Thursday, April 15, 2010

DIALOG ANTARA AGAMA SUDAH LAMA DIPRAKTIKKAN SAHABAT R.A

Sekarang ini heboh diperkatakan tentang jawatankuasa di antara agama.Banyak ruangan akhbar tempatan telah mengulas tentangnya. Ada yang memberi fatwa haram kerana telah meletakkan agama islam sama dengan agama-agama yamg lain. Ada yang kata boleh. Bagi Faqir yang dangkal fikiran ini, boleh tidak boleh bergantung kepada niat sesuatu itu dilakukan. Hadis Nabi ada menyebut "Sesungguhnya asas bagi amal adalah bergantung pada niat". Jika Jawatankuasa yang dibentuk hanyalah sekadar bermotifkan politik maka "hampeh"lah jawabnya. Tapi seandainya ia ditubuhkan untuk merungkai salah faham non-muslim terhadap Islam lantaran putar belit yang dibuat oleh pihak media khususnya media barat, maka itu amat dialu-alukan. Allahuma Zid Fa Zid!.

Bagi Faqir, dialog antara agama bukanlah benda yang baru, malah ianya telah lama dipraktikkan oleh Sahabat R.Anhum Ajmaien dan juga para Imam-imam mazhab seperti Syafie RA dan Ahmad Hanbal RA. Namun ianya bukanlah satu kelaziman di dalam misi dakwah Sahabat R.A. Ianya hanya kadang-kadang dipraktikkan mengikut keperluan.

Uslub dakwah Sahabat adalah akhlak yang murni. Dimana-mana mereka pergi manusia akan menerima Islam kerana terkesan dengan akhlak mereka. Faqir teringat pengajian Sejarah Islam sewaktu di sekolah dahulu ada menyebut bahawa Islam di Malaysia tersebar kerana pedagang-pedagang Arab. Sebenarnya kedatangan mereka sebenar bukanlah untuk berdagang tetapi sebenarnya adalah untuk menyebarkan agama Allah di bumi Malaysia dengan menunjukkan keindahan Islam di dalam jual beli. Ingat!! Islam hanya akan tersebar bilamana ianya dilakukan sepenuhnya dengan tertib Nabi SAW (sila lihat entry dakwah to non-muslim).

Namun begitu wakil dipihak muslim jika berada dalam jawatankuasa itu mestilah seorang yang kuat aqidahnya dan tinggi ilmunya tentang Islam supaya mereka dengan mudah tidak dapat dipesongkan oleh pihak lain. Islam adalah sebuah agama tolak ansur yang sentiasa membuka ruang kepada setiap manusia untuk memahami dan mengamalkannya. Kita tidak perlu takut untuk berhujjah kerana Islam itu sendiri adalah agama yang penuh hujjah dan dalil. Namun hendaklah kita sentiasa berhati-hati dengan taktik musuh dan janganlah kita terikut-ikut dengan rentak musuh. Apabila diri kita dipenuhi Nur Iman maka setiap yang keluar dari lidah kita juga adalah ungkapan cahaya iman. Sebab itulah si kafir sentiasa patah apabila berhujjah dengan para Sahabat kerana mereka bercakap dengan Nur Iman. Berikut adalah contoh kesah perdebatan antara Sahabat dengan Padri Rum.

KESAH MUNAZARAH (PERDEBATAN) ANTARA HAZRAT RABI'AH RA BIN AMIR DENGAN SEORANG PADRI



Berkata Waqdi bahawa Hirqal Raja Rom telah menghantar seorang Padri yang sangat alim di dalam agamanya lagi suka berdebat bersama-sama angkatan tenteranya. Namun, pada suatu hari dia telah datang dan Jarjis telah berkata padanya." Wahai padri yang suci cubalah engkau pergi kepada si Fulan itu dan bertanya kepadanya tentang agamanya, kemudian kamu datang dan memberi laporan kepada kami". Maka dia telah pergi dan menanya hazrat Rabi'ah Bin Amir R.A " Wahai saudara Arab! Telah tertulis di dalam kitab kami bahawa Allah Taala akan melahirkan seorang Nabi yang ber keturunan Hasyim Quraisyi yang mana tanda-tandanya bahawa Allah Taala akan memanggilnya naik ke langit, adakah kejadian itu telah berlaku kepada nabi kamu?". Beliau dengan tangkas menjawab, " Ya,Rasulullah SAW telah dijemput oleh Allah SWT ke langit dan Allah SWT sendiri telah menceritakan di dalam Kitab Majidnya berkaitan dengan itu :-

