Salam tafakkur,
Faqir amat resah terhadap apa yang terjadi kepada ummat hari ini dalam pada sedang ghairah mengulit dunia tanpa sempadan di alam pasca penuh kemodenan serta memperjuangkan hak kebebasan bersuara, mereka tidak segan silu melanggari batas-batas syariat dan tidak merasa bersalah mencampuri hukum-hakam agama yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah. Tidak semua syariat dan hukum-hakam agama boleh dilogikkan dengan aqal. Ingat! aqal sama sekali tidak boleh mendahului agama. Ketika aqal bersetuju dengan agama, di situ agama tetap dihadapan dan ketika aqal berkhilaf dengan agamapun, di sini juga agama tetap di hadapan.
Apalah sangat aqal kita jika nak dibandingkan dengan agama yang diturunkan oleh Allah dan Rasul? Syaitan yang durjana cuba melibatkan aqalnya di dalam menunaikan perintah Allah supaya bersujud kepada Adam. Syaitan cuba meloading aqalnya ketika Allah SWT memerintahkan di dalam firman-Nya :-وازقال ربك للملائكة اسجدوا لادم فسجدوا الا أبليس أبي واستكبر وكان من الكافرين terjemahannya :- " dan ketika Tuhanmu berkata
kepada sekalian malaikat, sujudlah sekalian kamu kepada adam, maka telah sujud sekaliannya melainkan Iblis,dia telah ingkar dan takabbur dan telah digolongkan dia (iblis) dalam
golongan mereka yang kafir."
Syaitan ingkar untuk bersujud kerana dia menggunakan kepala otaknya dengan mengganggap otaknya genius, IQnya setinggi langit dengan mengatakan :- خلقتني من نار وخلقته من طين
terjemahannya :- " Engkau menjadikan aku daripada api dan menjadikan dia (Adam) daripadatanah." Syaitan berfikir aku dibuat daripada api, Adam hanyalah dari tanah. Sifat api sentiasa melonjak ke atas dan sifat tanah sentiasa tunduk ke bawah, bagaimana mungkin Api boleh bersujud kepada tanah yang hina? Sepatutnya dia perlu melihat siapa yang menghukum? bukannya melihat apa yang dihukum. Lalu dia ingkar untuk bersujud, maka dia telah dilaknat oleh Allah Taala dan digolongkan di dalam golongan mereka yang kafir. Sehinggalah sesiapa saja umat islam yang membaca Al-Quran disunatkan membaca taawwuz yang mana dalamnya terdapat ungkapan laknat Syaitan.
Di dalam Islam jika kita hendak berjaya kita mestilah bersifat seperti Sahabat R,Anhum Ajmain yang menyerah bulat-bulat diri mereka kepada Allah dan Rasul. Apa saja perintah agama yang datang, mereka hanya kata "sami'na wa ato'na (kami dengar dan
kami taat). Mereka tidak mentakwilkan apa saja perintah yang datang. Mereka mengetahui bahawa perintah datang dari Rasulullah SAW yang mana IQ nya sama sekali tidak boleh ditandingi. Maulana Saad Afallahu Anhu pernah berkata di dalam bayannya bahawa Ulamak telah menta-
fsirkan ayat :- وما انت بكاهن و لا مجنون
terjemah :- " tidaklah engkau wahai Muhammad SAW seorang
penglipur lara dan tidaklah pula engkau gila."
Bahawa Allah SWT telah membahagikan segala aqal manusia di dunia ini kepada seratus bahagian, dalam pada itu, Allah telah memberi satu bahagian sahaja aqal kepada seluruh manusia dan 99 bahagian lagi Allah SWT menganugerahkan kepada Nabi kita Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka sebarang apa saja yang dibawa oleh Rasulullah SAW, hendaklah kita menelannya samaada ianya selaras dengan otak fikiran kita ataupun tidak.
Namun sebaliknya yang terjadi pada ummat hari ini yang mana mereka cuba menggunakan aqal mereka di dalam mengulas tentang bab-bab agama. Maka keluarlah kalimah-kalimah kufur daripada lidah umat ini seperti " Nabi tak cukur janggut sebab zaman dulu tak ada pisau cukur gillete ", atau ada yang berkata " pakai purdah itu hanyalah pakaian masyarakat arab Badwi ". Asstaghfirullahhhhhh!!! boleh mereka pusing otak mereka dengan berkata begitu? Yang lebih taajubnya apabila keluar sesuatu isu mengenai hukum agama semua jenis manusia yang ingin menjadi jaguh dengan berlagak mufti mengeluarkan pendapat-pendapatnya yang di anggap terkini. Dan yang lebih teruk lagi pihak media siap buat slot khas untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang sesuatu hukum dengan mencari undi majoriti. Agama mana boleh pakai majoriti atau minoriti bhai!! Contohnya isu kalimah Allah yang menggemparkan Malaysia baru-baru ini. Mereka menulis kenyataan di dalam media contohnya " Orang kafir dibenarkan menggunakan kalimah Allah seperti penganut Islam ", sila sms dan taip Ya jika bersetuju dan No jika tidak bersetuju. Masalah hukum sebegini bukanlah boleh diperdebatkan secara am kepada semua orang, kerana mereka yang pakar dalam bidang agama sahaja yang layak mengulasnya.
Hadis nabi ada manyebut :-
ازا وسد أمر ألي غير اهله فنتظر الساعة
terjemah :- " apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan pakarnya, maka
tunggulah saat kebinasaan ".
Apabila Blogger Aduka Taruna ditangkap baru-baru ini kerana menghina kesultanan johor, Faqir ada membelek blognya apakah yang ditulis oleh si Aduka. Meremang bulu roma Faqir apabila membaca artikelnya, rupa-rupanya si aduka ini sebelum ini telah banyak menulis tentang ulamak-ulamak dan menghina mereka seperti Imam Syafie RA. Dan yang lebih bahaya lagi beliau memaki-maki hamunSahabat R.Anhum seperti Aisyah RA. Ingat! Nabi SAW ada bersabda من عادى لي وليا فقد ازنته بالحرب
terjemah :- " Barangsiapa yamg memusuhi waliku, maka sungguh aku mengisytiharkan
perang terhadapnya."
Jadi Faqir secara automatik telah berfikir sebenarnya dia ditangkap oleh Allah SWT atas dunia ini sebenarnya bukannya hanya sebab dia mengkritik Sultan,tapi ada lagi dosa yang lebih besar di belakang itu iaitu menghina Sahabat dan ulamak. Cuma orang Malaysia ni tidaklah begitu sensitif apabila Sahabat dikecam berbanding sekiranyan Sultan dan Raja dikecam. Faqir terhidu bauan Syiah apabila menatap blog yang di tulis oleh si aduka.
Alim Ulamak menulis bahawa dari seluruh dosa yang dilakukan oleh seseorang, tidak
ada dosa yang menyamai penyataan memerangi Allah. Selain dari dosa menghina dan mengutuk Waliallah dan memakan riba, kedua ini menyebabkan Allah SWT mengisytiharkan perang terhadapnya. Ini menunjukkan betapa berat dan seriusnya dosa ini. Dikhuatirkan orang
yang membuat dosa ini akan mengalami su'ul khatimah (pengakhiran yang buruk) yang ter-
keluar daripada iman (Mirqatul Mafatih syarah Misykatul Masabih).
Hari ini manusia tidak segan silu mengkritik ulamak yang berselisih dengan pendapat mereka. Tidak kira dari parti mana berasalnya ulamak itu yang penting mereka pernah menga lami sistem pengajian secara bersanad sehingga salafus-as-solihin dan seterusnya kepada Nabi SAW. Syeikh Abu Hassan As-Syazali RA (seorang sufi yang masyhur) berkata, sebahagian Waliallah tersembunyi dari pandangan masyarakat sehingga mereka bergaul bebas dikalangan Umara (pemerintah) dan Aghnia (orang kaya). Dengan itu para pencela berpeluang untuk mencela mereka dengan berkata, " jika mereka benar-benar kekasih Allah, dia sepatutnya uzlah dan mencari ilmu serta beribadah saja." Sebenarnya jika si pencela itu orang yang prihatin terhadap agama, sepatutnya ia berfikir dahulu dari dirinya, " adakah orang ini bergaul dengan orang-orang kaya untuk kepentingan dirinya atau untuk maksud manfaat agama dan kebajikan islam? mungkin dengan pergaulan itu ia bermaksud untuk meluruskan kesalahan mereka? kadang kala wajib bagi para ulamak untuk bergaul dengan pemerintah dan orang-orang kaya dengan niat untuk memperbaiki mereka, dan ada masanya mesti menjauhi
mereka." (Thabaqatul-Kubra).
Maulana Zakaria RA menulis dalam kitabnya Al-I'tidal Fi maratibur Rijal Al Ma'ruf Bis
Siasatil Islam, pada saat ini, sepatutnya kita memahami bahawa ketika seorang Waliallah membalas atau menyerang kembali pencela tersebut, maka biasanya para pencela itu akan merasa semakin kritis, sehingga banyak orang menyangka bahawa Waliallah tersebut adalah orang awam biasa yang terpancing emosinya. Sebenarnya kecaman dan kritikan kekasih Allah itu adalah demi maslahat yang besar bagi para pengkritik tersebut. Mirza Mazhar Jane Janan RA menulis dalam "Makatibnya" bahawa satu ketika ayah kepada Syeikh Mujaddid Ahmad Sirhindi RA, iaitu syeikh Abu Ahmad As-Sirhindi RA telah dihina oleh seorang wanita yang berusaha untuk menjatuhkan martabatnya. Namun Syeikh tetap bersabar dan diam. Kemudian Syeikh melalui pandangan mata batinnya dia melihat murka Allah hampir turun ke atas wanita tersebut, maka syeikh segera menyuruh seseorang untuk menampar wanita itu. Tapi orang yang disuruh itu kaget dan bingung, tidak sempat menamparnya sehingga wanita tadi terjatuh dan mati.
Takutilah Ulamak haq seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Mufti Harussani dan banyak lagi walaupun mereka juga kadang kala berselisih di antara mereka kerana kita tidak mengetahui darjat mereka di sisi Allah. Janganlah kerana pendapat mereka tidak selaras dengan kefahaman politik kita mengizinkan kita untuk mencemuh mereka. Maulana Ilyas RA pernah berkata bahawa anggaplah menziarahi ulamak itu sebagai ibadat.
INTIHA KALAM.
ABULAIBAH
22 MARCH 2010
KOTA BHARU KELANTAN.
No comments:
Post a Comment