Hari ini bifadhlillahi Taala,Faqir diberi taufik untuk sedikit menulis sekadar mampu bukan untuk mencari glamour,sekadar memberi sedikit peringatan pada diri sendiri dan seluruh ummat. Maka syukurlah pada Dzat Azza wa Jalla yang telah mencetuskan talab dalam hati Faqir seterusnya menggerakkan jari-jemari Faqir untuk sedikit memberi sumbangan idea.
Bukannya mahu mengulas tentang pelbagai isu politik terkini,hanya sedikit ingin me
nyentuh tentang kegalakkan para blogger yang mengisi ruang di dalam dunia tanpa
sempadan.Pelbagai isu telah timbul di negara kita khususnya pada baru-baru ini bermula dari isu Kalimah Allah ,isu pengkhianatan terhadap rumah ibadat dan terkini isu penzinaan atau isu buang anak yang semakin hari semakin kerap diberitakan.Yang terbaru bayi ditemui di dalam tempat pembuangan sampah yang mana bayi masih di dalam keadaan bertali pusat dan anggota tubuhnya terpisah akibat dibakar...kononnya ingin menghapuskan bukti.
Ya Allah!!!..begitu kejam sekali manusia yang melakukan perbuatan itu.Adakah mereka
fikir dengan membakar bayi itu mereka akan terlepas begitu saja? Adakah mereka fikir Allah
Taala terlepas pandang dari perbuatan terkutuk itu? atau mereka fikir kedua malaikat Kiramun
Kaatibin sedang bercuti waktu itu sehingga tiada yang mencatat perbuatan terlaknat mereka?
Kalaulah terlepas di dunia yang fana ini,sesungguhnya sama sekali kita tidak akan terlepas da
ri mahkamah agung Allah di akhirat kelak.
Cuba kita sama-sama renungkan semenjak 2 minggu ini tidak kurang dari 5 kes buang
bayi dilaporkan.Itu yang dilaporkan dan tak tahu berapa banyak lagi kes-kes seumpama itu
yang tak di ketahui ramai.Dan berapa banyak lagikah kes-kes penzinaan yang berlaku secara
tersembunyi di negara kita? Rumusan yang dapat dibuat adalah penzinaan telah menjadi satu kebiasaan di kalangan anak muda kita.malah mereka yang belum pernah melakukan penzina
an dianggap kolot dan ketinggalan zaman.
Jika dahulu,masyarakat jahiliah Arab mereka menanam anak mereka hidup-hidup,apa kurangnya dengan masyarakat kita sekarang yang membuang anak merata-rata sehingga ada yang sanggup membakarnya.Jangan seronok dan enak-enak saja berbuat zina.Ingat!! kita juga mempunyai kakak dan adik perempuan,kita juga mempunyai anak perempuan. Sanggupkah kita mendengar suatu hari nanti ada yang membawa berita anak perempuan kamu sedang berzina dengan si anu? Persis cerita yang berlaku di zaman Rasulullah SAW,seorang telah datang dan meminta izin daripada Baginda untuk melakukan zina.Baginda SAW sebagai menjawab mahukah kamu sekiranya anak perempuan kamu berzina dengan lelaki lain? Dia mengheleng tidak.Begitulah juga tiada seorang pun yang suka bahawa anaknya atau adik perempuannya berzina dengan lelaki lain.Seterusnya Rasulullah SAW telah berdoa kepada Allah terhadapnya dan selepas itu diriwayatkan bahawa tiadalah dosa yang paling dibenci oleh sahabat itu melainkan zina.
Kelmarin di Kelantan seorang gadis telah membuat laporan polis kerana gambar lucahnya telah tersebar di telefon-telefon bimbit setiap orang di kampungnya yang menyebab
kan seluruh keluarganya mendapat aib.nasib baik dia mempunyai tanda kelahiran dekat telinganya sekaligus menafikan gambar itu adalah gambarnya.Tidak dapat diketahui berapa banyakkah lagi gambar-gambar penzinaan para remaja melayu khususnya yang tersebar di
dalam telefon bimbit dan juga di dalam internet.mereka menjadikan itu semua sebagai ko
leksi peribadi...Astaghfirullahal Aziim.
Didalam perhimpunan ulamak di kota Bharu kelmarin,seorang Tuan Guru dari Selatan
Thailand telah mendedahkan di dalam laporannya.Semasa dia bersama beberapa orang lagi telah keluar tabligh di satu kawasan di Thailand, bersamanya ada seorang anak muda 20-an tahun yang keluar bersama.Selepas genap tiga hari keluar dan diberi taklimat terakhir,dia menangis tersedu-sedu.apabila ditenangkan oleh para jemaah,dia masih tidak dapat memberhentikan tangisannysehinggalah salah seorang dari ahli jemaah datang bersemuka dengannya dan bertanya apakah masalahnya, dia kemudian mendedahkan bahawa dia sebenarnya belajar di sekolah arab di bandar Yala, Thailand.Dia menjelaskan lagi bahawa kurang hampir dua ratus pelajar wanita telah hilang dara disebabkannya.sekarang dia telah benar-benar bertaubat lantaran dosanya itu.
Marilah sama-sama kita mengekalkan kemanan yang berlaku di negara kita
Malaysia dengan menghindari maksiat khususnya zina.kerana firman Allah SWT:- zahirnya kefasidan di atas darat dan di laut adalah disebabkan amalan manusia....Al-ayat).Jika tidak, jangan lah hairan jika kedengaran gempa berlaku di negara ini kerana mafhum hadis Nabi SAW bahawa kemarau yang berlaku adalah disebabkan zakat yang terhenti dan gempa yang berlaku adalah disebabkan zina yang berleluasa.Janganlah kita menjadi watak penzina yang disebutkan oleh hadis Nabi SAW bahawa akan tiba satu zaman dekat dengan qiamat,zina akan begitu am sekali sehingga manusia akan melakukan zina di tempat-tempat yang terbuka.Akan datang satu orang yang akan menegur dan berkata pergilah kamu berzina di tempat yang tersembunyi sedikit..dan dikatakan beliau itu adalah wali pada zaman tersebut..INTIHA.
1 comment:
Salam... tuan blog.. Nauzubillah...
Post a Comment