Dunia ini atau Akhirat.”
27. “Hanya orang yang bercita-cita tinggi itu mencapai
Tuhan.”
28. “Nama Allah itu hendaklah disebut berulang-ulang
setelah mematikan diri.”
29. “Hapuskan dosa dan sembahlah Allah, maka Allah akan
ditemui.”
30. “Tiap-tiap orang hendak membawa sesuatu dari Dunia
ini ke Akhirat, tetapi tidak ada apa-apa dalam Dunia ini
yang boleh mencari jalan ke sana kecuali Fana tidak ada
diri.”
31. “Takutlah Allah dan serulah Dia, dan kamu akan
ditempatkan dalam keadaan Fana.”
32. “Di antara beribu-ribu orang yang menjalani jalan yang
diterangkan oleh Al-Quran itu, ada seorang yang
jalannya diikuti oleh Al-Quran itu sendiri, iaitu tiap-tiap
lakuannya bersesuaian dengan apa yang diterangkan
oleh Al-Quran.”
33. “Orang Sufi tidak perlu cahaya matahari dan bulan
kerana Cahaya Allah yang ada padanya itu lebih terang
dari segala cahaya.”
34. “Jalan itu akan dipendekkan oleh Allah bagi mereka yang
dibimbingNya.”
35. “Makan dan minum Auliya Allah itu ialah mengenang
Allah dan membicarakan tentang Allah.”
36. “Tuhan Allah itu menjadi benar-benar cahaya mata
hamba-hambaNya.”
37. “Sebahagian kecil daripada Cinta Allah itu turun ke
Dunia dan mencari tiap-tiap hati dalam Dunia, dan
didapati tidak ada yang upaya memegangnya. Maka
kembalilah ia kepada Allah.”
38. “Selepas tiap-tiap seratus tahun, satu jiwa yang sempurna
akan lahir ke Dunia.”
39. “Orang yang bertemu dengan Allah itu akan mati
dirinya.”
40. “Siapa yang hatinya kasih kepada yang lain dari Allah,
meskipun dia melakukan Ibadat dan bermujahadah
sepanjang hidup, namun semua itu tidak akan diterima
Allah dan hatinya itu tetap tinggal mati.”
41. “Hijab yang paling besar antara insan dengan Tuhan
ialah Hawa Nafsu."
42. “Kegiatan yang paling besar ialah mengenang Allah.
Selepas itu ialah kesucian hidup, bersedekah dan
bersikap Zuhud.”
43. “Pada segi Keruhanian, duduk bersama di majlis Auliya
Allah itu adalah satu amalan yang terpuji.”
44. “Bersama di majlis Auliya Allah itu adalah satu kurniaan
Allah yang besar.”
45. “Kamu melakukan Ibadat yang paling besar jika kamu
dapat melarikan diri dari keduniaan.”
46. “Ka’abah yang paling besar itu ialah memandang wajah
Allah.”
47. “Apabila sepuluh kali Si Salik itu merasai racun dengan
gembira dan rela, maka pada kali ke sebelas rasa gula
akan diberi kepadanya. Di awal perjalanan Si Salik itu
akan diuji dan ditapis.Selepas itu akan dikurniakan
kehampiran dengan Allah.”
48. “Kamu akan berjaya mencapai Allah setelah kamu
diberiNya kekuatan untuk mencapaiNya dan itu pun
dengan kehendakNya jua.”
49. “Orang yang mengorbankan kemuliaannya kerana Allah,
maka Allah akan memberinya pakaian KemuliaanNya
sendiri.”
50. “Allah akan ditemui apabila Aku dimatikan.”
51. “Orang yang mengatakan dia mendapat Nur dan
kemudian menyibarkan kepada orang ramai adalah
sebenarnya dia tidak ada Nur itu kerana perbuatan
demikian itu adalah hijab juga.”
52. “Teruskan melakukan latihan Ruhaniah itu sehingga
latihan Ruhaniah itu sendiri meninggalkan kamu.”
