Wednesday, January 15, 2020

TIPS MUDAH PELAJARI BAHASA URDU ATAU HINDI

#TIPS 1

Tanam minat yang mendalam

Firstly kalau kita nak belajar apa benda sekalipun, mestilah bermula dari minat yang
mendalam. Kalau tak minat macam mana nak deliver kan? Mustahil anda boleh kuasai
bahasa Urdu tanpa memupuk minat terlebih dahulu. Masalahnya bagaimana nak pupuk
minat? Banyak caranya kita boleh apply:

1- Selalu dengar video atau audio bayan-bayan Masyaikh dalam bahasa Urdu di youtube
     atau dengar CD bayan-bayan mereka dan selalu pasangkan di dalam kereta anda ketika
     bergerak ke office atau ke mana sahaja.

2. Selalu dengar berita-berita semasa dalam bahasa urdu (boleh cari dekat youtube).

3. Layari cerita-cerita kartun bahasa Urdu yang bermanfaat dan boleh pertontonkan pada anak-anak.

4. Latih cakap Urdu dengan isteri dan anak-anak ketika di rumah. Gunakan ayat-ayat mudah.

5. Bagi peminat filem Bollywood boleh tonton dengan niat nak belajar bahasa sambil
    perhatikan subtitle di bawah dan mula hafal perkataan yang mudah sikit-sikit.

6. Belajar baca dalam bahasa Urdu dengan memulai dengan bacaan yang ringan. Boleh cari
    di kedai-kedai buku. Takpun boleh cari kitab Fadhail Amal dalam bahasa Urdu baca
    Hadith-hadith yang pendek sambil bandingkan dengan terjemahan Fadhail Amal bahasa melayu.

Sebenarnya banyak cara nak pupuk minat bahasa urdu, kalau ada anak contohnya,
boleh tunjukkan kartun bahasa urdu kepada mereka ataupun beli kamus bergambar
supaya terbiasa dengan perkataan-perkataan bahasa Urdu. Juga kita boleh menjadikan
tabiat menyebut perkataan urdu setiap hari.

Insya Allah! lama-kelamaan, kita akan seronok untuk pelajari Bahasa Urdu.

Selamat Maju Jaya!

No comments: