Monday, April 18, 2011

MARI BELAJAR URDU PART 2

DARUL ULOOM DEOBAND


Salam 1 ummah,

Bagi pengunjung yang masih berminat untuk mempelajari bahasa urdu, insyaallah
di sini faqir akan berusaha menunjukkan garispandu sehingga para pengunjung
dapat menguasai bahasa urdu sepenuhnya, paling tidak pun dapat faham sikit
sikit apabila bayan dalam bahasa urdu berkumandang. Ye la kalau tak pun dapat
faham le apabila Datuk Shah Rukh Khan menyebut" Me tum se pyar hun" dalam filem
bollywood.



SUASANA PENGAJIAN DI DARUL ULOOM DEOBAND



Sepertimana dalam part 1, faqir ada menyebut untuk mengajar bagaimana untuk
bayan mudah dalam bahasa Urdu iaitu bayan six point ataupun disebut che namber
dalam bahasa urdu. Memandangkan Allah SWT telah membuka sedikit ruang daripada
kesibukkan untuk faqir, maka kita akan meneruskan kembali pembelajaran bahasa
urdu dengan memulakan kembali seksyen ayat minggu ini di ruangan sebelah widget
di samping sedikit prasa kata urdu.

Di bawah ini faqir selitkan dua tiga video berkaitan pembelajaran bahasa urdu
untuk memudahkan para pengunjung mempelajarinya. Para pengunjung boleh juga mengunjungi website berikut http://www.urduathome.com.....INTIHA









ABU LAIBAH
KUALA LUMPUR
18 APRIL 2011

Tuesday, April 5, 2011

SUNNAH RASULULLAH (SAW) APABILA MENGHADAPI FITNAH

Salam 1 ummah,

Agak sedih hampa dan kecewa Faqir apabila melihat jauh dalam keadaan ummat hari ini
yang semakin hari semakin lari dari landasan ittiba' Rasul yang sejati. Usah pergi jauh,lihat saja kemelut yang berlaku di negara kita semenjak beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya di dalam kancah politik negara secara khasnya yang mana telah dicemari dengan politik maki-memaki, hina-menghina, jatuh-menjatuh dan yang lebih jijik fitnah-menfitnah demi mencapai sebuah cita-cita yang lara.Benarlah kata seorang ulamak di Pakistan bahawa "Politik permulaannya adalah hina dan pengakhirannya juga adalah hina".

Pelbagai fitnah dilemparkan dan jika tidak wujud, maka diada-adakan,jika yang kecil,maka diperbesar-besarkan. Lihat saja apa yang berlaku dua tiga hari ini yang mana semua orang membicarakan tentangnya, bermula dari kedai kopi sehinggalah ke peringkat parlimen apabila negara sekali lagi digemparkan dengan penyebaran video seks yang melibatkan pemimpin pembangkang. Semua orang ingin menjadi jaguh lalu mengomentarkannya. Yang menyokong kerajaan,maka komentarnya menguatkan lagi bukti yang dijumpai dan yang membangkang pelbagai alasan dikeluarkan untuk menafikan kesohehan video itu.

Maka tujuan Faqir bukanlah untuk menyebelahi mana-mana pihak dengan menyokong atau membangkang, tapi untuk menunjukkan panduan bagaimana sunnah Rasulullah (SAW)
dalam menghadapi sesuatu yang tidak jelas atau ketika menghadapi fitnah. Sepertimana firman Allah SWT " Wahai orang-orang yang beriman! Apabila datang kepada kamu orang fasiq yang membawa berita,maka hendaklah kamu selidiki terlebih dahulu"..al-ayah. Al-Quran adalah guideline yang hakiki dan ianya menyuruh kita untuk menyelidiki bukan menghakimi. Bagaimana Nabi (SAW) menghadapi situasi ketika mana Aisyah(R.A)difitnah oleh golongan munafiqin bahawa beliau telah melakukan zina (kita berlindung kepada Allah)dengan seorang sahabat yang bernama Safuan Bin Muattal (R.A). Maka dengan itu Faqir sekali lagi repost entry Hadis Al-Ifk iaitu hadis mengenai fitnah keatas Aisyah (R.A).Sama-samalah kita renungi bagaimana tindakan Rasulullah SAW dan para Sahabat RA ketika menghadapi situasi sebegini.INTIHA

HADIS MENGENAI FITNAH TERHADAP AISYAH RA (HADIS AL-IFK) PART 1

Hazrat Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bilamana Baginda berkeinginan untuk bersafar,maka Baginda akan membuat undian di antara isteri-isteri Baginda dan nama siapa yang terpilih daripada undi tersebut.maka dialah berpeluang untuk safar bersama Baginda SAW.Sayugia di dalam satu ghuzwah (peperangan),Baginda telah membuat undian di antara kami yang mana nama aku telah terpilih daripada undian tersebut.Maka telah keluarlah aku bersama Rasulullah SAW yang mana kisah ini berlaku selepas turunnya perintah hijab.

Aku telah didudukkan di dalam usungan lalu diangkat dan diturunkan bersama usungan itu.Kami telah bertolak pergi sehinggalah Rasulullah SAW telah kembali daripada ghuzwah tersebut. Dalam perjalanan pulang,kami telah membuka khemah di satu kawasan yang berdekatan dengan madinah. Pada akhir malam Rasulullah SAW telah mengiklankan waktu untuk berlepas (maksud Rasulullah SAW adalah supaya ahli kafilah menyelesaikan keperluan masing-masing dan bersedia untuk bertolak pada bila-bila masa). Aku terus bangkit (untuk mengkadhakan hajat) bila saja mendengar iklan daripada Baginda SAW dan terus berjalan sehinggalah meninggalkan jauh bala tentera Rasulullah SAW.

Satelah selesai daripada qadha hajat aku bersegera datang kepada kenderaanku dan setelah meraba-raba ke dadaku,aku dapati rantai leher yang aku tempah dari pasar "zafar" telah hilang.Aku segera kembali ke tempat tadi dan terus mencari.Pencarian itu telah melambatkan aku.Di sana, mereka yang ditugaskan untuk mengangkat usunganku telah mengangkat usungan dan telah meletakkannya di atas unta dengan anggapan bahawa aku masih berada di dalamnya.

Disebabkan wanita pada zaman itu adalah kurus sahaja,tidaklah terlalu gemuk dan tidaklah pula mereka dibebani dengan daging yang banyak (gambaran terhadap tubuh yang gemuk) disebabkan mereka hanya makan secara sederhana sahaja,oleh sebab itulah sewaktu mengangkat usungan itu mereka tidak merasakan sebarang keasingan.Lagipun aku pada waktu itu masih berusia kanak-kanak.Lalu mereka pun telah menggerakkan unta dan terus bertolak.Aku telah menemui rantaiku selepas kepergian mereka.Setelah aku kembali ke tempat perkhemahan,tidak aku dapati sebarang penyeru dan tidak juga sebarang penyahut (menandakan semua mereka telah bertolak).

Aku telah beriradah untuk ke tempat asalku dengan anggapan apabila mereka sedar akan kehilanganku, mereka akan kembali mencari aku di situ.(kalaulah aku kesana dan kemari sudah tentu akan menyusahkan mereka untuk mancari daku).Aku telah duduk di tempatku sehinggalah mengantuk menguasaiku lalu aku terus tertidur.

Seorang sahabat yang bernama Safwan Bin Muattal Salmi telah ditugaskan untuk berjalan di belakang tentera islam (supaya sekiranya terdapat sebarang benda milik tentera yang jatuh akan dikutipnya).Beliau telah sampai di tempat aku tidur pada waktu subuh.Beliau telah melihat bentuk tubuh manusia yang sedang tidur dan apabila beliau telah datang dekat padaku dan melihat daku,beliau telah mengecami daku kerana beliau telah pun melihat rupaku sebelum turunnya hukum purdah lagi.Ucapan istirja'nya (ucapan inna lillahi wa inna ilaihirajiu'un) telah menyedarkan daku daripada tidur dan aku segera menutupi wajahku dengan cadarku. Demi Allah!! kami tidak bercakap satu patah perkataan pun dan tidak pula aku mendengar satu kalimah pun daripadanya selain ucapan istirja' yang diucapkannya tadi.

Beliau telah turun dari untanya dan telah mendudukkan untanya lalu menekan kaki depan untanya (supaya memudahkan daku untuk menaikkinya).Aku telah bangkit lalu menungganginya sementara beliau telah berjalan sambil menarik tali unta pada sebelah depannya.Pada waktu tengah hari, kami telah sampai pada tempat perkhemahan askar.Dan mengenai diriku,mereka yang hendak binasa,telah pun binasa dan orang yang mengambil bahagian besar dalam penfitnahan terhadap diriku adalah Abdullah Bin Ubai Bin Salul......

Hazrat Urwah berkata,diberitahu kepadaku bahawa Abdullah Bin Ubai telah memulakan tohmah dan fitnah,bila ada yang membicarakan padanya tentang fitnah,dia lalu membenarkannya,dia mendengar dan menokok nambahkannya.Selain itu,mereka yang a mengambil bahagian dalam penfitnahan itu adalah Hassan Bin Sabit,Mastah Bin Usasah
dan Hamnah Binti Jash,orang lain aku tidak mengetahuinya,tetapi aku yakin ianya adalah satu jemaah sepertimana firman Allah Jalla Jalaluh "Sesungguhnya mereka yang mendatangkan fitnah adalah satu jemaah daripada golongan kamu"....Hazrat Urwah ber
kata,bahawasanya Hazrat Aisyah RA tidak menyukai sesiapa yang memburukkan Hazrat
Hassan di depannya.Dia berkata bukankah Hassan yang mengucapkan rangkap syair ini.....

"Demi ayah dan ayah kepada ayahku, ...dan kemuliaanku adalah disebabkan kemuliaan Muhammad SAW.. aku akan mempertahankan perisai didepanmu"

Hazrat Aisyah RA berkata,kemudian kami telah datang ke Madinah,bila sampai di Madinah,aku telah jatuh sakit selama sebulan,orang-orang telah menjadikan percakapan ahli-ahli fitnah sebagai topik isu perbualan mereka.Namun aku tidak tahu menahu pun mengenainya.Namun, sewaktu daku jatuh sakit,daku mengesyaki perkara ini dari tingkah laku Baginda SAW yang mana daku tidak melihat sifat lembut dan belas kasihan dari Baginda SAW melayani daku seperti mana yang daku lihat ketika mana daku jatuh sakit sebelum ini.Hanyalah setakat Baginda datang kepadaku dan menanyakan tentang kesihatanku..apa khabar kamu?..dan kemudian keluar kembali.


Cukup dengan sekadar melihat sikap Rasulullah saw terhadapku,aku dapat merasainya,tapi aku tidak mengetahui bahawa keburukkan yang manakah telah
menimpa diriku.Apabila diriku telah sedikit sihat,aku telah keluar ke arah "manasi' " bersama Ummu Mastah dan ianya adalah tempat qadha hajat kami yang mana kami hanya keluar pada malam hari untuk menunaikan hajat kami.Ini adalah zaman di mana tiada adat membina baitul-khala di tepi-tepi rumah.Adab kami orang arab pada awalnya
mereka yang ingin menunaikan hajat terpaksa pergi ke tempat yang jauh di dalam hutan.Kami merasa tidak selesa membina baitul khala berdekatan dengan rumah-rumah kami.


Namun daku telah keluar bersama Ummu Mastah.Ummu Mastah adalah anak kepada Abu Raham Bin Al-Muttalib Bin Abdul Manaf dan ibunya adalah merupakan anak kepada Sakhar Bin Amir yang mrupakan emak saudara kepada Hazrat Abu Bakar Siddiq RA dan Mastah Bin Usasah Bin Ibad Al-Muttalib pula adalah anak kepada Ummu Mastah.Sayugia setelah kami berdua selesai dari qadha hajat,dalam perjalanan pulang ke rumah, Ummu mastah sambil membalikkan kain cadar besar yang menutupinya lalu berkata, "celakalah Mastah".Aku berkata engkau telah mengucapkan satu kalimah yang besar (padahnya),adakah kamu sedang memaki hamun seorang yang pernah melibatkan dirinya dalam perang Badar? Ummu Mastah lalu menjawab, wahai Aisyah, adakah kamu tidak mendengar apakah yang telah disebarkan oleh Mastah? aku bertanya,apa yang dikatakannya? barulah dia menceritakan segalanya kepadaku tentang cerita fitnah itu yang menyebabkan sakit aku semakin bertambah.


Apabila aku pulang ke rumah,Rasulullah SAW telah datang kepadaku,dan
selepas memberi salam, Baginda SAW bertanya,bagimana kesihatan kamu? Aku telah meminta izin daripada Baginda, adakah engkau membenarkan aku untuk pulang ke rumah orang tuaku? maksudku adalah untuk aku selidiki masalah ini daripada mereka.Rasulullah SAW telah memberi keizinan kepadaku lalu aku bertanya kepada ibuku, ibu,apakah yang mereka semua sedang katakan? Ibu menjawab, anakku, janganlah engkau sedih,Demi Tuhan, jarang sekali terjadi begini bahawasanya seorang gadis yang cantik yang tinggal bersama seorang lelaki yang dicintainya dan gadis itu pula mempunyai madu-madunya kemudian mereka tidak menonjolkan keaibannya? Aku berkata, Subhanallah! betullah rupanya manusia sedang mempercakapkan tentang fitnah itu.


Pada malam itu aku terus menangis sehinggalah ke waktu subuh,sepanjang malam,tiada lagi air mata yang keluar dan tidak pula mengantuk menguasai diriku.Di sebelah yang lain Rasulullah SAW telah memanggil Sayyidina Ali RA dan Hazrat Usamah Bin Zaid RA dan sehingga waktu itu wahyu telah terhenti (ini adalah kerana kedua-dua mereka adalah orang rumah Nabi SAW).Baginda SAW telah bermesyuarat dengan kedua-dua sahabat itu mengenai perpisahan dengan isterinya.Usamah Bin Zaid telah menegaskan tentang kesucian isteri Nabi mengikut pengetahuannya dan berdasarkan pengetahuannya tentang Ahli Bait, selaras dengan itu lah dia telah memberi pandangan.

Oleh itu beliau berkata, itu isteri kamu,dan tidaklah kami mengetahui kecuali kebaikkan mengenai dirinya.Namun Hazrat Ali RA semasa memberi pandangan berkata, Wahai Rasulullah, Allah tidak menyempitkan ke atas kamu, (jika sekira berasaskan mulut-mulut mereka itu dan engkau merasa tidak selesa dengan Aisyah RA) masih ramai lagi wanita lain, atau tanyalah hamba ( iaitu hamba yang tinggal dengan Hazrat Aisyah RA,sudah tentu dia mengetahui keadaan sebenar),dia akan memberi jawapan yang sebenarnya.


Oleh itu Rasulullah SAW telah memanggil Hazrat Barirah, wahai Barirah,adakah kamu melihat (dari Aisyah) apa-apa yang menimbulkan keraguan pada dirimu?.Hazrat Barirah lalu menjawab, Demi Zat yang telah mengutuskanmu dengan kebenaran! aku tidak pernah melihat apa-apa benda yang mendatangkan keaiban padanya.Hanya apa yang aku lihat, Beliau adalah seorang gadis yang berusia kanak-kanak, yang menguli sendiri gandum di rumahnya lalu tertidur.Kemudian datang seekor kambing lalu memakan gandum itu.( Beliau begitu sederhana sekali,bagaimana kita boleh menaruh syak wasangka terhadapnya?) Bersambung......

ABU LAIBAH
KALA LUMPUR
05 APRIL 2011