1.) Diriwayatkan daripada Abu A’laniah, dia berkata,” Aku telah mendatangi Abu Said Al-Khudri (ra) lalu aku memberi salam kepadanya tetapi aku tidak diberi izin. Kemudian sekali lagi aku memberi salam, tetapi aku tidak diberi izin. Kemudian aku memberi salam lagi untuk kali ke-tiganya dengan menguatkan sedikit suaraku sambil berkata,” Assalamu alaikum wahai ahli rumah!”tetapi aku tetap tidak diberikan izin. Lalu aku menuju ke satu tempat di sebelah dan terus duduk. Kemudian telah keluar seorang budak lalu berkata,”Masuklah,” Aku lalu masuk. Lalu Abu Said berkata padaku,”Jika sekiranya engkau terus menambah (salam), engkau tetap tidak diberikan izin,”Kemudian aku menanyakan padanya mengenai Al-auiyah (tempat membuat khamar). Tidak aku menanyakan padanya tentang apapun kecuali dijawabnya,”Haram”. Sehinggalah aku menanyakan padanya mengenai Juf (juga tempat buat khamar) lalu dia menjawab,”Haram”. Muhammad berkata,”Dibiarkan bahagian atasnya terbuka,lalu diminum”.
498. BAB BAGAIMANAKAH BERDIRI DISISI PINTU
2.) Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Busr (ra) seorang sahabat kepada Nabi (saw) bahawasanya Nabi (saw) apabila mendekati sebarang pintu (rumah) bertujuan untuk meminta izin, Baginda tidak menghadap ke muka pintu, Baginda akan mendatangi sebelah kanan atau kiri pintu. Sekiranya diizinkan, (Baginda masuk) jika tidak, Baginda akan pulang.
499. BAB SEKIRANYA MEMINTA IZIN LALU DIKATAKAN:SAMPAI SAYA KELUAR DI MANA KAH HARUS DIA DUDUK?
3.) Diriwayatkan daripada Muawwiyah Bin Hudaij dia berkata,”Aku datang menemui Umar Bin Al-Khattab (ra) lalu meminta izin kepadanya. Mereka berkata padaku,”Duduklah di tempatmu sehingga dia keluar menemuimu,”. Maka aku pun duduk berdekatan dengan pintunya. Kemudian keluarlah Umar (ra) lalu mengambil air dan terus berwudhuk, kemudian mengusapkan air wudhuknya pada kedua belah kakinya. Aku lalu berkata,”Wahai Amiirul-Mukminin! Apakah ini (wudhuk) disebabkan daripada kencing?”Beliau menjawab,”disebabkan kencing dan yang selainnya”.
500. BAB MENGETUK PINTU
4.) Diriwayatkan daripada Anas (ra) dia berkata,”Sesungguhnya pintu-pintu Nabi (saw) diketuk dengan jari-jemari”.
501. BAB APABILA MASUK TANPA MEMINTA IZIN
5.) Diriwayatkan daripada Kaldah Bin Hanbal,dia berkata bahawa Safwan Bin Umayyah telah mengutuskannya kepada Nabi (saw) pada ketika Fatah (pembukaan Mekah) dengan susu dan sayuran. Sedangkan Nabi (saw) di kala itu sedang berada di bahagian atas lembah. Aku menemuinya tanpa mengucapkan salam dan tanpa meminta izin. Baginda bersabda,” Kembalilah dan ucapkanlah: Assalamu alaikum,adakah saya boleh masuk?” Yang demikian itu berlaku selepas Safwan memeluk Islam.
6.) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) dia berkata bahawasanya Nabi (saw) bersabda,” Apabila telah dimasukkan pandangannya, maka tiadalah izin baginya”.
502. BAB JIKA SESEORANG BERKATA: BOLEHKAH SAYA MASUK? TANPA MEMBERI SALAM
7.) Diriwayatkan daripada Abu Hurarirah (ra) dia berkata,”jika seseorang berkata: Bolehkah saya masuk? tanpa memberi salam, maka katakan: tidak, sehinggalah engkau membawa kuncinya”. Aku berkata,”Salam? ” Dia menjawab,”Ya”.
