Friday, March 19, 2010

Dakwah To Non Muslim (dedicated to Mufaraqah Jamat)




















Salam karkun,
                      Usaha dakwah adalah suatu usaha yang ahsan, afdhal, a'zam, a'la dan aufaq
bis-sunnah.  Allah Taala sendiri merupakan Perintis kepada kerja ini sepertimana firman-Nya :-                                                                                                   "  والله يدعوا الى دارالسلام                                                    " Dan Allah Taala mengajak kepada rumah keselamatan (syurga)."

Dakwah adalah perkataan masdar bahasa arab dari Da,a Yad,uu Da,watan yang bermaksud menjemput atau mengajak. Sekiranya kita mengajak kepada Allah,maka itu adalah dakwah ilallah,sekiranya mengajak pada maksiat,itu dipanggil dakwah ilal munkar.Syaitan juga berdakwah,tapi mereka berdakwah kepada neraka jahannam. Firman Allah SWT:  " لأغوينهم اجمعين " Nescaya aku (syaitan) akan menyesatkan keseluruhan mereka (manusia) ". Fadhilat dakwah telah dituliskan secara terperinci oleh Sheikh Zakaria Rh.A dalam kitabnya Fadhail Amal bab Fadhilat Tabligh.     

                         Masing-masing pendakwah mereka mendakwa sedang berdakwah mengikut
uslub masing-masing. Politikus dengan politiknya, penulis dengan hasil tulisannya, penjihad dengan senjatanya, penceramah dengan ceramahnya, penasyid dengan nasyidnya hatta penyanyi rock juga mendakwa kami pun berdakwah dengan style kami sendiri. Kiranya Faqir sebenarnya sedang berdakwah lani guna internet. Tapi perlu diingat! uslub yang manakah yang dimatlub oleh Allah dan Rasul? Yang bagaimanakah akan mendapat nusratullah? dan yang bagaimanakah yang akan menjadi asbab hidayah seluruh alam sehingga ke hari qiamat?
Ingat! kalau kita seorang peniaga, dan sememangnya pekerja agama adalah seorang peniaga
yang membuat satu perniagaan yang tak pernah rugi sepertimana sepertimana firmannya :-
"Tijaratan lan tabuur"....al-ayah). Semua ummah adalah pembawa produk, produk kita adalah
kalimah dan mafhum kalimah dan market target kita adalah seluruh ummat muhammadiyyah
sehingga bayi yang terakhir sebelum qiamat. Baik,kalau manusia hari ini fikir mereka genius, IQ tinggi,jadi mereka dakwah pakai internet macam yang Faqir buat ni adakah ianya akan tersebar ke seluruh umat dan telah mencapai target sasaran market? mungkin sampai ke seluruh alam, tapi adakah akan sampai kepada bayi yang terakhir sebelum qiamat? Jawapan nya tidak sama sekali.

                  Sepertimana Zat Allah adalah Wara-ul-wara (tiada penghujung) begitu juga kerja
Nya dalah wara-ul-wara. Sepertimana aqal tidak sampai untuk memikirkan Zat Allah Taala, begitu juga kita sama sekali tidak terdaya untuk memikirkan metodologi kerja ini. Yang mampu kita buat adalah buat kerja betul-betul seperti tertib yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dan yang dicanangkan oleh ulamak Rabbani yang mempunyai mata hati. Kemudian tugas untuk menyampaikan hidayah adalah tanggung-jawab Allah Azza wa Jalla yang mana di tangan-Nya lah segala petunjuk dan hidayah. Allah Taala menyebut dalam Al-Quran :-
                    " ولو شئنا لاتينا كل نفس هداه "
terjemahannya :- " sekiranya kami mahu,nescaya kami akan kurniakan hidayah kepada setiap jiwa ". Sebab tu lah di antara maqulah Mufti Zainal Abidin Rh.A, khulasah bagi kerja dakwah adalah bahawasanya pada siang hari kita menyelam di dalam lautan ummat, mengajak  manusia dan memujuk rayu mereka kepada Allah dan di malam hari menangis dan memujuk rayu rahmat dan hidayat Allah kepada manusia. Usaha kita di siang hari walau bagaimana hebatnya sekalipun,itu hanyalah satu peratus saja, selebihnya hendaklah kita berusaha keras dengan menangis di hadapan Allah pada malam hari. Sebenarnya penglibatan kita dalam usaha ini adalah suatu penghargaan dari Allah untuk kita sendiri. Allah Taala satu zarrah pun tidak berhajat kepeda kita kerana sifat-Nya adalah Al-ghaniy (Zat yang maha kaya ).

                    Sesetengah manusia mengisykalkan bahawa kalau nak ikut tertib nabi kena buat
dakwah pada non-muslim lah, baru real. Jawapannya Faqir tengah tulis sekarang ni bahawa muslim atau non muslim kedua-duanya adalah target market kita. Kita buat dakwah bukan
main kepala otak kita, setiap sesuatu ada permulaannya, kalau tak masuk darjah satu, masakan mungkin lompat terus darjah enam, biollah jawabnya. Maulana Ilyas Rh.A pernah berkata bahawa 2 jam setengah, 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan 4 bulan itu adalah aliif baa taa kerja ini, maknanya itu baru tingkat ibtidaiyyah (permulaan). Cuba kita renung usaha dakwah dan tertib yang dianjurkan oleh ulamak untuk kerja dakwah di malaysia. Kalau dulunya di peringkat pengenalan, kita digula-gulakan dengan fadhilat kerja ini. Kalau bayan tu hanya bab fadhilat kerja ini. Kini ianya bukan  setakat kelebihan saja, malah ditarghib untuk menjadikan kerja ini sebagai maksud hidup. Kini tertib ditambah lagi dengan 8 jam sehari, 10 hari setiap bulan, 4 bulan setiap tahun. Ertinya kerja sedang bergerak. Satu ketika nanti,mungkin tertib akan bertambah lagi kepada 15 hari sebulan, dan 6 bulan setiap tahun dan sedikit masa lagi tidak mustahil jika ditasykil maut yakni tarikh perginya ada tapi tarikh wapsinya tak ditetapkan. Waktu itu masa untuk dakwah non-muslim telah tiba. Ikut tertib nabi bermakna ikut tertib yang dicanangkan oleh ulamak rabbani yang telah membuat pengorbanan yang tinggi dalam kerja ini.

               Sepertimana Hadis nabi ada menyebut, "sembahyanglah kamu sepertimana kamu lihat aku sembahyang". Bagaimana kita nak sembahyang sedangkan kita tak pernah melihat
Nabi sembahyang?. Maknanya kita hendaklah belajar sembahyang dari alim ulamak yang belajar kaifiat sembahyang Nabi dari dada ke dada bersambungan sanad sehingga kepada
Nabi Muhammad SAW. Begitu juga jika kita mahu ikut tertib Nabi. Ulamaklah yang mengetahui maksud sebenar Al-Quran dan hadis-hadis Nabi berkaitan dengan kerja ini.

                  Si fulan yang telah mendakwa dia telah berkorban selama lebih 30 tahun dalam kerja ini adakah boleh menandingi ulamak-ulamak Nizamuddin yang mewakafkan seluruh hidup mereka untuk kerja ini seperti Maulana Ilyas RA, Maulana Yusof RA, Maulana Inamul
Hassan RA atau yang masih ada seperti Maulana Ahmad Lath, Maulana Ibrahim, Maulana Saad dan Maulana Zubir? Tidakkah Si fulan itu membaca di dalam Fadhail Amal ada di tulis bahawa syarat untuk seseorang itu menafsirkan sesuatu ayat Al-Quran mestilah menguasai 15 ilmu dan yang terakhir barulah ilmu wahabi (bukan puak wahabi) atau di sebut ilmu Laduni. Baiklah, kalau kita taslim bahawa dia telah dianugarahkan dengan ilmu Laduni, bagaimana pula dengan syarat lain? Berbanding dengan ulamak yang disebutkan tadi mereka mempunyai cukup syarat zahiri dan batini. Maka keputusan yang dibuat oleh mereka merupakan ijmak ulamak. Mafhum Hadis Nabi SAW bahawa ummat ini sama sekali tidak akan bersepakat di atas kesesatan. Faqir tidak mahu menyentuh tentang profesion si fulan, bukan maksud Faqir untuk menghina Si fulan (Auzubillah), tapi kalaulah si fulan itu seorang ulamak yang haq sekali pun, dia telah keluar dari Jumhur ulamak. Dan ingat! kambing yang solo sentiasa dibedal oleh serigala yang ganas. Kalau nak ikut Nabi dan Sahabat, perhatikan apa yang mereka buat apabila berlaku perselisihan?

                 Maulana Yusof Rh A telah meninggalkan Kitab Hayatus-Sahabah kepada kita dan dari sini lah terdapat tertib kerja Nabi yang digarapkan oleh ulamak. Dalam Hayatus-Sahabah
ada ditulis bahawa ada seorang Sahabat yang telah komplen Amirul Mukminin Sayyidina Osman RA kerana bersembahyang 4 rakaat di Mina. Katanya demi Allah aku melihat Nabi SAW sembahyang 2 rakaat sahaja di sini, kemudian beliau bangkit dan sembahyang dua
rakaat juga. Seorang sahabat yang lain bertanya, tadi kamu cakap lain dan sekarang kamu
sendiri sembahyang 4 rakaat iku Sayyidina Osman RA. Jawab sahabat itu " Khilafun Syarrun
Aziimun ". Yakni perselisihan itu adalah keburukan yang besar. Ini adalah tertib Nabi dan
Sahabat dan inilah yang patut dicontohi oleh si folan itu yang mahu ikut tertib Nabi. Bukannya
dengan mufarraqah buat tertib sendiri dengan anggapan berada di pihak yang haq. Si fulan telah mengqiaskan mufarraqahnya dengan fardu solat bila imam buat silap. makmun dikehendaki mufarraqah. Jawapan pertama adalah qias beliau adalah qias ma'al fariq (qias-
yang tidak boleh dipakai). Qias itu adalah qias A'la bil adna. Kita tidak boleh mengqiaskan suatu yang besar darjahnya dengan benda yang darjahnya lebih kecil. Kerja dakwah adalah besar darjahnya berbanding sembahyang. Keduanya di dalam solat hanya terdapat satu imam yang perlu diikut berbanding dengan kes si fulan yang diputuskan oleh ijmak syura dunia.
Ianya bukanlah diputuskan oleh Maulana Saad keseorangan,sudah tentu mereka
bermesyuarat untuk memutuskan kes ini. Jadi menentang keputusan ini adalah menentang keputusan ijmak ulamak ummat sekaligus menentang Allah dan Rasul.

                          Dalam Al-Quran ada di sebut :-
                                 " والتكن منكم أمت يدعون الى الخير ويأمرون بالمأ روف و ينهون عن المنكر "
" Hendaklah ada satu golongan di antara kamu yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh
berbuat baik dan mencegah kemunkaran ". Ibnu Kasir di dalam tafsirnya tafsir Ibnu Kasir menulis bahawa Abu Mardawiyyah meriwayatkan dari Abu Jaafar Baqir Ra bahawa setelah Rasulullah SAW selesai membaca ayat tersebut, baginda menjelaskan bahawa al-khair
adalah ittiba' Al-Quran dan sunnahku. Imamul Mufassirin, Hazrat Ibnu Abbas telah menafsirkan al-khair sebagai as-sulh wal-ihsan (pendamaian dan kebaikkan), menafsirkan al-makruf dengan at-tauhid dan ittiba' Muhammad SAW serta al-munkar dengan al-kufr wa-syirk dan tark ittiba' rasul (kekufuran,kesyirikan dan meninggalkan ittiba' Rasul). Tidak ada seorang ulamak pun yang mengkhaskan al-khair atau al-makruf dengan mengajak kepada kalimah. kalau adapun yang menyebut bit-tauhid atau bil-iman ianya tidak mengeluarkan mengajak orang islam kepada mafhum kalimah dan meningkatkan iman. Inilah maksud yang dibagitahu oleh Maulana Ilyas Rh.A sekiranya usaha ini ada nama nescaya aku menamakanya sebagai Tahrikul-Iman. Jadi bagaimana mungkin si fulan dan kuncu2 nya mendakwa elders Nizamuddin tidak mengamalkan Al-Quran dan Sunnah. Usha ini mempunyai dua syukbah iaitu dakwah ilal-iman dan dakwah ilal-islam. Sekarang ini usaha sedang bergerak dan sedang melalui syukbah yang pertama dan insyaallah akan mencapai kepada syukbah yang ke dua. Masa dan waktunya akan tiba. Yang bahayanya apabila kita terlampau advance dan terus melangkau ke syukbah yang ke dua sebelum lampu hijau menyala, alamat padahlah kelak!.