سبحان الزى اسرى بعبد ليلا من المسجدالحرام ألى المسجداقصى

Terjemah :- Maha suci Zat yang telah menjalankan (waktu malam) hambanya dari Masjidil Haram hingga ke Masjid Aqso yang mana kami telah memberkati persekitarannya.

Kemudian Padri bertanya lagi, " Di dalam kitab kami juga ada tertulis bahawa di
fardukan keatas Nabi itu dan ke atas umatnya sebulan berpuasa dan nama bagi bulan itu adalah Ramadhan". Beliau menjawab, " Ini juga benar kerana telah difardukan ke atas kami sebulan berpuasa dan ianya telah dijelaskan di dalam Quran kami seperti ini :-

شهر رمضان الزى انزل فيه القران

Terjemahannya:- Bulan Ramadhan yang mana Allah SWT telah menurununkan Al-Quran-ul-Karim. Di tempat lain Allah SWT berfirman :-

كتب عليكم الصيام كما كتب على الزين من قبلكم

Terjemahannya :- telah difardukan ke atas kamu puasa sepertimana yang telah
difardukan ketas (umat) sebelum kamu.

Selepas itu Padri bertanya lagi, "Kami juga ada membaca di dalam kitab kami
menerangkan bahawa sesiapa di kalangan ummat Muhammad SAW yang melakukan satu kebaikan, maka akan ditulis di dalam buku catitannya sebanyak 10 pahala kebaikkan,
dan sekiranya melakukan satu keburukan hanyalah satu keburukkan yang akan ditulis.
Beliau menjawab, "berkaitan dengan itu dalam kitab kami ada menjelaskan" :-

من جاء بالحسنات فله عشر امثلها ومن جاء بالسيئة فلا يجزى الا مثلها

terjamahannya :- Barangsiapa yang mendatangkan satu kebaikkan maka
baginya 10 kebaikkan dan barangsiapa yang mendatangkan satu keburukkan, maka
tidak akan dibalas melainkan satu keburukkan jua.

Kemudian Padri bertanya lagi, " juga ditulis dalam kitab kami bahawa Allah SWT
telah menghukumkan kepada umatnya supaya menyampaikan selawat kepada Baginda Nabi
Muhammad SAW". Beliau menjawab bahawa berkaitan dengan itu Allah SWT menjelaskan be
gini :-

ان الله وملئكته يصلون على النبي يا ايهاالزين أمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما

terjemah :- Sesungguhnya Allah dan Malaikatnya berselawat keatas Nabi, Wahai orang-
orang yang beriman berselawatlah ke atasnya dan sampaikanlah salam.

Apabila padri mendengar semua jawapan itu dia merasa amat takjub dan terus
berkata kepada ketua tenteranya bahawa sesungguhnya haq adalah bersama kaum ini.
Selepas munazarah itu satu askar telah datang dan memberitahu kepada Jarjis bahawa inilah badwi yang telah membunuh abang kamu. Jarjis setelah mendengar pengkhabaran itu begitu marah sehingga matanya menjadi merah akibat kemarahan yang menyala dan berniat untuk menyerang Hazrat Rabi'ah R.A. Hazrat sudah pun memahami keaadaan itu
lalu seperti kilat beliau bangkit mengeluarkan pedang dan memukul dengan kuat lengan
Jarjis yang menyebabkan dia tersungkur ke bumi. Kaum Rum telah menyerang Hazrat Rabi'ah R.A sehinggalah beliau memacu kudanya dan melaungkan ucapan "Hal Min Mubaariz" (Ada siapa yang Ingin berlawan) dan sedia untuk berlawan.INTIHA.

Di Terjemah oleh Abu Laibah dari kitab
FUTUH-US-SYAM pada Jumaat 16 April 2010

No comments: