Pada hari kiamat kelak tidak harta yang akan membantu kita tidak juga anak-anak yang akan bantu kita kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang dihiasi. Dua perkara dinafikan di sini satu harta dan satu lagi anak pinak. Di dunia ini selalunya manusia tertipu terhadap 2 perkara ini , manusia menganggapkan bila ada 2 perkara ini mereka boleh buat apa saja sedangkan ini adalah satu silap faham. Dengan harta hanya beberapa perkara sahaja akan terbentuk, akan tetapi bukan semua perkara akan terbentuk, dengan harta manusia dapat membeli kacamata akan tetapi manusia tidak dapat membeli penglihatan, dengan harta manusia dapat membeli pakaian yang cantik, akan tetapi manusia tidak dapat membeli kecantikan, dengan harta manusia dapat membeli tilam yang empuk, akan tetapi manusia tidak dapat membeli tidur yang nyenyak. Dengan harta manusia dapat membeli ubat-ubatan akan tetapi manusia tidak dapat membeli kesihatan. Dengan harta manusia dapat membeli inai untuk dipakai di kepala, akan tetapi dengan harta manusia tidak dapat membeli kemudaan. Dengan harta manusia dapat membeli buku-buku dan juga kitab, akan tetapi manusia tidak dapat membeli ilmu. Dengan itu, di dunia ini dengan harta tidak akan membentuk kesemua perkara. Oleh yang demikian pada akhirat kelak, harta tersebut tidak akan memberi apa-apa manfaat, lalu apa yang akan memberi faedah kepada kita di akhirat kelak? Mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang telah dihiasi. Hati yang mana tidak ada kesan cinta selain Allah, hati yang mana hanya ada cinta pada Allah. Bila datang cinta selain Allah ianya akan mendatangkan titik hitam di dalam hati kita, akhirnya hati kita akan menjadi hitam kelam. Dengan cinta dunia, menyebabkan hati akan zulmat, sebaliknya dengan cinta pada Allah, hati akan bercahaya. Bilamana insan membuat dosa maka akan lekat titik hitam di dalam hatinya, sekiranya insan tersebut bertaubat pada Allah, titik hitam tadi akan terhapus. Sekiranya dia mengulangi dosa tersebut, maka titik hitam akan kembali melekat sehinggakan seseorang itu berterusan membuat dosa yang menyebabkan hatinya dipenuhi dengan titik-titik hitam.
Bila mana manusia mula berusaha untuk menghiaskan hatinya, barulah manusia menyedari bahawa banyak lagi usaha yang masih berbaki. Untuk membentuk hati bukanlah satu perkara yang mudah, kita akan melalui tempoh yang sangat panjang, barulah hati kita akan terbentuk dan terhias sepertimana bukanlah satu kerja yang mudah untuk mengabadkan sesuatu kampung, kita akan melalui tempoh yang panjang, barulah sesuatu kampung itu akan makmur, demikian juga kita akan melalui tempoh yang panjang untuk mengabad dan memakmurkan hati kita. Untuk merosakkan hati kita ia amatlah senang sekali, akan tetapi untuk membentuk hati ini ianya bukan kerja yang mudah. Adalah sangat payah untuk menghiaskan hati ini, ianya perlu usaha yang berpanjangan
Kalbu hamba Allah merupakan Arash Allah. Cuba kita lihat kenapa kita sebut Baitullah sebagai Baitullah, bukannya bermakna Allah Subhanahu Wa Ta'ala menetap di sana, (Ma'azallah). Sebenarnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan Tajalliyat Zatiah ke atas Baitullah dengan sebab itu, kita memanggilnya sebagai Baitullah demikian juga apabila seorang mukmin membina dan menghias hatinya maka hatinya juga akan menjadi tempat tajalliyat Allah.
ABU LAIBAH
FOUNDER TALBEENA GENIUS
|
Monday, July 15, 2019
[KAPSUL UNTUK HATI] - Memakmurkan Kampung Hati
Subscribe to:
Posts (Atom)