53. “Mematuhi kehendak Ruhaniah itu adalah lebih baik dari
melakukan banyak latihan.”
54. Sekiranya setitik sahaja Rahmat Allah itu jatuh kepada
kamu, nescaya kamu tidak akan mahu apa-apa lagi dalam
Dunia ini, bahkan tidak mahu bercakap atau mendengar
orang lain.”
55. “Ingat kepada Allah itu lebih tajam daripada tikaman
seribu pedang sekali gus.”
56. “Apabila kamu melihat wajah Allah, kamu tidak akan
melihat yang lain lagi sepanjang masa.”
57. “Seseorang itu hendaklah berlatih sepenuhnya selama
empat puluh tahun dan kemudian bolehlah
mengharapkan hasil yang memuaskan. Sepuluh tahun
melakukan latihan Keruhanian itu ialah untuk
membetulkan kesalahan lidah, sepuluh tahun lagi untuk
mengurangkan gemuk badan, sepuluh tahun untuk
membetulkan kesalahan hati dan sepuluh tahun lagi
untuk membetulkan segala kejahatan yang lain itu.”
58. “Sedikit ketawa dan banyak tangis, makan dan tidur
sedikit sahaja.”
59. “Malanglah orang yang hidup dalam Dunia ini tanpa
bercakap dengan Allah.”
60. “Jalan Ma’rifatullah itu ialah untuk orang-orang yang
suci dan mabuk dalam Allah, kerana bercakap dalam
dzauq dengan Tuhan itu sangatlah seronok.”
61. “Ingat dan kenanglah Allah sentiasa.”
62. “Apabila seseorang itu menyebut Nama Allah, lidahnya
terbakar dan tidak dapat menyebut nama itu lagi. Jika
terlihat ia menyebutnya, maka sebenarnya memuji Dia.”
63. “Kemarahan api perpisahan dengan Tuhan itu sangatlah
panas hingga jika ia terlepas dari hati orang yang
mengandungnya, seluruh Dunia ini akan hangus. Tidak
lain kehendak hati orang-orang yang demikian itu ialah
hendak mengenang Allah tetapi mereka dapati mereka
tidak dapat berbuat demikian.”
64. “Jika hatimu terpaku pada Tuhan, seluruh Dunia tidak
akan dapat memudharatkan kamu jika mereka semuanya
menjadi musuhmu.”
65. “Melihat Allah beserta dengan dirimu ialah Fana dan
melihat Allah sahaja tanpa dirimu ialah Baqa.”
66. “Bergaullah dengan orang yang hatinya terbakar dalam
cinta kepada Allah dan tenggelam dengan rindu dendam
kepadaNya.”
67. “Jangan buat kegiatan lain kecuali mengingat nama Allah
dan jangan ingat apa-apa kecuali Dia.”
68. “Bersama dengan Allah seketika adalah lebih bernilai
daripada beribadat sepanjang hayat kerana keduniaan.”
69. “Tiap-tiap makhluk itu adalah hijab dan jarring kepada
Salik yang ikhlas. Tidak diketahui bagaimana dan bila
seseorang itu boleh terjerat pada mereka itu.”
70. “Walaupun sekali dalam seumur hidup kamu
membuatkan Allah murka, maka wajarlah kamu
memohon ampun sepanjang hidup kepadaNya, kerana
meskipun Dia ampunkan kamu, namun dalam hati masih
terasa yang kamu telah menimbulkan kemurkaan Tuhan
dan tidak mematuhi Dia.”
71. “Orang yang paling baik dalam menghampirkan diri dan
mengabdi kepada Ilahi ialah orang yang buta tidak
melihat yang lain kecuali Allah, pekak tidak mendengar
yang lain kecuali Allah dan bisu tidak bercakap kecuali
tentang Allah.”
72. “Allah telah mengurniakan sesuatu perkara kepada kita
dan setelah mendampingkan kita dengan perkara itu, Dia
pun menghilangkannya dari kita. Maka sewajarnyalah
kita membuang semua perkara keduniaan dan
berdampingan dengan Dia, agar Dia tidak jauhkan
diriNya dengan kita.”