                      Sanggup si fulan melekehkan kerja yang dibangkitkan kembali oleh Maulana
Ilyas Rh.A dengan menamakan usaha ini sebagai sebuah Pergerakan Tariqat India.Perlu
diketahui bahawa usaha Tariqat juga bukanlah usaha khurafat yang boleh dihina dan diremeh
kan. Usaha ini juga adalah usaha Nabi Muhammad SAW, cuma ianya bukanlah maksud kerja
dakwah malah keperluan kepada setiap pekerja dakwah. Setiap pergerakan Tariqah yang
muktabar di sana mempunyai sanad yang bersambungan terus kepada Nabi SAW. Ada Elders
kita yang tidak terlibat dengan Tariqat? Bermula sengan Maulana Ilyas sehinggalah yang
masih ada kini hampir keseluruhan mereka ada berbaiat di tangan Sheikh-sheikh yang mursyid. Tapi itu tidaklah bermakna bahawa usaha ini adalah satu lagi pergerakan Tariqat, kerana kerja ini adalah berlainan dengan Tariqat dari segi metodnya tetapi sama dari segi visinya iaitu takluk maal-Allah. Kerana ketiga-tiga kerja, Dakwah, Taklim dan Tazkiah adalah himpunan kepada kerja Anbiya A.S. Allah Taala menjelaskan di dalam firman-Nya :-

  " لقد من الله على المؤمنين ازبعث فيهم رسولا من انفسهم يتلوا عليهم اياته ويزكيهم و يعلمهم الكتاب والهكمة "
                   
          Terjemah :- " Sesungguhnya Allah telah memberi Ihsan kepada golongan mukmin
apabila telah mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka yang bertugas untuk membaca ayat-Nya keatas mereka (dakwah), dan mentazkiahkan (tazkiah) mereka dan
mengajar (taklim) kepada mereka kitab dan hikmah ".

                     Ulamak kita telah dikurniakan oleh Allah Taala dengan Tafaqquhat fi-ddin (kefahaman agama) yang tinggi disebabkan kealiman dan ketaqwaan mereka diserta dengan
pengorbanan mereka di medan dakwah. Merekalah golongan yang dapat memahami Perintah Allah dan Sunnah Rasulullah di kala dan waktu ini. apabila Imam Abu Yusof Rh.A datang menziarahi gurunya imam Abu Hanifah Rh.A, gurunya telah memerintahkannya untuk mengimami solah Subuh di waktu matahari hampir keluar disebabkan kelewatan.. Imam Abu Yusof Rh.A bangkit mengimami solah dengan membaca surah al-falaq pada rakaat yang pertama dan surah an-nas pada rakaat yang ke dua, Setelah selesai sembahyang Imam Abu Hanifah telah berkata bahawa syukur bagi Allah Taala yang telah mengurniakan kefahaman agama kepada kamu. Jadi setiap tertib yang dibuat oleh ulamak kita dibuat oleh mereka yang
yang memiliki tafaqqihat fi-ddin dengan pandangan mata hati yang tinggi. Nabi SAW bersabda
     "أتقوا فراسة المؤمين انه ينظر بنورالله "
  terjemah :- " Takutilah Firasat orang muknin, sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah".