8.) Diriwayatkan daripada Rab’ii Bin Harasy dia berkata,” telah menceritakan padaku seorang lelaki daripada Bani Amir, dia telah datang menemui Nabi (saw) lalu berkata: Bolehkah saya masuk?”Maka Nabi (saw) telah berkata pada hamba perempuannya,”Keluarlah engkau dan katakanlah padanya: Ucapkanlah Assalamu alaikum, bolehkah saya masuk? ” sesungguhnya dia tidak meminta izin dengan elok. Lelaki itu berkata,” Aku dapat mendengarnya sebelum keluarnya hamba perempuan Nabi (saw) kepadaku. Aku terus berkata,” Assalamu a’laikum, bolehkah saya masuk? “Lalu Baginda menjawab,” Wa’alaika, masuklah”. Lelaki itu berkata,”Lalu aku masuk dan terus berkata: Dengan benda apakah engkau datang? “Baginda menjawab,”
Aku tidak membawa sesuatu apapun kecuali yang baik, aku datang kepada kamu supaya kamu menyembah Allah (swt) yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan supaya kamu meninggalkan penyembahan terhadap Latta dan Uzza, kamu mendirikan sembahyang pada waktu siang dan malam lima kali sembahyang, kamu berpuasa satu bulan dalam setahun, dan kamu mengerjakan haji di rumah ini, dan kamu mengambil sebahagian harta daripada orang kaya dikalangan kamu lalu mengembalikannya kepada orang-orang miskin di kalangan kamu”.
Lelaki itu berkata,”Lalu aku berkata kepada Baginda: Adakah sesuatu daripada ilmu yang mana engkau tidak mengetahuinya? “Baginda menjawab,”
Sesungguhnya Allah (swt) telah mengajarkan kebaikkan dan ada di antara ilmu yang tidak diketahui melainkan Allah. Lima perkara yang tidak mengetahuinya melainkan Allah (Luqman ayat 34) Dan sesungguhnya Allahlah yang mengetahui tentang bilakah berlakunya Qiamat, Dialah yang menurunkan hujan, Dialah yang mengetahui apa yang terdapat dalam kandungan, dan tiada yang mengetahui apa yang akan diperolehinya untuk hari esok, dan tiada siapa yang mengetahui di bumi manakah dia akan mati”.
503. BAB BAGAIMANA CARA MEMINTA IZIN
9.) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (ra) dia berkata,Umar (ra) telah meminta izin kepada Nabi (saw), lalu berkata,” Assalamu ala Rasulillah, Assalamu alaikum, adakah Umar boleh masuk? “
504. BAB BARANGSIAPA YANG BERKATA: SIAPA INI? LALU DIA MENJAWAB: SAYA
10.) Diriwayatkan daripada Jabir (ra) dia berkata,”Aku telah mendatangi Nabi (saw) (untuk menanyakan) mengenai hutang yang tertanggung ke atas ayahku. Aku lalu mengetuk pintu lalu Baginda bertanya,”Siapa?”. Aku menjawab,” Saya”Baginda berkata,”Saya,saya”. Seolah-olah Baginda tidak menyukainya.
11.) Diriwayatkan daripada Buraidah (ra) dia berkata,Nabi (saw) telah keluar ke masjid sedangkan Abu musa sedang membaca Al-Quran. Baginda lalu bertanya,” Siapa ini? “ Aku menjawab,” Buraidah “ Baginda seterusnya bersabda, “ Orang ini (Abu Musa) telah dikurniakan salah satu dari mizmarnya keluarga Daud (a.s)”
505. BAB JIKA MEMINTA IZIN, LALU DIJAWAB: MASUKLAH DENGAN SALAM
12.) Diriwayatkan daripada Abdul Rahman Bin Jud’an dia berkata, aku pernah bersama dengan Abdullah Bin Umar (ra), kemudian dia telah meminta izin untuk masuk pada ahli suatu rumah. Ahli rumah itu menjawab,” Masuklah dengan memberi salam!”Lalu dia (Abdullah) membatalkan untuk masuk ke rumah mereka”.
506. BAB MEMANDANG KE DALAM RUMAH
13.) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) dia berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda,” Jika pandangan telah masuk, maka tiada keizinan baginya “.
14.) Diriwayatkan daripada Muslim bin Nuzair dia berkata,”Seorang lelaki telah meminta izin kapada Huzaifah (ra). Orang itu lalu mengintai dan berkata,”Bolehkah saya masuk? “ Huzaifah berkata,”sebenarnya matamu memang telahpun masuk, akan halnya badanmu saja yang belum masuk”. Ada seorang berkata,”Adakah aku juga perlu meminta izin pada ibuku? “ Beliau menjawab,” Jika engkau tidak meminta izin, engkau akan melihat sesuatu yang tidak menyenangkan dirimu.”
15.) Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik (ra) dia berkata,” Ada seorang Badwi telah datang ke rumah Nabi (saw), lau dia melontarkan pandangannya pada celah-celah pintu. Baginda lalu mengambil sebusur panah atau sebilah kayu yang tajam dan mengarahkan pada Badwi untuk mencongkel matanya. Lalu SiBadwi telah beredar. Baginda kemudiannya bersabda,”Jika sekiranya engkau tetap diam, nescaya akan kucongkelkan matamu.”
16.) Diriwayatkan daripada Umar Bin Al-Khattab (ra) dia berkata,” Barangsiapa yang telah melihat ke dalam rumah sebelum didiberi izin, sesungguhnya dia telah berlaku fasiq.”
17.) Diriwayatkan daripada Tsauban hamba kepada Rasulullah (saw) bahawa Nabi (saw) bersabda,” Tidaklah halal bagi seorang muslim untuk melihat ke dalam perut rumah sehingga dia meminta izin. Jika itu yang dilakukannya, maka dia sudahpun masuk dan janganlah seseorang yang mengimami sesuatu kaum lalu dia hanya mengkhususkan doa untuk dirinya dan meninggalkan yang lainnya kecuali dia telahpun berganjak (dari situ) dan janganlah dia bersolat dengan menahan sesuatu (kencing dan sebagainya), kecuali jika dia sudah melepaskannya (membuang air kecil dan selainnya)”.
507. BAB FADHILAT ORANG YANG MEMASUKI RUMAHNYA DENGAN MEMBERI SALAM
18.) Di riwayatkan daripada Abu Umamah (ra) dia berkata bahawa Nabi (saw) bersabda,” Tiga golongan yang mana semuanya akan mendapat jaminan Allah SWT sekiranya dia hidup, dia akan dicukupkan, sekiranya dia mati, dia akan masuk syurga: Barangsiapa yang memasuki rumahnya dengan memberi salam, dia di dalam tanggungan Allah Azza wa Jalla, barangsiapa yang keluar menuju ke masjid, dia berada dalam tanggungan Allah dan barangsiapa yang keluar di jalan Allah, dia berada dalam tanggungan Allah SWT.”
19.) Diriwayatkan daripada Abu Zubair bahawa Jabir (ra) pernah berkata,” Jika sekiranya kamu memasuki rumahmu, maka ucapkanlah salam ke atas mereka suatu ucapan (selamat) dari Allah SWT. Abu Zubair berkata,”Tidaklah aku berpendapat melainkan yang dimaksudkannya adalah firman Allah SWT: “Jika kamu diberi salam oleh mereka dengan ucapan selamat, maka jawablah dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau kembalikannya”. (An-Nisa’)
508. BAB JIKA TIDAK MENYEBUT NAMA ALLAH KETIKA MEMASUKI RUMAH, SYAITAN AKAN MENGINAP DI DALAMNYA
20.) Diriwayatkan daripada Jabir (ra) bahawa dia pernah mendengar Nabi (saw) bersabda,” Apabila seseorang itu memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah sewaktu masuk ke rumahnya dan sewaktu makan, syaitan akan berkata,”Tiada tempat penginapan untuk kamu (sahabatnya) dan tiada makan malam. Jika sekiranya dia memasuki rumah dengan tidak menyebut nama Allah sewaktu masuk, syaitan akan berkata: kamu telah mendapat penginapan dan sekiranya tidak menyebut nama Allah sewaktu makan, syaitan berkata: kamu telah mendapat penginapan dan juga makan malam”.
509. BAB MENGENAI TEMPAT YANG TIDAK PERLU DIMINTA IZIN PADANYA
21.) Diriwayatkan daripada A’yain Al-Khuwarizmi dia berkata,” Kami pernah mendatangi Anas (ra) sewaktu beliau sedang duduk di ……..dan tiada bersamanya sesiapapun. Sahabatku lalu memberi salam padanya dan berkata,” Bolehkah saya masuk? “ Kemudian Anas menjawab,” Masuklah! “ Ini adalah suatu tempat yang mana tidak perlu untuk sesiapapun meminta izin”. Lalu dihidangkan kepada kami makanan lalu kami memakannya. Beliau lalu membawa minuman nabiz yang manis lalu dia meminumnya dan seterusnya beliau memberi kami minum.
510. BAB MEMINTA IZIN PADA KEDAI-KEDAI DI PASAR
22.) Diriwayatkan daripada Mujahid dia berkata,” Abdullah Bin Umar (ra) tidak meminta izin pada rumah-rumah di pasar.”
23.) Diriwayatkan daripada Atho dia berkata,” Abdullah Bin Umar (ra) meminta izin pada tempat teduhan penjual kain.”
511. BAB KAIFIAT MEMINTA IZIN PADA OARANG PARSI
24.) Diriwayatkan daripada Abu Abdil Malik hamba Ummu Miskin (anak perempuan Umar Bin Asyim Bin Umar Bin Khattab ra) berkata,”Tuanku telah mengutuskan daku kepada Abu Hurairah (ra). Dia lalu datang bersamaku. Apabila dia sampai di pintu, dia mengucapkan:Andaruun? Lalu dia menjawab wahai Abu Hurairah! Datang para penziarah padaku selepas waktu Isyak. Aku lalu berbicara”.Abu Hurairah (ra) berkata,” berbicaralah engkau selama engkau belum bersembahyang witir. Apabila engkau sudah selesai witir, maka tidak ada lagi bicara selepas witir.”
512. BAB APABILA ORANG KAFIR ZIMMI MENULIS SURAT LALU MEMBERI SALAM HENDAKLAH DIJAWAB SALAMNYA
25.) Diriwayatkan daripada Abu Usman An-Nahdi dia berkata,” Abu Musa pernah menulis pada seorang rabi lalu memberi salam padanya di dalam surat itu. Lalu ada yang berkata padanya,” Engkau memberi salam padanya sedangkan dia adalah seorang kafir?”Abu Musa menjawab,”Dia telah menulis surat padaku dan memberi salam padaku, maka aku membalas dengan (salam).”
513. BAB TIDAK MENDAHULUI KAFIR ZIMMI DALAM MEMBERI SALAM
26.) Diriwayatkan daripada Abu Basrah Al-Ghifari dia berkata bahawa Nabi (saw) bersabda,”Aku akan menunggang menmui orang yahudi esok, maka janganlah kamu mendahului mereka dalam memberi salam, jika mereka memberi salam padamu maka kamu ucapkanlah: wa’laikum.”
27.) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) dia berkata bahawa Nabi (saw) bersabda,”Apabila kamu bertemu dengan ahli kitab janganlah kamu mendahului mereka dalam memberi salam, himpitkanlah mereka ke jalan yang paling sempit.”
514. BAB MEMBERI SALAM PADA KAFIR ZIMMI DENGAN ISYARAT
28.) Diriwayatkan daripada Al-Qomah dia berkata,”Abdullah Bin Masud memberi salam kepada ketua zimmi hanya dengan Isyarat (tangan).”
29.) Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik (ra) dia berkata, telah melalui seorang yahudi pada Nabi (saw) lalu berkata,” Assaamu alaikum”(kematian ke atas kamu). Para Sahabat (r.anhum) membalasnya dengan salam sedangkan Baginda menjawabnya dengan Assaamu alaikum. Lalu yahudi itu ditangkap dan kemudiannya mengaku. Nabi (saw) bersabda,”
“Jawablah ke atasnya seperti apa yang diucapkannya”.
515. BAB SALAM PADA KAFIR ZIMMI
30). Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar (ra) dia berkata bahawa Nabi (saw) bersabda,” Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam salah seorang daripada mereka pada kamu sebenarnya mereka akan berkata: Assaamu alaika, maka kamu balaslah dengan: wa alaik.”
31.) Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Abbas (ra) dia berkata,” Jawablah salam pada mereka yang bergolongan Yahudi, Nasrani atau Majusi. Yang demikian itu kerana Allah SWT telah berfirman:
Jika mereka memberikan kamu (ucapan) selamat, maka jawablah dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawablah (yang seerti dengannya) An-Nisa’
516. BAB MEMBERI SALAM PADA MAJLIS YANG TERDAPAT MUSLIM DAN MUSYRIK PADANYA
32.) Diriwayatkan daripada Usamah Bin Zaid (ra) dia berkata bahawa sesungguhnya Nabi (saw) pernah menaikki Kaldai yang dilampirkan dengan kain dari Fadak sedangkan Usamah Bin Zaid mengiringi di belakang Nabi (saw) ketika Baginda mengunjungi Saad Bin Ubadah (ra) sehinggalah melalui majlis yang mana padanya terdapat Abdullah Bin Ubay Bin Salul. Yang demikian itu adalah sebelum dia memasuki Islam. Manakala pada majlis itu telah bercampur orang-orang muslim dan musyrik serta para penyembah berhala, Baginda lalu memberi salam pada mereka.
517. BAB BAGAIMANA MENULIS SURAT PADA AHLI KITAB
33.) Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Abbas (ra) dia berkata,” Abu Sufyan rat dipanggil oleh Harkules. Kemudian dia membaca surat Nabi (saw) yang dikirim bersama Dihyah Al-kalbi (ra) kepada raja Basrah. Lalu diberikannya kepada Hirqal maka telah membaca akannya raja Rum, bunyinya: Keselamatan bagi mereka yang mengikut petunjuk. Aku mengajak kamu dengan seruan Islam, masuklah ke dalam Islam nescaya engkau akan selamat. Allah akan memberi kepadamu ganjaran dua kali ganda. Jika kamu engkar, maka bagimu adalah dosa orang-orang bawahan.
(Wahai Ahli Kitab! Mari kita menuju pada satu kalimah yang sama diantara kami dan kamu-sampailah ke ayat-Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang Muslim)
518. BAB APABILA AHLI KITAB BERKATA: ASSALAMU ALAIKUM
34.) Diriwayatkan daripada Jabir (ra) dia berkata,” Segolongan Yahudi telah memberi salam pada Nabi (saw) lalu berkata,” Assaamu alaikum “Baginda menjawab: Wa alaikum. Aisyah (ra) lalu berkata (dengan marah),” Adakah engkau tidak mendengar apa yang mereka ucapkan? ” Baginda menjawab: “Bahkan, telahpun ku balas ke atas mereka, kita dibalas dengan (kebinasaan) mereka sedangkan (ucapan) mereka tidak akan dibalas bagi (kebinasaan) kita.”
519. BAB MEMAKSAKAN AHLI KITAB PADA JALAN YANG SEMPIT
35.) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (ra) bahawa Nabi (saw) bersabda,” Apabila kamu bertemu dengan orang-orang musyrik di jalanan, maka janganlah kamu memulakan dengan salam dan paksakanlah mereka pada jalan yang paling sempit.”
520. BAB BAGAIMANA MEMANGGIL ORANG KAFIR ZIMMI
36.) Diriwayatkan daripada Uqbah Bin Amir Al-Juhni, dia berkata bahawa dia pernah melalui pada seorang lalaki yang nampak seperti muslim. Orang itu lalu memberi salam dan dia membalas salam orang itu dengan berkata: Waalaika warahmatullahi wabarakaatuh. Lalu seorang budak berkata padanya,” sesungguhnya dia seorang Nasrani “. Dia lalu berdiri dan mencari orang itu sehinggalah dia menemukannya lalu berkata padanya,” Sesungguhnya rahmat Allah dan keberkatannya di atas orang-orang beriman, tetapi Allah SWT telah memanjangkan umurmu dan telah memperbanyakkan harta dan milikmu”.
37.) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas (ra) dia berkata,” Jika sekiranya Firaun berkata padaku: Allah memberikan mu Barakah, akan aku menjawab: Dan bagimu, sedangkan Firaun sesungguhnya telah mati.
38.) Diriwayatkan daripada Abu Musa (ra) dia berkata,” Adalah orang-orang yahudi salin bersin di sisi Nabi (saw) dengan harapan Baginda mengucapkan bagi mereka: Yarhamukallah. Sebaliknya Baginda menjawab,” Yahdiikumullahu wa yaslihu baalakum”.
521. BAB SEKIRANYA MEMBERI SALAM PADA ORANG NASRANI SEDANGKAN DIA TIDAK TAHU
39.) Diriwayatkan daripada Abdul Rahman dia berkata, Abdullah Ibnu Umar (ra) pernah melalui pada seorang Nasrani, lalu orang itu memberinya salam dan dia lalu membalasnya. Kemudian dikhabarkan padanya bahawa orang itu adalah orang Nasrani. Tatkala dia sedar, dia terus kembali dan berkata kepada Nasrani itu,” Balaslah padaku salamku”.
522. BAB APABILA BERKATA: FULAN MENGIRIMKAN PADAMU SALAM
40.) Diriwayatkan daripada Aisyah (ra) berkata bahawa Nabi (saw) bersabda padanya:
“Jibril mengucapkan salam padamu “ Dia menjawab, “Wa alaihis salam wa rahmat wa rahmatullah”.
ABU LAIBAH
KUALA LUMPUR
03 FEBRUARY 2011