73. “Banyak orang yang berjalan-jalan di jalan tetapi mereka
mati. Banyak juga yang telah berkubur tetapi mereka
masih hidup.”
74. “Orang yang cinta kepada Allah itu ialah orang yang
hatinya hancur lebur menjadi abu kerana Allah.”
75. “Tinggalkan semua Ibadat dan dosa, dan tenggelamkan
dirimu dalam lautan RahmatNya.”
76. “Manusia melihat Allah di Akhirat dengan mata
Ketuhanan.”
77. “Makin kuat kamu berkhidmat dengan gurumu, makin
tinggi naik taraf Ruhaniahnya.”
78. “Badan, lidah dan hati tidak ada padaku, hanya Allah
sahaja dalam diriku.”
79. “Banyak orang yang bersembahyang dan beribadat
dalam Dunia ini, tetapi sedikit benar yang membawa
hasilnya bersama mereka ke Akhirat.”
80. “Ahli Dunia mendapat apa yang tercatit dalam nasib
mereka, tetapi Auliya Allah mendapat apa yang tidak
tercatit dalam nasibnya.”
81. “Di jalan Tuhan, tidak ada yang lain kecuali Tuhan.”
82. “Menangislah dalam Dunia agar kamu ketawa di Akhirat
kelak.”
83. “Apabila hamba itu Fana, dia akan diberi pakaian Baqa.”
84. “Dalam peringkat Ruhaniah yang paling tinggi, dahaga
terhadap Allah itu sangat kuat dalam diri si hamba
hinggakan jika air dari semua sungai diberi kepadanya
tidaklah dapat menghilangkan dahaganya itu bahkan
bertambah dahaga lagi. Si hamba seperti ini memutuskan
segala perhubungan dengan alam dan tidak pernah
megah dengan keramat yang mengalir keluar tanpa
disedarinya daripada dirinya.”
85. “Gelaran paling bagus untuk si hamba Allah ialah
‘Abdullah.”
86. “Untuk si Mukmin, tiap-tiap tempat itu adalah Masjid
dan tiap-tiap hari itu adalah hari Jumaat.”
87. “Jangan biarkan pengemis pulang dengan tangan kosong
dari rumahmu, berilah dia sesuatu walaupun kamu
berhutang untuk itu.”
88. “Layanlah tetamu kamu dengan sebaik-baiknya.”
89. “Ada tiga hal keadaan yang terakhir dalam Keruhanian.
Pertama kamu anggapdiri kamu sebagaimana Tuhan
menganggap kamu. Kedua, kamu menjadi kepunyaan
Dia dan Dia menjadi kepunyaan kamu. Ketiga, kamu
lenyap dan hapus dan Dia sahaja yang mengisikan
kamu.”
90. “Sebelum kamu mati, kamu mestilah berusaha untuk
mencapai tiga perkara. Pertama, dalam cintamu kepada
Allah kamu menangis sebanyak-banyaknya hingga
airmata darah mengalir dari matamu. Kedua, kerana
takutkan Allah hinggakan air kencing kamu menjadi
berupa darah. Ketiga, berjaga malam hingga kurus kering
badan kamu.”
diri kamu sebagaimana Tuhan
menganggap kamu. Kedua, kamu menjadi kepunyaan
Dia dan Dia menjadi kepunyaan kamu. Ketiga, kamu
lenyap dan hapus dan Dia sahaja yang mengisikan
kamu.”
91. Berdampinglah dengan Allah sahaja dan janganlah
berkeinginan hendak bertemu dengan makhluk,
walaupun makhluk itu Khidhr. Adakah kamu jemu
berdamping dengan Allah maka kamu hendak
berdamping pula dengan makhluk? Sepatutnya engkau hanya rindukan hendak berdampingan dengan Allah
sahaja tiada yang lain.”