              Apabila Syura telah memutuskan supaya sifulan berhenti dari kegiatannya, keputusan
itu dibuat dengan pandangan cahaya Allah, walaupun kegiatan yang dilarang itu adalah perintah Allah. Tidakkah Rasulullah SAw pernah memerintahkan sahabat supaya memboikot tiga orang sahabat yang tidak menyertai perang tabuk? Dalam tempoh itu mereka dilarang untuk menyertai mana-mana amalan ijtimai termasuk rombongan jihad. Apakah tindakan dan sunnah mereka itu? Adakah mereka mufaraqah dan bertindak membuka network lain untuk berjihad? Amalan mereka hanyalah menangis dan bertaubat didepan Allah SWT sehinggalah taubat mereka diterima Allah SWT. Mereka tidak bertindak dengan mufaraqah dengan Nabi SAW dan sahabat R.Anhum Ajmain. Faqir tidak dapat membayangkan apa tindakan Allah SWT
kelak terhadap si fulan yang melanggar keputusan yang dibuat oleh ulamak yang bermata hati. Kalaulah si fulan bertindak dengan bertaubat nasuha seperti kesah tiga orang Sahabat itu, tidak mustahil larangan itu akan ditarik balik oleh Syura.

                      Isykal yang dibuat oleh si fulan terhadap Elders samalah isykal yang dibuat oleh mereka-mereka yang yang mengatakan mengapa Orang Tabligh tidak berpolitik@membentuk kerajaan? mengapa tidak berjihad? Jika seandainya Elders membenarkan kita untuk berdakwah kepada non-muslim sekalipun, adakah kita telah menunaikan keseluruhan perintah Allah dan sunnah Baginda SAW? Bukankah perintah jihad itu juga adalah perintah Allah? Berapa banyak ayat-ayat jihad dalam Al-Quran dan Hadis, adakah kita perlu melepaskannya
begitu saja tanpa mengamalkannya selepas berdakwah kepada non-muslim? Jawapannya adalah masa belum sampai kerana kerja ini sepertimana banyak yang tersurat masih banyak lagi yang tersirat yang kita tidak fahami. Mansya Elders bukanlah mansya peribadi, tapi ianya adalah mansya Allah dan Rasul sepertimana yang dikatakan oleh
seorang Cikgu (seorang karkun awwalin) semasa Faqir bermuzakarah dengannya di suatu tempat. Tidakkah si fulan belajar Asbabun-Nuzul surah Abasa? Mengapa Allah SWT menurunkan surah ini? tidakkah si
fulan ada belajar? Ji ha, Faqir sendiri akan menjelaskan bahawa asbabun-nuzulnya adalah ke
tika Rasulullah SAW sedang ghairah berdakwah kepada pemuka-pemuka kafir Quraish di
antaranya Abu Jahal Bin Hisyam, Utbah Bin Rabiiah dam Walid Bin Mughirah, datang seoarang sahabat Nabi yang buta bernama Abdullah Ibnu Maktum RA dan mengucapkan Ya Rasulullah!
" Allimni mimma allamakallah " yakni " Ajarilah aku dari apa yang diajari Allah kepada kamu".Rasulullah SAW bermasam muka dan berpaling wajah darinya. Maka Allah SWT tidak menyukai akan kelakuan ini lalu menegur dengan menurunkan Surah Abasa hingga kepada ayat :-    "   كل  انها تزكره "   Terjemah :- " Sama sekali tidak! ini adalah satu peringatan ".