92. “Makhluk itu ditakluki oleh waktu atau masa dan Aku
ini Tuhan bagi masa itu.”
93. “Apabila aku telah Fana, aku lihat diriku dibalut oleh
Wujud Ketuhanan tetapi apabila aku pandang diriku,
Fana itu pun terjatuh dari aku.”
94. “Apabila aku melampaui diri sendiri (ego), air tidak
boleh melemaskan aku dan api tidak boleh membakar
aku. Kemudian selama tiga bulan empat hari aku tidak
makan dan dapat menghadapi semua ujian.”
95. “Kebaikan itu adalah Sifat Allah sahaja, kita tidak boleh
mengatakan kita baik.”
96. “Wahai Salik, jika kamu ingin menjadi pakar keramat,
maka mulalah berpuasa tiap-tiap tiga hari sekali. Selepas
itu empat belas hari terus-menerus. Selepas itu berpuasa
selama empat puluh hari terus-menerus. Selepas itu
berpuasa selama empat bulan. Akhirnya berpuasalah
selama satu tahun penuh. Maka kamu akan capai satu
peringkat di mana kamu akan lihat perkara Ghaib yang
memegang sesuatu dengan mulutnya yang rupanya
seperti ular. Jika kamu makan benda itu, kamu tidak akan
berasa lapar selama-lamanya. Bila aku mula berpuasa,
datanglah benda yang berupa ular itu. Aku enggan
menerimanya kerana itu akan menghalang aku dari
mendapat Rahmat Tuhan. Aku berdoa kepada Allah
supaya mengurniakan aku apa yang Dia kehendaki terus
langsung dan bukan melalui perantara. Tuhan berfirman,
“Selepas ini kamu akan berasa kenyang dan tidak dahaga
tanpa makan dan minum apa pun.” Maka aku pun tidak
lagi berasa lapar dan dahaga. Aku pun diberi makan
secara Ghaib ini tetapi rasanya manis seperti madu dan
wangi seperti kasturi. Dunia tidak tahu dari mana aku
dapat makan.”
97. “Selagi aku memandang kepada pertolongan yang lain
dari Allah, maka selagi itulah aku tidak berjaya dalam
Ibadatku. Tetapi bila aku putuskan perhubungan dengan
makhluk dan berharap kepada Allah sahaja, maka aku
dapati segala rintangan dalam perjalanan Keruhanianku
itu hilang lenyap dengan kurnia Allah dan tanpa daya
usaha dari diriku dan hasilnya sangatlah besar dan
memuaskan.”
98. “Ketahuilah luas kasih sayang Tuhan itu. Jika dosa
seluruh Dunia ini dibandingkan dengannya adalah tidak
lebih dari sebutir pasir sahaja.”
99. “Aku minta jangan ada hendaknya Neraka dan Syurga
agar manusia cinta kepada Allah kerana Allah sahaja.”
100. “Jalan-jalan menuju Allah itu tidak terkira dan tidak
terhad. Bolehlah dikatakan banyaknya itu seperti
banyaknya makhluk ini. Tiap-tiap orang berjalan di jalan
itu menurut daya upayanya. Aku telah menjalani hampir
jalan-jalan itu dan aku dapati ada orang yang berjalan di
jalan-jalan tersebut. Tidak ada jalan yang kosong dan
tidak ditempuhi orang. Kemudian aku berdoa kepada
Allah, “Tunjukilah kepadaku jalan yang tidak ada orang
menempuhinya dan tidak ada di jalan itu kecuali Engkau
dan aku sahaja.” Allah tunjukkan kepadaku jalan rindu dendamnya jiwa.
Ini bererti barangsiapa hendak berjalan
di jalan Cinta Allah ini hendaklah jangan takut susah
payah yang akan menimpanya dalam perjalanan itu.
Hendaklah patuh sepenuhnya menurut perintahNya dan
ingat kurniaNya dan sentiasa bersyukur kepadaNya.”
ABU LAIBAH
KUALA LUMPUR
15 JANUARY 2011