                   Ulamak menulis bahawa khulasah daripada kesah ini adalah dakwah kepada
orang yang bertalab adalah lebih afdhal dari dakwah kepada ghir talab. Abdullah ummu Maktum adalah seorang sahabat yang sudah lama memeluk islam dan sangat bertalab kepada ajaran islam dan penyucian diri. Ini digambarkan sendiri dengan ayat :-
                        "  وما يدريك لعله يزك  "  terjamahnya :- " Apakah kamu tahu mungkin dia datang
untuk menyucikan diri ".
                                                            
             Berbanding dengan Pemuka Quraish yang belum tentu ikhlas dalam mendengar
dakwah Nabi SAW. Allah Taala sendiri menggambarkan keadaan ini dengan menyebut :-
                    " أما من استغن "  terjemahnya " :- " Adapun mereka yang tidak berhajat ".
Di sini dapat diketahui bahawa tidak semestinya dakwah kepada non muslim wajib dan dituntut setiap keadaan, ada kalanya ianya perlu ditakhirkan. Inilah salah satu pegangan Elders kita yang mana mereka tidak membuat tertib atau keputusan yang membuta tuli tanpa memikirkan hikmah dan muslihatnya.

                 Allah Taala telah menjanjikan bahawa akan meliputi dunia ini dengan Islam sepertimana firman-Nya :-
         " ليظهره على الدين كله " terjemahnya :- " pasti dan pasti Dia akan menzahirkan agama (Islam)
secara keseluruhannya "
Dan Allah sama sekali tidak akan memungkiri janji-Nya. Dalam surah An-Nasr Allah SWT menyebut :-
               " أزاجاءنصرالله والفتح ورأيت الناس يدخلون في دين الله افواجا "
Jadi kerja kita adalah usaha untuk menarik pertolongan Allah. Sekiranya kita buat dakwah kepada non-muslim tetapi dengan melanggari tertib, maka itu akan mendapat murka Allah dan bukannya nusratullah. Apabila usaha ini mendapat pertolongan Allah, waktu itu kita akan melihat manusia berbondong-bondong akan datang kepada islam. Hari ini ketika tertib masih lagi kepada muslim pun, di Eropah sana setiap hari beratus-ratus manusia mendapat hidayah.
Itu semua kerana usaha dan doa kita disini dengan tertib yang betul. Semasa perhimpunan
Ulamak yang di adakan di Kota Bharu bulan lepas, seorang ulamak Thailand telah mengkarkuzarikan bahawa kerja dakwah di Thailand sedang meningkat maju ketika ini
dengan penglibatan ulamak-ulamak dan pelajar pondok. Hampir 50 buah pondok yang mana Mudirnya beserta palajarnya terlibat dengan usaha tabligh. Karkun dipandang tinggi dan mulia di sana. Kerajaan Thailand dari masa ke semasa sentiasa menghantar askarnya dan kakitangannya yang islam ke markaz Yala untuk Islah. Sekarang ini kerajaan mereka sedang merangka satu undang-undang supaya membolehkan kakitangan kerajaan yang beragama islam yang mahu keluar 40 hari untuk diberi cuti bergaji. Subhanallah! tidak hairan satu ketika nanti Thailand akan menjadi Negara Islam terkemuka di Abad ini. Ini semua adalah berkat membuat usaha dengan penuh taat dan bermesyuarat.

                          Kalau nak ikut tertib sebenar Sahabat R.Anhum, mereka telah mewaqafkan seluruh hidup mereka kepada usaha agama.Di zaman mereka takaza agama dibentang dimana dan pada bila-bila masa. Apabila seruan Hayya Alal Jihad dilaungkan mereka akan
"labbaik" pada bila-bila masa hatta diwaktu perkahwinan sekalipun. Tertib mereka adalah bukan 40 hari, bukan 4 bulan dan bukan setahun, tetapi sekali mereka keluar, tarikh wapsi tidak ditetapkan, samaada mereka memperoleh kemenangan ataupun gugur syahid di medan perang. Mereka bukan sekadar dakwah kepada Abu Jahal dan Abu Lahab sahaja, malah
mereka bertebaran ke seluruh alam. Kalau benar si fulan kuncu-kuncunya begitu ghairah untuk buat dakwah kepada non muslim, mereka sepatutnya membentuk jemaah ke US, Franch, German dan keseluruh negara Kufuristan. Bukan hanya berpuas hati kerana iman yang telah meningkat lantaran ajak Ah meng dan Ramasamy masuk islam di Greenwood sahaja. Kalau tak ke Urope pun paling kurang ke Sabah dan Sarawak, dengar kata Kristian membiak di sana. Sahabat mereka keluar dengan akhlak Rasulullah SAW. Dakwah mereka adalah akhlak yang mulia. Slogan mereka adalah Kun Mislana (jadilah kamu macam kami). Kalau slogan yang sama diucapkan pada orang kafir hari ini, nescaya mereka akan menjawab, nak ikut kamu jenis yang macam mana? Yang macam UMNO ke atau yang macam PAS? Kalau kita jawab tak, ikut kami orang Tabligh, pun mereka akan tanya Tabligh mana satu, Tabligh pro-India ke Tabligh pro-Pakisatan? Apa kita nak jawab?

                      Faqir masih ingat sewaktu Faqir berumur 12 tahun dan waktu itu kami telah
keluar di sebuah kawasan Siam di Tumpat Kelantan. Seorang karkun yang jenis tak ikut tertib (semoga Allah mengampuninya) telah membawa Faqir dengan motosikalnya dan telah masuk di kawasan tokong siam yang mempunyai patung besar yang sedang tidur dengan niat untuk berdakwah kepada sami siam. Faqir masih ingat dialog mereka berdua. Karkun itu berkata
ringkas " Lu masuk islam la! Lu akan berjaya dunia akhirat". Sami itu dengan pantas menjawab dengan dialek siam-kelatenya " Buat apa aku masuk islam, orang kami minum arak, lu orang pun minum, orang kami main judi lu oarang pun sama main, orang kami main perempuan, lu orang pun main perempuan, apa beza kita?". Itulah haqiqatnya amalan keseluruhan kita. Ini tidaklah bermaksud Faqir berpendapat bahawa mesti amalan orang islam keseluruhannya elok dulu, baru boleh ajak pada islam,tidak.Tapi itulah realitinya.

             Akhir sekali bukanlah maksud Faqir untuk berlawan blog dengan si fulan itu. Harapan Faqir agar seluruh ummat amnya dan rakan seusaha khasnya sedikit dapat mengetahui haqiqat sebenar kerja dakwah. Kepada si fulan dan kuncu-kuncunya, cuba bawak bertenang
dan cuba tafakkur sejenak dan renung dalam-dalam adakah betul tindakan yang kita buat selaras dengan kehendak Allah dan Rasul? Cuba sabar dan jangan ikutkan selera dan nafsu. Sembahyanglah hajat banyak-banyak semoga Allah memberi petunjuk sebenar. Banyakkanlah doa " Allahumma Arinal Haq Haqqan war zuqnat ttibaa'ah wa arinal Baatila Baatilan war zuqnajtinaabah " Ya Allah! Tunjukkanlah kami benda yang haq itu haq dan berikan taufiq kepada kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah pada kami batil itu batil dan berilah taufiq untuk kami menjauhinya ".

 " Allahummajmak Ummata Muhammad SAW, waghfir Ummata Muhammad SAW ". Amiin!!
INTIHA KALAM.

Abulaibah 
16 March 2010
Kota Bharu.

1 comment:

faizal said...

fahami malfuzat ini baik2 sblm nk tulis..Hadratji Maulana In'amul-Hassan rah.a. pernah berkata:"Apa itu istikhlas? Satu kerja (saja) ialah dakwah yang kita ada. Kita hanya akan melakukan kerja itu sahaja.Kita tidak akan buat kerja lain. Tetapi usaha agama YANG LAIN juga berjalan. JANGAN KITA MEMANDANG RINGAN AKAN MEREKA. Juga jangan kita mengkritik akan mereka yang membuat usaha lain dan jangan kita mencari kelemahan mereka." (Malfuzat Hadratji Maulana In'amul Hassan, m.s. 22)